27.12.09

Jumpa Rodong Lama




Lepas Raya Haji baru2 ni aku buat IC kat Maju Junction, tak sangka ramai sungguh manusia kat situ, macam kat Bustand Klang pun ada, sebenarnya chip IC aku rosak, kat mana2 bank pun tak boleh trace, hari tu baru berkesempatan, ingatkan tak ramai orang, maklum sajalah baru lepas raya. Aku sampai kat situ lebih kurang pukul 12.00 tengahari. No giliran aku ialah 375, no yang sedang berurusan ialah 112, lama sangat lagi nak kena tunggu, kaunter pulak tu banyak yang kosong, mungkin pegawainya masih bercuti.

Untuk memenuhkan masa aku sempat lagi mundar-mandir disekitar kedai Maju Junction, hampir semua kedai aku redah, tak ada satu benda pun yang menarik. (sebab duit tak banyak) hampir satu jam aku berkeliaran, bila aku kembali semula di JPN tingkat 6, no yang berurusan ialah no163, aduhhh....lamanya lagi. Aku terfikir2 apa benda nak buat ni, kalau lepak kat Partama buang karen je, aku ni bukannya kuat iman sangat, awek cun2 yg nampak pusat bukan main ramai lagi, lagi pulak ekonomi tengah meleset ni karang terbeli barang2 tak tentu pulak, lebih baik jangan. Tengah2 dok terfikir-fikir begitu tiba2 bahu aku ditepuk orang, Sabbbb....rodong lamaaa... Laaa awok rupanya Isss. (lorat Phg).


  Di pendekkan cerita, kami pernah sama2 berkerja di Kilang Perabot sementara menunggu keputusan SPM suatu masa dulu, namanya ialah Ismail, budak Jenderak Selatan Phg, orangnya sangat ramah, suka bercakap kuat bila bercerita, hingga aku terpaksa tariknya keluar dari situ untuk bersembang, antara perangainya yang tidak pernah berubah sejak dulu hingga kini ialah suka mengopek kotak rokok Dunhill (warna keemasan pada kotak itu dikutir hingga kotak menjadi putih) Dah hampir 20 tahun kami tak jumpa, banyak kisah2 lucu semasa kami berkawan tersingkap semula. Apa lagi berdekah -dekahlah kami kat luar pejabat JPN tu. Antara yang paling aku tidak akan lupa peristiwa lucu yang menimpa dirinya dan di imbas kembali masa tu ialah:

Pada hari ini dalam tahun 1991, masa tu kami dua orang shopping sakan di KL, untuk persiapan hari Raya Puasa pada bulan hadapannya. Hampir semua pasaraya yang popular bermula dari Kotaraya, Sinar Kota, Jln M. India, Cambell, Partama Kompleks hinggalah ke The Mall tempat yang terakhir kerana letaknya berhampiran dengan Perhentian Bas Pekeliling. Kami akan balik ke Temerloh pada hari itu juga, kira berbaloi juga, sampai di KL tadi pukul 11 pagi, balik pula pukul 5 petang. Tiket bas dah kami tempah awal2 lagi semasa sampai tadi. Iss shoping banyak barang hingga beg galasnya penuh, bukan semua barangnya, orang kirim pun ada, katanya, nak pergi KL heboh satu kampung lagi. Aku hanya membeli seluar jeans dan kasut je, Yang lucunya, seluar jeans 501 yang baru dibelinya, terus dipakainya semasa di Pertama Kompleks tadi, dah tu sayik suruh aku puji seluar dia je, naik muak aku dibuatnya. Yang lucu lagi bila bas mula nak jalan dia turun, nak gi toilet jap, katanya. Aku ditugaskan supaya suruh brother driver bas tu tunggu dia. (Dia buat macam kat kg dia je)

Dah hampir 10 minit aku tunggu dia, batang hidung pun tak nampak, driver bas tu dah mula merungut. Aku cuba tenangkan, ramai orang dalam toilet tu, kata aku. Akhirnya dah boring sangat menunggu, aku pergi cari Iss di toilet tu, aku tengok tak ramai sangat orang pun, macamana boleh lambat sangat ni, dari situ aku teriak, Isss...Isss...”mana kau”?.. “Hoi... aku kat sinilah”, “nasib baik ko datang, kalau tak, mati keringlah aku kat sini...seluar aku kena curilah celaka betul”, kata Iss. Tergamam aku dibuatnya, payah betul kat KL ni, dalam toilet pun ada pencuri. Dari kisahnya, semasa tengah melepaskan hajatnya, seluar barunya disangkutkan pada pintu, pastu ada nampak tangan terjulor dengan selamba mengambilnya dari luar, Iss tak boleh berbuat apa, hanya setakat menjerit, “pencuri seluarrrr”... Nasib baik semua barang berharga seperti beg duit IC, dah di simpan dalam beg galasnya semasa didalam bas tadi. Akhirnya aku pergi naik bas semula cari seluarnya yg lain dalam begnya, sebelum tu sempat juga aku bisikkan kepada driver bas tu, apa yang terjadi, sepanjang perjalanan ke Temerloh tu, kitaorang tak kering gusi tergelak bila membayangkan macamana kalau Iss kejar pencuri tu tanpa seluar, keliling bustand tu, dah tentu orang sangka orang gila, sebab tu dia tak kejar, katanya. Maruah lagi mahal wooo... kalau setakat hilang seluar jeans yang harganya Rm150 tu tak boleh beli dengan maruah aku...katanya. Takpalah rezeki dengan seluar barunya  hanya setakat itu.

Ada lagi kisahnya, kali ni 18XL punya. (kalau korang yg berjiwa suci tak payah bacalah) Ada sekali tu aku tengok si Iss ni kerap sangat berulang-alik ke Kuantan. Dalam bulan tu sahaja dah tiga kali, aku pun hairan juga nak kata jumpa saudaranya, tak mungkin sebab aku kenal semua adik beradiknya takda pun yang tinggal di Kuantan, Akhirnya bila dah selalu sangat aku desak barulah dia ceritakan hal yang sebenarnya. Tetapi sebelum dia cerita, aku kena berjanji dulu, jangan kasi tau orang kampung. (korang dah tau pun jgn bagi tau juga k) Gini ceritanya: Kebetulan ada sekali tu semasa Iss nak ke Kuantan, Iss duduk di kerusi no dua dari belakang, dibahagian luar kerana kerusi dibahagian tepi tingkap dah ada orang lain lepak terlebih dahulu. Dalam perjalanan tu Iss buka surat khabar besar2. Tak sangka pula perempuan yang sebelahnya berminat untuk membaca sama. Dengan sebab itu mereka menjadi mesra. Iss kalau diajak berborak tak larat nak layan. Perempuan sebelahnya itu berumur 30an, seorang tukang urut lelaki punya ehemmm. Dia mengenalkan dirinya sebagai kak Liza, dalam ceritanya itu, banyak sudah budak sekolah disekitar Kuantan mendapat khidmatnya. Untuk meyakinkan Iss, kak Liza mengeluarkan minyak urutnya, lebih memeranjatkan lagi bila dia menawarkan untuk membuat demo urutan dengan betul kepada Iss di situ juga, Iss menjadi takut, lagipun dalam bas tak sesuai, tempat terbuka, mana tau kang orang nampak. Dalam tengah bertolak tarik begitu akhirnya kak Liza membuka zip seluar Iss, Iss tergamam, “Ko lindunglah dengan surat khabar ni sikittt”... kata kak Liza, Iss menurut sahaja macam kerbau ditindik hidung. Dari cara urutannya memang benarlah dia ni tukang urut, semua urat saraf dia tau dan disebutkan namanya sekali.

Oleh kerana jiwa kacau masa tu, lagi pulak hawa sejuk dari aircond kuat sangat, urat tak mau tegang, bertungkus-lumus juga kak Liza betulkan urat saraf Iss masa tu, hingga dia menarik tangan kanan Iss lalu diletakkan diatas dadanya. Sementara tangan kiri masih memegang surat khabar, nak cover line. Wow......ini kali pertama mendapat layanan  percuma begini, hingga lupa perasaan malu, lepas tu tak sampai satu minit, sudah game over....kak Liza sempat kutuk, katanya, “awak ni macam ayam jantan, kejap je dah keluar”, kak Liza menasihatkan Iss supaya berubat dengannya selama tiga kali berturut-turut. Satu kali khidmat bayarannya sebanyak Rm30.00. Dah terlanjur kena urut sekali lebih baik habiskan, kata Iss, semasa dia pergi ke tampat kak Liza tu, memang ramai budak2 sekolah yang datang, budak India pun ada. Setakat ni dah masuk enam kali dia kesana, dah ketagih la pulak... “Ada perubahan tak bila dah banyak kali kena urut? tanya aku. “Ada, sekarang ni lebih aktif lagi”, jawabnya. Patutlah asyik berulang ke Kuantan je, ada penyedap rupanya.

Ada lagi ceritanya, masih lagi 18XL punya. (budak2 jgn baca) Dailog Orang buta berkahwin dengan perempuan bermulut sumbing (Sengau), Konon katanya ada budak2 ni sekodeng. Pendek je ceritanya, biasalah pada malam tu, si buta teraba-raba mencari sesuatu, apabila mendapat apa yang dicarinya, si isteri, bersuara,

Isteri sumbing : Jumpa ya dalam tak nampak tu... (nada sengau),
Si suami Buta : Atas saja buta, bawah tak buta... (Berlagak)
selang beberapa minit, si suami bersuara pula...
Si suami Buta : Bagus je tak kurang apa2
Isteri sumbing : Kat atas je sumbing bawah tak sumbinggggg... (nada sengau marah)


Dalam tengah berbual panjang tu rupanya no giliran aku sudah di panggil, tak sedar dari tadi kami berborak rupanya jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang, cepat pulak masa berlalu, masib baiklah ada member lama, kalau tidak dah tentu aku mati kutu. Dari luar (tempat parking) aku dapat melihat nombor aku sudah naik di screen. Aku cepat2 bergegas menuju kunter no 4. “Lepas ni kita sambung lagi”, kata aku.

13.11.09

Melayan Orang 3 Suku




Ada sesetangah orang yang bila kita berbual dengannya, perbualan itu akan meleret jauh daripada tajuk asal. Bukan semua orang yang mampu berbuat begini, hanya yang banyak temberang sahaja mampu melakukannya. Sebenarnya orang begini disenangi orang kerana ia boleh menghilangkan tansion dan menjadikan suasana hidup, tapi kadang tu boleh menjadikan kita tansion bila cerita yang sama diulang berkali-kali.

Disekeliling aku memang ramai orang dikurniakan bakat begini, jika nak kemana-mana beliau ini mesti diajak sekali, saja nak dengar temberangnya. Disini aku nak cerita sikit tantang salah seorang beliau yang aku maksudkan. Beliau ini sangat berbakat dalam sukan, hampir semua acara sukan orang Melayu dia boleh main, pendek kata dia berbakat. Yang lucunya dia ni sangat fobia dengan pacat, cacing dan ulat. Dia sangat berhati-hati dari terjumpa binatang tadi, jika terserempak pasti melompat punya. Jika memancing ikan, orang lain yang tolong pasangkan umpan, jika meredah belukar, dia dah siap dengan pakaian keselamatannya, stoking paras lutut , kasut getah Phuah Chu Kang lagi. Tapi kena berhati-hati dengan ayat perangkapnya, kadang2 berupa soalan yang sederhana sahaja tetapi sebenarnya ayat mengenakan orang. Aku gelarkan beliau ini Riched (bukan nama sebenar)


Ada sekali tu dia cakap, “orang yang pandai solat, tak payah solat”, beberapa kali dia ulang supaya aku dapat tangkap apa yang dia maksudkan. Nasib baik aku sempat berfikir sebelum membuat ulasan, “Yalah..orang yang pandai solat, baginya solat tak payah..., mudah saja baginya...Betul katanya, Ada lagi, Bila ada gotong-royong untuk sebelihan korban, dia akan buka fatwa baru iaitu, “Haram hukumnya menyembelih binatang dengan memakai seliper”. Ditanyakan soalan ini kepada Ustaz di Kampungnya, (aku pun kena gak soalan ni) Bingong Ustaz itu, berubah air mukanya, saya belum pernah dengar lagi soalan semacam ini, mana kau dapat fatwa ni, tanya ustaz itu, JAIS baru keluar arahan, katanya, tapi tadi saya pakai kasut, kata ustaz, pakai kasut pun haram hukumnya, kata Riched, menghangatkan suasana. Akhirnya bila dah tau jawapannya, semuanya menyumpah, tut,tut,tutttt. Ada budak poyo kat sini, tercengang bila terkena soalan ni, katanya, dia tak sengaja pakai kasut ketika menyembelih, yg lebih teruk lagi bila Riched kata, kerana dia, sembelihan itu jadi haram, budak tu tanya, “kalau dah terlanjur pakai kasut, kena bayar dam ke”?. Takpa, nanti lain kali bila nak sembelih binatang mesti pakai pisau yang tajam, bukan pakai kasut, kata Riched sambir ketawa, kah,kah,kah....itulah rahsianya..

Ada lagi, Isnin tu pagi2 lagi dia dah buat fatwa lagi, katanya ada fatwa mengatakan bahawa orang kawin setaman atau sekampung haram...budak2 ni menyampuk, “aku kawin bukan sekadar setaman, jiran lagi, tak haram pun”. Riched menambah lagi, “jika kawin setaman tetap haram, nabi kita tak pernah buat”. Dah penat diaorang bergaduh barulah dibuka rahsia. Macamana mungkin nak berkawin setaman, ada berapa orang anak dara dalam satu taman tu, tak kan nak kawin dengan semuanya, paling ramai pun kita boleh kawin 4je... keh, keh keh,. Bukan sekadar habis disitu je, malahan pada budak2 sekolah pun dia tanyakan masalah ini juga, ada sorang tu hingga terbongkar rahsianya, bila dia beria-ria sangat bangkang, rupanya aweknya dalam taman tu juga.

Ada lagi, kadang tu idea dia ni boleh pakai juga, bila dia kata Negara Islam Tak Perlu Tanda Halal sebab bila dah Negara Islam dah tentu semua barangannya halal... ada yang bertanya, macamana dengan barangan yang tidak halal, Negara kita kan ada juga orang yang tidak Islam?, Bukan sekadar arak saja, ada juga barangan seperti kasut atau beg dari kulit babi ke macamana,... (Riched berdiri sambil berpiato) Barangan yang tidak halal kurang, jika dibandingkan dengan barangan halal, Mudah je, kita tak perlu tanda halal, kita perlu tanda HARAM... jika ada tanda haram pada contohnya rokok dan barangan lain dah tentu orang Islam takut nak beli....hidup Riched.....


Ada lagi, Dia ni suka mengenakan Ustaz muda di kampungnya, sekali tu semasa dia dan member tengah minung petang di gerai, Ustaz tu datang, bila dia nampak je ustaz tu, dia terus order teh untuk ustaz, bila ustaz duduk je teh dah sampai. Belum sempat ustaz minum dia dah bayar dulu. Ustaz merasa hairan, “takpa nanti2lah ana bayar”, “Ustaz !!!...kita jangan amalkan makan makanan yang berhutang”, kata Riched. Ana tak berhutang, ana bayar, Selagi tak bayar itu dikira hutang, sebab itu saya bayarkan untuk ustaz tadi, kata Riched, sambil ketawa.... Ana dah terkena...kata ustaz.

Ada lagi, Ada sekali tu kitaorang dah bincang sesuatu sebelum membuat cadangan kepada bos, keputusan telah dibuat sebulat suara, bila bos sampai, cadangan telah dibuat, Riched asyik bangkang sahaja semua cadangan yang telah dibuat tadi. Lalu terjadilah bangkang membangkang antara Ayie dan Riched, aku yang ada kat situ tak boleh tahan gelak, sampai air mata keluar lalu, aku keluar dari situ, sambil menyumpah-nyumpah, gila...budak dua ekor ni, tadi bincang lain, bila jumpa bos jadi lain. Akhirnya meeting dengan bos ditanggohkan. Apa dah jadi dengan mereka berdua?, rupanya dalam meeting tadi Riched bertindak sebagai pembangkang, saja nak kenakan Ayie. Dia ada kata sebelum tu, kalau apa saja yang Ayie cadang dia pasti bangkang punya, walaupun tadinya kata putus telah dibuat. Orang macam ni pun ada...


2.11.09

Kasut Cowboy



Di saat rock kapak mendapat tempat pertama dalam industri musik Malaysia, kebanyakan artis rock lelaki memakai kasut legen (kasut cowboy), kasutnya terbahgi kepada beberapa jenis, bergantung kepada kesesuaian si pemakai, ada yg panjang sampai paras lutut dan ada ke paras buku lali. Pada masa itu kebetulan pula aku bekerja sambil belajar di Alif Studio, lokasinya di Jln Masjid India berhampiran pula dengan Cambell Kompleks. Pada masa itu Cambell Kompleks menjadi pusat membuat barangan kulit handmade popular di Kl.

Antara kedai yang sangat popular yang selalu dikunjungi para artis ialah kedai Kings Leather. Ada juga sesekali aku terserempak dengan Amy dan Kid semasa aku berkunjung kesini. Waw... masa tu aku selaku budak kampung kalau jumpa artis ke, memang jakun punya. Kasut cawboy ni sangat mahal apa lagi bila ditempah, buatannya halus, harganya dari RM300 hingga RM2000, itu harga pada tahun 1994. Aku memang tak berkemampuan untuk membelinya, jadi aku tengok jelah, apa tahlagi aku hanya berkerja sambil belajar pada ketika itu.

Nak dijadikan cerita, Ada sekali tu, semasa aku tengah sibuk2 di Studio, ada seorang berpakaian cowboy datang, siap dengan topi, belt, kasut sampai paras lutut, ada besi dihujung dan tumitnya, (masuk studio kena buka kasut) serta baju petak di belakang baju bertulang W. Wahhh... macam artis bisik hatiku. Ini pertama kali aku melihat orang berpakaian cowboy lengkap, pastol je tak pakai. Dari situ aku mula berazam akan berpakaian seperti ini bila dah mampu nanti. “Mana bos engkau Sapawi”...? katanya pada aku, belum sempat aku jawab, bos aku keluar. Rupanya mereka kawan lama.


Dipendekkan cerita rupanya mamat berpakaian cawboy tu pemilik kedai Kings Leather, namanya pulak Raja Azhar, Bermula dari situ aku semakin rapat dengannya, kerana dia selalu datang atas urusan kerja, (nak buat neme card, letterhead, dll) lepasni mudahlah untuk aku memiliki kasut idaman, bisik hati kecilku. Pada mulanya aku bertekad untuk membelinya secara insurance pada bos aku, tetapi sedang aku tercari-cari idea macamana nak mulakan bicara, tiba2 Raja Azhar muncul. Dia ajak aku keluar makan, kebetula bos aku tunggu dia kat kedai makan berhampiran. Dalam perjalanan tu aku terus cakap nak tempah kasut, dia suruh aku lukis design kasut yg aku inginkan. "Kacang je tu".. kata aku, Setelah dia tahu aku boleh melukis potrek, dia suruh aku lukis gambar “read Indian”, siap diberi contoh gambarnya sekali. Selama seminggu aku habiskan masa untuk melukisnya. Gambarnya bersaiz 24x17 inch, setelah selesai, beliau berpuas hati dengan lukisan itu. Yang lucunya apabila beliau bertanyakan harganya, bos aku cepat2 menyampuk, “sama harga dengan kasut yang kau tempah” katanya, aku dan Raja Azhar tergelak besar, kah,kah,kah,.. menarik juga idea bos aku ni, jadi kami sama2 tak perlu berurusan dengan duit, memadai dengan sistem bata sahaja. Sebelum tu dari hari pertama aku tempah kasut hingga minggu berikutnya fikiran aku tak tenteram, hanya teringat kasut sahaja, gaji bukannya besar, kerja sambil belajar, hanya dibayar rm300 sahaja sebulan, dan lagi, layak ke aku pakai kasut camtu, kang kena gelak dak orang je, masalah juga...


Pada pagi keesokan harinya aku terima panggilan dari Raja Azhar, katanya kasut aku dah siap. Balik kerja nanti aku singgah sana, kata aku. Sepanjang hari itu aku semakin tak senang duduk, dada berdebar asyik teringat kasut je, akhirnya pada pukul satu tengahari itu, aku bergegas ke kedai kasut itu, bila terlihat sahaja aku datang Raja Azhar tersenyum sambil berkata”, “Hai...kata nak datang petang, takut kasut hilang ke?”... “selagi aku tak tengok kesut tu, aku tak boleh buat kerja”, kata aku. Dia mengeluarkan kasut yg aku tempah itu. wah...warnanya hitam berkilat, kulitnya lembut, dihujung bahagian depannya ada semacam ukiran besi dan ditumitnya juga terdapat simboi kepala lembu bertanduk panjang. Aku sangat berpuas hati dengan kasut itu, lebih cantik dari kasut yg aku bayangkan, itulah kasut pertama yang aku tempah dalam hidup selama ni.

Setelah aku pakai, pada mulanya agak janggal, bila aku cuba berjalan mutar2 keliling untuk membiasakan diri, ternyata sangat selesa, bila aku berdiri dihadapan cermin besar, aku senyun sendiri, aku terasa seperti orang lain dalam cermin itu, melihat aksi aku begitu, Raja Azhar tersenyum sambil berkata, “rosak dah anak buah Sapawi ni”... Satu lagi yang aku suka sangat tentang kasut ini ialah bunyinya ketika berjalan ‘klotak .. klotak …klotak’. nah itu suaranya. enak banget didengarnya, hingga membuat pikiran aku berimajinasi bahwa diriku adalah seorang cowboy. Dahlah begitu tumitnya tinggi dua inch terasa nak terpelecok. Disepanjang perjalanan pulang menuju ofis aku pakai kasut itu, kasut lama masuk kotak, aku kelihatan riak sekali, aku dah jadi budak KL, akulah hero, jiwa kekampungan aku hilang serta-merta, mata asyik melihat kebawah. Kerana mata selalu sangat melihat kebawah, aku hampir2 terlanggar Mamak yang membawa susu kambing.

Dengan memakai kasut ini, aku selalu menjadi perhatia, sori...bukan aku, tapi kasut aku, pernah sekali ada awek yang kebetulan menaiki bas yang sama, nak berkenalan kerana aku nampak hamson dengan kasut tu, katanya.(malas nak perasan) Wahhh...hebat betul tarikan kasut ni. Itu belum aku bawak balik kampung lagi, deh tentu aku jadi hero punya. Pernah juga offismet aku yg perempuan, segan nak jalan dengan aku, katanya aku fancy sangat. Setelah aku dah berkerjaya dan mampu, banyak juga kasut jenis ini dah aku tempah disini, bukan setakat kasut saja malahan jaket kulit, tali pinggang dan topi, tetapi pengalaman yang pertama sangat terkesan dihati, abang aku juga turut terjebak sama, dia juga ada menempah kasut disini, kerana jales tengok kasut aku.


Sehingga kini aku selalu singgah dikedai itu, (berborak) poster yang pernah aku lukis dahulu masih lagi tergantung dikedainya, semua itu mengimbas kembali kenangan lama, sedar tak sedar sudah 15 tahun masa berlalu, kedainya kini kelihatan suram, Raja Azhar sudah jarang dikedainya, (dah jadi cowboy tua) mungkin tengah cari peluang lain, fesyen kasut tajam ala2 cowboy sudah lama ditinggalkan, seperti lenyapnya era Rock kapak. Kasut2 yg pernah aku tempah dulu tah mana hilang, separuhnya aku jual yang tinggal hanyalah topi dan tali pinggang sahaja. Memang betul kita hidup mengikut perdearan zaman. Zaman gemilang kita sudah berlalu, aku dah tak kemaruk lagi dengan barangan kulit, memadailah dengan hanya memakai seliper Jepun sahaja bila kemana-mana...

27.10.09

Kuliah Subuh ari tu, Keistimewaan Wanita




Issu kali ini aku malas nak merapu kerana mood untuk itu takda, lagipun masa untuk aku berkabung belum tamat lagi, sejak dah jadi anak yatim ni, adalah lebih baik cerita tentang agama baru berkat. Kebelakangan ini ramai sangat golongan wanita kurang faham tentang kelebihannya berbanding lelaki dari sudut Islam. Meh sini aku nak kuliah sikit...

Berbahagialah wahai wanita sholehah. Sebab Rasulullah SAW bersabda, “ Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholihah.” (HR. Muslim, Ahmad, dan An-Nasa’i).

Disisi lain berhati-hatilah sebab Beliau SAW juga berpesan tentang fitnah terbesar dari kaum mu,

“ Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpuncak daripada kaum wanita. ”(H.R. Bukhari, Muslim, Ahmad, at-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).


1.  Do’a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “ Ibu lebih penyayang daripada Bapak . dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang saleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis karena takut Allah SWT. dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.


4.  Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap baik dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka.”

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sholat dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata, “ Aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?”

Jawab baginda, “ suaminya.”

“ Siapa pula berhak terhadap lelaki?”

jawab Rasulullah SAW lagi , “ Ibunya .”

13. Perempuan apabila sholat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun)

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17.  Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18.  Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT


Adapun begitu 4 Golongan Lelaki Yang Ditarik wanita ke Neraka!

Betapa hebatnya daya pikat dan tarikan wanita, bukan saja di dunia. Namun di akhirat pun demikian, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang, atau anak harus memainkan peranan mereka dengan sungguh-sungguh. Seorang wanita itu apabila di alam alkhirat nanti akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Tulisan ini bukan untuk merendahkan wanita, tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya sesuai hak dan seksama, serta berwaspada akan tanggung jawab yang dipikul di dunia!

Ayahnya :
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Suaminya :
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah,menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalkan sholat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

Abangnya :
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adik wanita di akhirat nanti.

Anak lelakinya :
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, dan sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut di tanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

19.10.09

Ayat Suci Buat Umi



Pada petang khamis itu (15/10/09) aku mendapat missed calls dari adik aku yg berada di Pandan Indah, bila aku call semula dia tak jawab, lalu aku abaikan sahaja missed callsnya itu kerana menyangka urusannya dah selesai. Aku pulang awal petang itu tampa sempat masuk kedalam rumah pakmertua di Keramat. Dari luar pintu sahaja aku mengarahkan isteri supaya bersiap awal untuk balik ke Ampang, “malam ini kita ke surau baca Yaasin” kata aku. Isteri aku tak cakap banyak terus bingkas pulang bersama aku.

Maghrib itu sempatlah aku berjamaah di surau dan seterusnya membaca Yaasin serta tahlil. Setelah pulang dari surau, hp aku berdering lagi, rupanya  dah hampir 10 missed call. Adik aku di Pandan Indah, yang call, mungkin nak tanya pasal kerusi roda untuk Umi.  “ V... Umi dah takda datanglah sini", Mat pun dah sampai” (V nama manja aku) aku tercengang dan bingkas bergegas kerumah adik aku itu, sangat meleset sangkaan aku. Sampai disana aku meneliti Umi, benarkah dia dah pergi, badannya masih panas lagi, “kita tunggu ambulan datang comformkan” kata Mat, lima minit lepastu pegawai dari Hospital Ampang datang dengan Ambulan dan sahkan, dari kenyataannya, Umi meninggal pada 8.45 mlm.

Umi meninggal tanpa mengidap sebarang penyakit sehingga pegawai dari Hospital Ampang itu bingong, penyakit apa yang patut diisi dalam borang pengesahan yang menyebabkan Umi maut. Akhirnya dari kata putus setelah kami bermasyuarah, Umi meninggal kerana faktor usia.

Buat Umi aku sempat merakamkan ayat2 ini ketika aku merenong wajahnya beberapa minit setelah rohnya pergi;

Umi, ..! aku tahu roh Umi mendengar kata2 terakhir dari anakmu ini. Umi, Allah telah memberi suatu nikmat yang sangat besar buat Umi, janganlah Umi risau dan takut menghadapinya. Allah telah menjamin bahawa sesiapa yang meninggal dimalam Jumaat maka rohnya tidak akan disiksa didalam kubur. Umi, dunia yang bakal Umi lalui ini, adalah lebih baik jika dibandingkan dengan dunia yang telah Umi tinggalkan ini. Berbahagialah Umi disana. Anakmu ini akan sentiasa membekalkan Umi dengan Doa, bacaan Yaasin dan Tahlil sebagai bekalan disana. Ketika didunia, Umi terlalu banyak mengharungi pahit dan getir, tidak pernah aku melihat Umi senang, gelak ketawa jauh sekali, yang ada hanyalah kerisauan. Maka dengan keadilanNya jua, Allah telah memberi nikmat ini, nikmat yang diimpikan oleh setiap orang muslim buat Umi. Akhir sekali, ampunkan segala dosaku, semoga Allah memilih Umi dari golongan orang2 yang mendapat nikmat.
(Ketika aku menulis ayat2 diatas tak semene-mena air mata tiba2 keluar)

Umi tinggal dirumah aku sebulan sebelum berpindah ke Pandan Indah. Ketika bersama kami, Umi selalu mengadu nak balik ke kampung halamannya, hampir tiap2 hari dia bercakap perkara yang sama. Umi juga sangat selera bila aku jamukan dengan bubur lambuk. Ada sekali tu Umi sempat menatapi wajah aku dalam2 dan bersuara; “V,...janggut ni tak lawa simpan, cukurjelah”. “Betul tu Umi” kata Isteri aku yang ada disitu, dia gelakkan aku kaw2 punya.

Jenazah Umi di mandi, dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Besar Pandan Indah pada pukul 11.00 pagi. Selesai upacara di situ, jenazah dibawa pula ke Masjid Ar- Rahimah di Green Wood Gombak, setelah selesai solat Jumaat, jenazah disolat sekali lagi disitu, kali ini jamaahnya lebih besar, kebetulan pula Ustaz Ismaik Kamus yang selalu aku ikuti kuliahnya ada disitu memberi kuliah, beliau sempat meluangkan masa solat jenazah bersama kami. Ini aku anggap sebagai satu penghormatan buat Umi.

Setelah selesai semuanya, jenazah dibawa pula ketanah perkuburan. Pada perkiraan awalnya, tanah perkuburan Selasih Fasa 2 menjadi pilihan, disaat-saat akhir keputusan berubah, tanah perkuburan Jln Batu Muda pula dituju, ini kerana tanah perkuburan Selasih Fasa 2 sudah penuh. Aku yang tidak diberitahu mengekori kereta jenazah dari jauh. Jalan sangat jem lebih2 lagi disekitar trafik light greenwood. Aku tersekat di trafiklight itu, bila keluar dari situ, kereta jenazah telah jauh meninggalkan aku. Dipendekkan cerita aku tiba di Tanah Perkuburan Selasih Fasa 2 dengan tercengang kerana bayang orang pun takda, tambahan pula pintu pagarnya berkunci. Ini sah tersalah kubur, lama juga aku dengan adik ipar aku berpusing dikawasan itu, nasib baik Brother penjual air soya menunjukkan arah kuburan yang sebenar.

Sesampai di tanah perkuburan Jln Batu Muda Jenazah sudah di kebumikan, hanya tahlil sedang dibaca. Ketika kami sedang kusyuk menadah tangan, terasa ada beberapa titisan air turun dari langit. Aku sudah mula risau, mungkin hujan lebat akan turun sebentar lagi. Dalam memendamkan rasa risau itu langit kembali menjadi cerah, hujan tidak jadi turun, upacara berjalan lancar hingga selesai...Alhamdulillah...


Terima kasih kepada saudara-mara yang datang, kawan2 yang hadir maupun yang tidak hadir, yang memberi ucapan takziah, yang bersalam kauk, yang bersalama tidak kauk, yang menghulurkan derma simpadi dan yang mendoakan kesejahteraan arwah....terima kasih sekali lagi.

11.10.09

Ragam Aidilfitri




Suasana meriah di bilik CTP/CTF, musuh ketat; An2, Aku, Liza, Ayie dan Jambu.

Adoiii... penatnya, hari2 kena pergi rumah terbuka, jauh2 jauh pulak tu... dahlah jalannya punyalah jem, kalau tak pergi, nanti diaorang tak datang rumah aku pulak bila aku buat open house. Beginilah hidup warga KL, bila ada open house baru datang rumah. Yang member aku sorang ni, time orang buat open house, dia lantaknya kawin. Kebetulan pulak tunang dia jenis kurus, lepas bulan puasa lagi kurus, budak2 ni kutuk kat belakang2, "kalau nak cari bini tu biarlah yang berisi sikit" "yang ni bayar je mahal bukak kosong." (celaka betul sape yang cakap tu) 


Bagi aku Aidilfitri pada tahun ini terasa lebih bermakna kerana ada beberapa peristiwa lucu yang memeriahkan lagi sambutan itu.

Peristiwa Lawak I
Ketika aku dan isteri berkunjung kerumah saudara aku di Hulu Langat, pada ketika itu sudah masuk waktu Maghrib, jadi aku tumpang solat disitu, isteri aku pulak terus ke dapur untuk menolong apa yang patut. Selesai solat, aku dihidangkan beberapa juadah seperti buskut kering dan air teh o panas. Walau pun ketika itu mood untuk makan, memang takda langsung, bukan kerana juadahnya yang kurang menyelerakan tetapi perut sudah penuh. Hanya air saja yang boleh menampung seteguk dua. Isteri aku menuangkan aku hanya suku gelas air sahaja sambil merenong aku, “apa tengok, tak pernah tengok orang hensiom?” kata aku, dia diam saja mungkin segan dengan tuan rumah yang duduk di keliling meja bulat, mamun gelasnya dibiarkan kosong. Walaupun begitu aku hanya memerhatikan sahaja mungkin dia dah banyak minum di dapur tadi. Oleh kerana waktu itu sudah jam 9.00 mlm aku terpaksa memendekkan masa disitu, dan bergegas pulang.

Semasa dalam perjalanan pulang, barulah terbongkar rahsia, rupanya ketika Isteri aku didapur tadi dia melihat suatu pengalaman baru. Cara isteri tuan rumah membancuh teh o. Sudip kayu yang di gunakan untuk memyenduk nasi di terbalikkan (bahagian hulunya) digunakan untuk memutar gula dan teh di dalam tekoh. Patutlah aku tengok berminyak je teh o tadi. Yang isteri aku hairan sangat tu, semua perbuatannya itu selamber sahaja dihadapannya. Bila tengok semua sudu takda yang bersih, lepas menyenduk nasi untuk anaknya, senduk itu juga digunakan untuk membancuh teh o. Nak jimatkan tenaga semuanya nak 2 dalam 1. Aku tak dapat komen banyak tentang beliau ini, dah memang dia begitu. (Habbat sangat_lorat PHG)

Peristiwa Lawak 2
Pada 14 Syawal (Sabtu) member lama nak datang ke rumah beraya, bukan dia sahaja nak datang bertandang ramai lagi, tetapi semuanya pada sebelah petang. Jadi dia diutamakan, lagipun ini kali pertama dia datang kerumah. Memu pada hari itu special, nasi tomato, nasi briyani, serta lauk-pauknya. (tah apa akupun tak tau namanya). Tepat jam 1.00 tengahari tetamu yang dinanti tiba. Member aku yang sorang ni, memang banyak kenangan bersama aku, aku kenal dia sejak tahun 1993 lagi, ketika itu kami sama2 bertugas sebagai designer di Karangkraf. Yang menarik lagi bila tarikh kami berkahwin adalah sama iaitu tarikh pilihanraya 2008.

Nak dijadikan cerita bila semua lauk-pauk telah dihidangkan, tiba2 isteri aku dengan kelam-kabutnya memanggil aku kedapur, rupanya, nasi belum masak lagi, periuk nasi tiba2 je rosak. Time ni lah nak rosak, pada tahun lepas gas habis time gini jugak. Takda pilihan lain lagi, terpaksalah aku keluar membeli nasi briyani mamak punya. Cis...celaka betul...tebal muka aku aritu, tetamu makan nasi tapaw, nasib baik semua lauk-pauknya tidak menghampakan...




Peristiwa Lawak 3
Baru2 ni tempat kerja aku buat samburan Aidilfitri. Sambutan itu dibuat pada hari Jumaat, bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 12.30 tengahari. Persiapan telah dirancang lebih awal, banyak acara telah diatur seperti cabutan bertuah, pakaian paling bergaya untuk lelaki dan perempuan dan lakonan sepontan. Suasana pada hari itu terasa sangat hambar, banyak kerusi kosong, makanan seperti kurang diusik. Sambutan yang dijangka meriah rupanya kurang mendapat sambutan. Rupanya ahli warga kerja telah memulau majlis itu berikutan keenganan pihak pengurusan memberi perlepasan kepada staf yang bekerja di sif petang disatukan menjadi satu sif sahaja di sebelah pagi. Aku yang menyaksikan peristiwa lawak itu merasa terkilan, mengapa pihak pengurusan syok sendiri, tidak memikirkan staf yang berkerja di sif petang. Yang lucunya apabila nombor staf yang dicabut kononnya nombor bertuah, tidak tampir kehadapan dan terpaksalah urusetia mencari nombor lain berulang kali. Pemulauan ini memberi tamparan hebat kepada pihak pengurusan dan majikan apabila ramai mereka yang hadir bersungut, tidak meriah.

6.10.09

Jony Oh Jony



SEJAK aku berpindah ke Ampang, jarang sangat dapat tidur dengan aman pada malamnya. ada saja bunyi bising kat depan rumah aku, dengan bunyi motsikalnya, keretanya dan yang paling aku tak tahan sangat tu bunyi anjing menyalak.

Mr. Leong jiran sebelah rumah aku ada bela anjing, Jony namanya, warnanya hitam pekat, badannya besar (saiz kambing jantan) matanya tajam, sangat agrasif, wajahnya bengis, tak boleh diajak bergurau langsung. Sepanjang aku berpindah kesitu, tidak pernah sekalipun Jony dibiarkan bebas berkeliaran tampa rantai bertambat dilehernya. Maklumsajalah bukan boleh percaya sangat dengan Jony tu, anak Mr. Leong dah dua orang kena gigit kat kaki semasa tengah beri makan.

Kata Mr. Leong, dia tak beli Jony tu tapi ada orang yang kasi. Orang tu terjumpa dalam longkang lima tahun dahulu, masa tu Jony baru berumur lebih kurang dua bulan. Mises Leong bagi nama Jony nak bagi sejuk sikitla konon. Sejak kecil lagi memang Jony payah nak diajar, cepat sangat badmood, kadang tu saja je aku usik puntu pagar rumah Mr Leong, nak tengok respon Jony, bila dia nampak je aku terus dia bingkas terkam macam kena sasau, tapi masa tu, aku pastikan rehernya bertambat dulu...Patutlah emak dia buang dalam longkang sebab dia dah tau anaknya yang sekorni memang jahat, aku melawak dengan Mr Leong.

Ada sekali tu aku dah tak tahan sangat dengan Jony, dari malam sampai pagi tak berhenti menyalak, suaranya sangat kuat sehingga aku tidak boleh lena langsong. Padi tu aku jumpa Mrs Leong suruh dia buang je anjing bodoh tu, menyusahkan orang je, dia kata, bukan dia tak mau buang, malahan dah banyak kali dia offer kat orang semuanya tak mau, kalau nak buang macamana tak sampai hati sudah lama bela.

Malam esoknya aku dah ready dengan lastik, kalau Jony bising je siaplah kepala dia aku bidas dari atas balkoni rumah aku. Pada malam itu hujan renyai2 mungkin Jony tidur awal malas nak memekak, bila jam dah menunjukkan pukul 12.30 malam, ada kedengaran suara salakan anjing sayup2, dia dah nak mula dah, aku cepat2 standby kat atas. Dari jauh kelihatan ada lima ekor anjing datang menghampiri pagar Jony, saiznya lebih kecil sedikit dari Jony, mungkin Jony bos dia kod, Jony apa lagi...layan member borak, lalu terjadilah sahut-menyahut yang bingit. patutlah sampai pagi, Jony ajak member2 dia buat konsert rupanya. Lama aku perhatikan dari atas, kadang tu lawak pun ada, lagaknya macam Indon baru terjumpa kawan lama.

Dalam tengah rancak bersahutan itu, aku melepaskan peluru lastik secara rambang,...kingggg, (besi rupanya anjing ni) berterabur anjing yg diluar pagar lari, lepastu tak sampai lima minit berkumpuk semula, sambung konsert, dah bertalu-talu aku lepaskan peluru lastik tapi tak serik2. Kalau gini sampai esok pagi pun tak habis, akhirnya aku keluar rumah perlahan-lahan lepastu aku kejar anjing2 tu dengan lastik. Macam orang gila aku malam tu, berlari hingga100 miter kejar anjing. Bila sampai dekat simpamg tiga, peluru lastik aku habis, anjing tadi berpatah balik kejar aku pulak, aku apa lagi cabuttttttttt...kalau tak lari mampus aku malam tu, lima ekor anjing lawan aku sorang, sambil belari tu, aku ternampak ada satu kayu beluti kat tepi jalan, dengan kayu beluti pulak aku kejar anjing tu semula, (macam cerita kartoon) kali ini aku kejar jauh sampai jalan besar. Memang aku betul2 gila malam tu, kat jalan besar tu, aku tunggu anjing tu sampai setengah jam, walaupun hujan renyai2 ketika itu belum reda.

Bila anjing2 tadi dah benar2 tak kembali, baru aku balik rumah, ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Satu beg plastik batu habis digunakan, tentu banyak lebam2 pada badan anjing2 tu, walaupun begitu hati aku belum puas lagi kerana bos dia si Jony tu, belum kena lagi. Malam itu baru aku dapat tidur dengan aman, sedar2 je kedengaran azan subuh berkumandang. Satu lagi perangai Jony yang tak aku berkenan apabila pantang dengar suara azan, dia pun nak azan sama, woookkkk, woookkkk....woookkk...ada sekali tu, bila dia tengah syok layan azan asar, aku sembur dia air dengan getah paip, dah basah kuyup baru terdiam.

Antara perangai buruk Jony ialah,
Pantang nampak orang lalu mesti nak sergah, member aku Tapar Petir dan Ayie (bukan nama sebenar) sampai terlompat kena sergah dengan Jony. Emak Mertua aku melatah hampir 15 minit baru pulih, disergah Jony. Yang aku geram sangat tu, orang yang baik2 dia salak, pencuri kereta aku dia tak salak pulak. (dah berpakat kot).

Baru2 ni aku tengok Mr. Leong tengah peking barang, nak pindah katanya, wahhh baguslah kata aku, tapi yang tak sedapnya, Jony tinggal jaga rumah, rumah barunya dah ada gard so tak guna bela anjing, tiap2 hari dia akan datang bagi Jony makanan. Lepasni siaplah ko Jony, tuan ko takda, lagi mudah aku belasah ko.

Petang tu semasa aku pulang dari kerja, aku tengok Jony tidur saja, najisnya berselerak disana sini, baunya semerbak masuk kedalam rumah aku. Tak tahan sangat dengan baunya, aku bersihkan dengan menyembur air melalui getah paip dari rumah aku. Jony pun aku mandikan sekali, yang bagusnya Jony ni, bila mandi dia jadi baik, aku suruh duduk, dia ikut sahaja sampai sudah.

Pada minggu berikutnya, rumah Mr. Leong sudah ada penyewa baru berbangsa India, Jony telah ditamatkan perkhidmatannya dirumah itu, dia dibawa ke Batu Caves jaga kedai besi buruk kata Mr. Leong. Penyewa baru ni ada juga memelihara dua ekor anjing, tetapi anjingnya katik2 belaka, suaranya halus bila menyalak, bulunya tebal berwarna putih, sangat manja dan comel. Sekali tu aku sergah, melompat lari, Anjing macam ini barulah sesuai jadi jiran aku.

Sejak itu baru aman sikit dari bunyi bising, masalah yang aku hadapi sekarang ni ialah bau kemian, jiran baru aku ni alim sangat lapulak, tiap hari nak bakar kemian. Kadang tu sampai berjangkit kat baju jemuran aku. Itupun tak lama lagi bakal aku  istihar perang gak tu.....

28.9.09

Dilema Bancuh Simen

Aku mendirikan rumahtangga pada 8 May 2008 bersamaan 1 Rabiulawal 1429H. Kebetulan juga pada hari yang sama Pak Lah mengistiharkan Pilihanraya ke 12. Berikutan itu jugalah salah satu punca mengapa aku merah sangat dengan Pak Lah ni, nak umum tarikh Pilihanraya tiba2 je, pastu pulak ambil tarikh aku bersanding lak tu... kerana dia juga majlis perkahwinan aku menjadi kurang meriah, sebab ramai member aku tak dapat hadir kerana sibuk mengundi di kampung. Kerana Pak Lah jugalah masak aku kena perli dengan member ofis aku yang hadir masa tu, katanya, “Orang sibuk memangkah kertas undi kau sibuk memangkah bini”...yang aku tak tahan sangat tu, diaorang ni saja je perli aku kat depan pak mertua aku... (celaka betul)

Teringat lagi semasa aku bujang terlajak dulu, ramai oarang bertanya bila nak kawin?, aku akan jawab: belum ada jodoh atau orang taknak, atau awek yang cun2 semuanya dah kena kebas hingga tiada yang tinggal atau kau ada calun ke untuk aku, tanya aku ni?... tapi kisah itu sudah hampir dua tahun berlalu, sekarang ini soalan baru pula muncul iaitu, bila pula nak dapat cahaya mata?. Untuk menjawab soalan begini selalunya aku melihat kepada siapa yang bertanya. Jika yang bertanya itu orang yang dihormati, aku akan jawab, belum ada rezeki lagi, jika yang bertanya itu saudara mara terdekat, aku akan jawab, sedang berikhtiar, jika yang bertanya itu member ofis ke atau kakak2 otai, aku akan jawab, “Tengah Bancuh Simen”...

Bagi isteri aku soalan itu sangat sensitif. Ramai sangat orang bertanya soalan yang sama, bila dia balik rumah saja, dia selalu mengadu kat aku dilema yang ditanggongnya, apa yang aku boleh tolong selain dari bancuh simen...Bukannya kami tidak berikhtiar, malahan dah bermacam usaha dilakukan, antarnnya:, Pernah juga kami berikhtiar dengan menggunakan khidmat tukang urut, setakat ini dah tiga orang tukang urut, minum air di Pulau Dayang Bunting, dan yang terbaru, aku nak cerita kat korang ni pengalaman aku, berjumpa dengan doktor pakar sakit puan.

Sebenarnya dah banyak kali kami buat temujanji dengan Doktor Pakar ni (doktor lelaki), baru kali ni menjadi. Pada pagi itu macam2 digodeknya isteri aku, tak sanggup aku tengok, pastu pulak diberinya kami jadual. Jadual waktu subur katanya, jadualnya kelihatan seperti kalendar dalam masa sebulan, ada kotak2 yang perlu dipangkah, tetapi kena bersama dulu baru tanda X”, katan doktor sambil tergelak. “Jangan tanda X sahaja tampa usaha”, “kamu kena jujur dengan apa yang kamu buat” nanti bulan depan datang lagi jumpa saya bawak jadual ni sekali”

Pada bulan itu bermulalah kehidupan aku berpandukan jadual, setiap hari isteri aku akan menyemak jadual, mana2 kotak yang kosong perlu ditanda X, kalau tidak, dia akan laporkan pada doktor yang aku tidak berkerjasama. Bukan mudah nak tanda X pada jadual ni, rasa kelakar pun ada, kadang tu teasion pun ada, maklum sajalah aku ni bekerja dalam bidang penerbitan dah tentu kena stayback punya, bila dah kerja sampai larut malam, payahlah sikit nak dapatkan mood yang baik punya... Ada sekali tu nak dijadikan cerita, Dahlah sampai rumah 11.00 mlm pastu pulak kat TV ada live Liverpool vs M. Citi, ini siaran mesti tonton. Akupun apa lagi layan bola hingga tertidur, sedar2 je aku dikejutkan dengan suara harimau dari tingkat atas,
Isteri : “Abanggg....ada kotak kosong belum pangkah lagiii”...
Aku : “Awak pangkah sendirilahhh”...(nada marah)
Isteri : “Cakap dengan doktor kata abg tak kerjasama”
Aku : “Abg takda moodlah, penat stayback lagi...nak rihatlah”
Isteri : “Tengok bola tu larat sangat pulak”...
Aku : “Tengok bola tak guna tenaga, ini kira rihatlah jugak,...alah satu kotak je kosong tak kan tak boleh”,...
Isteri : “Apa nak cakap dengan doktor, bila dia tengok kotak kosong”...
Aku : Tipu je doktor tuuuu...
Isteri : Kalau tipu baik tak payah.
Aku : Aiiiiiiiiii celaka betul doktor ni, orang nak bersenang lenang pun tak boleh, takpalah esok abg pangkah dua kotak sekali...

Dalam sebulan tu sungguh tersiksa jiwa aku, pukul 10.00 mlm dah kena masuk bilik tidur. Banyak rancangan TV aku terlepas, ini semua kerana jadual doktor itu. Selama ini dalam riwayat hidup aku, jarang sangat aku tidur seawal itu,..menyampah betul, Kat ofis, aku cerita kat member tentang jadual itu sambil berbisik. Lepastu dia gelakkan aku kaw2 punya. Yang lagi best tu pulak tiap2 pagi dia akan tanya aku, apa macam, malam tadi ada pangkah jadual ke tidak?, tanya tak cover langsong, kat depan orang ramai je, dah jadi satu kerja aku menjawab, menyesal pulak aku cerita.

Selepas menjalani sebulan dalam delema dengan jayanya, semua kotak telah lengkap bertanda X, akhirnya doktor berkata, “jika pada bulan ini tidak berhasil, kamu terpaksa cuba lagi pada bulan berikutnya”. Cisss...Satu bulan aku dah meluat nak ikut, ini nak cuba lagi bulan depan. Isteri aku setuju je sebab pada pendapatnya jika mengikut jadual, aku menjadi lebih berdisplen tidur awal bangunpun awal. Bagi aku pula hidup begitu macam budak sekolah, dimana seronoknya. Lebih baik hidup dengan sesedap rasa, tidak terikat dengan apa2, nak bancuh simenpun sesedap hati baru seronok.

Sekarang ini aku tengah terfikir-fikir samada nak bancuh simen mengikut jadual atau sesedap hati. Mengikut nasihat member aku Liza,(bukan nama sebenar) usaha itu tangga kejayaan, kalau tidak berjaya jugak, berusahalah diatas tangga, mungkin itu TANGGA kejayaan.

16.9.09

“Ada Aku Kisah”

Ada aku kisah. Selaku rakyat yg prihatin kita tidak sepatutnya banyak sangat mempersoalkan tentang masalah Negara, urusan itu biar Pucuk Pimpinan yang uruskan, nak buat macamana kita yang pilih dia, segala masalah mengapa nak dipersoalkan. Kalau dah itu betul pilihan kita, bermakna kita mesti setuju semua tiadakan mereka, termasuk tindakan isteri2 mereka, apa kita kisah kalau mereka nak menghabiskan duit Negara untuk berbelanja diluar negara berjuta ringgit, kalau Negara kekurangan wang, naikkan sahaja harga minyak, apa mereka kisah, merekakan elite, kuasa ditangan mereka, mana sama rakyat biasa dengan isteri PM. Tergamakkah kita melihat isteri Pucuk Pimpinan kita tidak menonjol, menggunakan barang murah, tak pakai botox lagi. Jadi memang layaklah apa yang mereka buat selama ini, sebagai rakyat biasa, biarlah kita berkorban untuk kesenangan mereka, biarlah rakyat derita asalkan mereka bahagia. Tapi semua itu ada aku kisah, kerana hanya dengan berpolitik murahan sahaja orang yang berjuang kononnya untuk Melayu itu boleh kaya,

Ada aku kisah. Kalau Dr. Khir Toyo masih lagi mempersoalkan tentang ketidaktelusan kerajaan Selangor sekarang ini, tidak cekap, tidak mampu menangani masalah kecil seperti masalah nak alihkan kuil di Shah Alam, sedangkan dizamannya dahulu, dah berpuluh juta digelapkan. Tapi semua itu ada aku kisah kerana mereka yang dilantik berpolitik biasanya bijak mengpolitikkan wang.(masuk ISA pulak aku nanti...)

Ada aku kisah. Sebagai pekerja yang prihatin pula, kita sepatutnya berkerja dengan penuh bersih, cekap dan amanah, baru Syarikat boleh maju. Kalau Syarikat maju baru CEO, Pengarah atau “Business partner” boleh hidup bersenang-lenang. Soal pekerja itu urusan mereka. Ada aku kisah kalau mereka nak buat rumah banglow siap dengan kemudahan lif sekali, merekakan banyak duit, apa lagi nak buat dengan duit kalau bukan nak hidup senang, seperti raja diistana. Tapi semua itu ada aku kisah kerana rumah yang cantik bagai istana sekalipun bakal ditinggalkan menjadi rebutan pewaris.

Ada aku kisah. Bila ada kes kematian keatas staf biasa, hanya warga staf sahaja yang datang ziarah, para Pengurus, Pengarah, atau CEO tidak layak untuk urusan ini, kerana mereka ini sangat elite, mana layak untuk berkunjung kerumah orang bawahan, cuba kita bayangkan betapa susah payahnya mereka jika mereka turun kerumah orang bawahan, mereka akan terkena habuk, panas kerana tiada aircon, lepastu pulak terpaksa berbual dengan orang yang tidak selevel, dah tentu topik perbualan dengan orang biasa, "boring", wah....tersiksanya jiwa mereka. Anda akan begitu jika anda ditempat mereka. Contoh terbaik ialah pada 13 Sept 09 yg lalu bila Sh. Rahman (bekas staf Dawama mantan DBP) meninggal dunia, memang ini terjadi, yang peliknya orang seperti Pelakon Anjang Aki dan Dato’ Johan Jaafar serta beberapa orang pengurus DBP hadir, mengapa mereka tidak menikirkan masalah standard . Anihnya sebelum ini apabila ayahanda kepada Ketua Pengarah meninggal dunia, semua muka2 Pengurus hingga kepada Ketua Pengurus hadir berpagi-pagi lagi tunjuk muka simpati. Tapi semua itu ada aku kisah kerana mereka semua itu adalah hipokrik.

Ada aku kisah, kalau saban tahun CEO menunaikan Haji dan Umrah bersama kaum keluarga serta rakan handai. Mereka ini tentu orang yang alim serta warak lalu tuhan memberi mereka jalan yang mudah menuju kebaikan. Apa hak pekerja berani mempersoalkannya sehingga ada yang menyindir, “Orang hindu bila banyak dosa boleh menyucikannya dengan mandi disungai Gangas”, “tapi kalau Orang kaya banyak dosa, dia akan ke Mekah cuci dosa”. "Kalau macam tulah agama islam", "tentu orang kaya tiada dosa". Jangan memandang serong akan kemurnian hati bos. Tapi itu semua ada aku kisah kerana kalau aku jadi Bos, perkara yang sama aku lakukan malahan semua pekerja atasan adalah dari kaum karabat aku.

Ada aku kisah, kalau tidak dapat bonus pada tahun ini, walaupun khabarnya baru2 ini dana telah masuk sebanyak lima juta hasil jualan buku teks dan buku lain. Tetapi bukankah wang sebanyak itu belum cukup untuk menampung keperluan “Business partner” atau pun bisunes lain, lupakah kita yang CEO pernah berkata yang “Business partner” mereka belum pernah merasa habuan hasil dari pelaburan mereka selama ini. Orang seperti mereka ini mana bisa memegang wang hanya sedikit. Tergamakkah kita melihat Pengarah atau CEO tidak bertukar BMW pada tahun ini?, aduhhhh,... tidak dapat aku bayangkan betapa siksanya jiwa mereka tampa kereta baru. Tidak bolehkah kita semua berkorban tampa bonus. Tapi semua itu ada aku kisah, kerana semewah mana kereta kamu akhirnya kereta jenazah juga jadi pilihan.

Ada aku kisah, kalau setiap kecuaian yang dibuat oleh Orang Atasan, ditunjukkan kepada orang bawahan. Memang sepatutnya begitu kerana orang bawahan ini tidak begitu dipandang oleh Syarikat. Jawatan mereka bila2 masa sahaja boleh diganti oleh orang lain. Bagi pengurus pula, mana mungkin beliau boleh membuat sebarang kesilapan kerana beliau hanya mengarah sahaja sedangkan semua kerja dilakukan oleh orang lain, yang penting semua kerja siap awalupun pembaziran dari kerja itu berlipat kali ganda dari nilai kos asal. Tapi semua itu ada aku kisah kerana semua pengurus bukan dilantik berdasarkan pengalaman kerja tapi berdasarkan siapa lebih kancing dengan bos.

Ada aku kisah kalau dapat gaji selepas raya, kerana hari raya itu untuk merapatkan tali persaudaraan, kunjung-mengunjung kerumah sanak saudara. Tapi semua itu ada aku kisah kerana aku masih boleh berkunjung dan jangan bagi orang mengunjung.

Ada aku kisah kalau Kak Janet memekek mintak romen, tapi sebenarnya apa yang dia minta ialah fonts roman...

Barang kali setakat itu sahaja pelajaran dari ayat “Ada aku kisah” bulan hadapan ayat lain pula.

2.9.09

Kantoi



Tentu korang pernah dengar perkataan Sekoden, kat kg aku amat popular disekitar tahun 90an hingga sekarang. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam lingkungan berumur 15 hingga 35 tahun tapi kadang tu ada gak yg berumur hingga 40th lebih. Ada beberapa orang tokoh yang memang mahir dan popular dikalangan mereka ni. Aku sempat menemubual beberapa orang tokoh ini, bagaimana diaorang berminat sangat dengan Sekoden hingga melupakan resiko yg mungkin akan berlaku.

Ikutilah pengalaman pahit manis sepanjang penglibatan mereka ini:

Biodata :
Tokoh Sekoden no 1, Lan (bukan nama sebenar)
Pendidikan : SRP, berhenti sekolah semasa tingkatan 4.
Pekerjaan : Kilang
Hobi : Mendengar lagu rock, (scorpions)
Perwatakan : Berkulit gelap, berbadan kecil molek, rambut lurus, langkahnya laju bila berjalan. perokok, tidak minat bersukan, beroprasi diwaktu subuh apadila dikejutkan oleh Azan Subuh, semua awek dalam kampung dia kenal. Sangat pantas apabila menyeram hendap, sesuai kalau masuk rancangan Fear Faxtor.

Yang empunya cerita, : Suatu hari tu, ada sepupu aku datang dari KL bercuti dirumah aku selama seminggu, Jeo namanya, hari pertama sampai aku bawa Jeo ronda kg berjalan kaki sambil melihat-lihat port2 baru. Keadaan rumah di kg KDSA pada tahun 90an kebanyakannya daripada papan, jadi tidak sukar sangatlah bagi kaki chekoden menjalankan projek mereka. Bagi Lan kalau setakat di kg ini, semua port dia tau, pastu pula, lokasi atau lubang yg dikorek pada dinding bilik air orang, tidak dikesan oleh tuan rumah itu sendiri, hanya dia yg tahu rashianya. Pada petang itu aku dan Jeo sempat melepak di warung sementara menunggu hari senja, Jeo budak KL berkobar-kobar semangatnya apabila aku nak ajak tengok tayangan percuma live lagi, kat KL payah nak dapat. Tepat jam 8.30mlm, kami berdua sudah “prepared” di tepi bilik air rumah Pak Akob. Anak perempuan Pak Akob yg no 3 tu pehhhh macam artis, selalu pakai baju kebaya ketat, kalau dia melintas semua mata menjeling termasuklah yg dah tua bangka. Setelah beberapa lama menunggu akhirnya masa yg ditunggu telah tiba, lampu bilik airnya menyala, aku dan Jeo bergegas mendapatkan sudut yg sesuai, tapi hari itu awek ni banyak sangat hal, mandikan adik lelakinya lah, basuh kain lah, dah tu nyamuk bukan main banyak. Jeo dah mula gelisah, “Jom balik jelah, aku dah penat ni” kata Jeo, “sabarrr, orang sabar selalu beruntung” kata aku,

“Tu, tu tu,...dah nak mula, dia dah nak buka kain” kata aku. Ketika sedang taksub mencari port yg sesuai tiba2 terdengar suara, Abahhhh...!!! ada orang mengendappp!!!, aku apa lagi, cabutttt... bila dah jauh aku berlari, baru aku sedar Jeo tertinggal, aku kena selamatkan Jeo, dia tak biasa jalan Kg ni. Dalam gelap malam itu kelihatan cahaya lampu suluh Pak Akob kesana sini, itu menandakan dia masih tercari-cari sesuatu. Setelah semuanya reda, aku kembali semula ke tempat tadi untuk memcari Jeo. Berkeliling rumah aku pusing bayang Jeo pun takda. Aku dah mula rasa tak sedap hati, tak mungkin Jeo kena tangkap, Pak Akob tu sebelah kakinya patah bukan boleh berlari. Tak berapa lama aku termenung dekat ampai kain tu, tiba2 terdengar suara Jeo memanggil nama aku, “Lan... tolong akuuu. Rupanya Jeo terjatuh dalam limbah, Pehhh...,bukan main busuk bau dia, korang bayangkanlah limbahan tu, tempat bermacam2 jenis air bertakung. Aku tarik Jeo keluar dari situ, lepas tu aku mandikan Jeo kat Masjid berhampiran (aku sembur air dgn getah paip je). Menyesal aku bawak Jeo, kalau aku sorang kan selamat...

Cerita Jeo : Awek tu menjerit sebab terdengar suara aku, “bukalah cepattt’...! aku tercakap kuat, dah geram sangat sebab awek tu lembap. Tak sangka pula awek tu dengar. Bila dia memjerit, aku tengok Lan dah takda, pastu pula bapak budak tu keluar, Aku jadi panik, aku lari ikut belakang lalu terlanggar ampai kain dan terjatuh ke dalam limbah tu tengelam hingga paras pinggang. Nasib baik aku pakai baju hitam sama color dengan air limbah tu, masa Pak Akob melintas kat situ, aku terpaksa menyelam, bau hapak air, aku dah tak peduli, yg penting aku selamat. Hampir setengah jam aku tidak bergerak kat situ, baru Lan datang. Tak guna punya sepupu. “Yang aku geram sangat tu’, “kasut adidas aku baru pakai seminggu terbenam dalam limbahan tuuu”, siapa nak ganti.

Biodata :
Tokoh Sekoden no 2, Zaini (bukan nama sebenar)
Pendidikan : SPM
Pekerjaan : Menoreh Getah
Hobi : Berborak kosong, buat lawak, menonton cerita biru.
Perwatakan : Berkulit cerah, berbadan gempal, gigi jongang.

Sekali tu aku nampak Zaini kena marah dengan abang dia, siap kena penampar lagi, dua minggu lepastu dia bercerita, - “Kau nak dengar cerita lawk tak?....”Ada orang mengadu dgn abang aku, sebab sekoden anak dara diaorang mandi”, “lepas tu teruk aku kena belasah dgn abg aku.” “Kau nampak kan aku kena pukul!!! (aku angguk kepala) Sejak tu seminggu gak aku cuti, tapi petang semalam masa nak ke kedai, aku terserempak dengan awek kat depan masjid tu balik kerja. Drasing dia punyalah ketat, taste akulah senang cakap, masa tu semangat kejantanan aku mula bergelora, “ini boleh mendatangkan marah”....(kami gelak sama2) Wajah awek tu seperti memanggil-manggil, malam tu aku dah bersiap awal, pukul 8.00mlm mesti dia mandi, (aku dah tau time dia mandi) Sebelum tiba saat yg di tunggu2 aku lepak kat belakang rumah dia, ada pokok lalang tebal tempat aku berlindung. Sedang aku terhendap-hendap dengan nyamuk dan semut gatal akhirnya lampu bilik airnya menyala, aku dengan cermat menuju target, apabila sampai di sudut yg sesuai, aku tergamam apabila dah ada Mamat lain yg potong jalan.

“Dalam samar2 malam itu nampak macam kenal je Mamat ni, “bila aku amati memang sah beliau adalah abang akuuuu!!! (kami gelak kuat sampai air mata keluar) “patutlah dia marah sangat, rupanya selama ini aku potong line dia.” Bila dah jadi macam ni, timbul rasa mak balas dendam, dengan seketul batu aku baling keatas atap zink rumah awek tu, (Pingggg....bunyi atap kena batu) dari jauh aku tengok, abang aku terlompat sampai terjatuh terkejut dengan kelam-kabutnya lari dari situ. Awek yg sedang mandi menjerit, makkk...ada benda atas atapppp.....aku yg melihat kejadian itu tergolek-golek dalam lalang gelakkan abg aku. Padan muka dia baik sangat konon.






Biodata :
Tokoh Sekoden no 3, Zam (bukan nama sebenar)
Pendidikan : SPM
Pekerjaan : Menoreh Getah
Hobi : Tiada
Perwatakan : Berkulit gelap, berbadan tinggi gempal, rambut tegak, perokok.
_ Awek yg menjadi habuannya adalah sama setiap hari (anak janda kat tepi lebuhraya)
Gini ceritanya: Pada hari Sabtu itu aku kunci jam pukul 5.00 pagi. Celik je mata terus bergesa ke tepi bilik air awek kat jalan besar. Selalunya aku sampai lebih awal, mudah nak atur stratigi, lagipun cerita kalau tengok sekerat tak syok. Pagi tu aku hanya memakai kain pelikat sahaja, baju lupa nak pakai. Serentak dengan itu pula hujan renyai mula turun, semakin lama, semakin lebat. Lampu bilik air sudah mula menyala. Aku sudah ready sejak tadi, cisss..mak dia rupanya, aku biarkan dulu sambil merokok sebatang dua, lama masa aku menunggu barulah tiba saat yg ditunggu-tunggu, tapi hairan pada pagi itu awek impian aku tidak seperti biasa, kali ini dia mandi berkemban. Boring dengan tayangan itu, lagi pulak hujan semakin lebat, aku lepak sebentar dalam jamban yg terletak berhampiran bilik airnya.

Sambil duduk2 kat dalam tu, rupanya aku tertidur, bila aku sedar suasana sudah gamat, awek tu menjerit panggil mak dia, pintu jamban dikunci dari luar, aku tidak boleh berbuat apa2 selain daripada berkata cuma nak tumpang jamban, bila mak dia datang, berbakul2 aku kena sumpah-seranah, dah tu pulak bapak aku datang, makan penampar free aku pagi tu. Sejak itu aku jarang lalu dikawasan itu, mak dia sudah pandang serong.

24.8.09

Cerita Menyampah tentang Demo



Aku dah malas dah, carilah orang lain, setakat ini cukuplah urusan aku dengan Demo, bukan aku nak melarikan diri dari Demo, tapi gegendang telinga aku dah tak tahan lagi memdengar suara Demo, semuanya menyakitkan hati, kadang tu, Demo tak bercerita pun cuma menyampuk orang lain berborak, tapi tah mengapa ceritanya jadi tak sedap. Piching Demo tak ikut tempo, tinggi tak menentu, main langgar je, Lebih elok kalau Demo jangan bercakap nanti banyak hati yang terluka dan terbuka pekong didada.

Selama ini aku gagahi jua apabila bertemu dengan Demo walaupun menyampah. Sebenarnya apa yang dibuat itu hanyalah demi tugas, bukan dengan rela hati, aku cuba mengelak dari bertembung dengan Demo, awalau apa cara sekalipun tapi tak boleh, Demo tetap dapat cari aku, apa tidaknya, bukan susah sangat nak cari aku. Takpalah kali ini aku lebih bersedia. Urusan Demo itu tak semestinya aku yang selesaikan, carilah Ayie (bukan nama sebenar) atau Liza (bukan nama sebenar) yang uruskan. Keputusan Demo semuanya tidak bijak, akhirnya aku juga yang susah....Aghhhhhhhh bodohhh..

Aku lebih bahagia begini. Bukan aku tak pernah menoreh getah, menjual buah-buahan di pasar, memburu pelanduk atau menjala ikan di sungai, malahan lebih teruk dari itu. Malas nak cerita je. Aku tau Demo seorang yang jujur, ikhlas tapi dengan boss saja, cerita Demo itu bukan standart aku. Pergilah cari orang yang satu level dengan Demo. Aku ini apalah yang ada, harta takda rupa pun kurang, yang lebihnya hanyalah nafsu semata.

Bukan aku sahaja yang lari daripada Demo, malahan ramai sekali, dalam perkiraan aku sahaja, sudah mencecah ke angka 95% penduduk Durian Daun. Lagi 5% itu adalah kaki ampu Demo yang pernah ada sejarah hitam. Aku faham Demo nak jadi yang terbaik, tapi tak pro, cerita Demo semuanya boringgg.. Sehingga ada yang sanggup melakonkan semula watak Demo, apabila kami berkumpul. Banyak cerita2 dari kisah Demo, telah diolah semula menjadi cerita lucu...(setelah ditambah tokok berbakul2) Apa saja yang keluar dari mulut Demo semuanya menyampah, tak sedap langsung, Publick Spiking Demo Fill, lebih2 lagi bahasa Melayu Demo macam orang Siam + Kelantan. Tak semegah langsung bila bertemu dengan tuan tanah.

Ada sekali tu, penulis sukan yang berurusan dengan Demo merungut, katanya, “banyak2 tempat yang pernah aku pergi, kat sinilah layanan paling teruk”, “tiada mesra pelanggan langsong”, “tiada hormat, mentang2lah aku begini” (Kakinya cacat bertongkat) panjang lebar ditempiaskan marahnya pada aku. (hanya sekali jumpa saja sudah dapat menilai) Walaupun begitu, dalam hangat marahnya itu ada juga terselit perkara lucu apabila dia berkata, “Kawan kau ni OK, nampak je muka bengis misai tebal tapi, sangat baik hati ” “orang macamnilah bagus”.. senyum je member kena puji, dah mula nak riaklah tu, nyampah aku.

Bukan setakat itu saja, penulis ni sempat membidas sikap angkoh Demo yang bercakap dihadapan pengarah dan pengurus tentang aku. Ayat Demo, sederhana sahaja, “Esok meting kat tutttt” Jangan MC pulak” aku jawab, kalau saya takda Encik tuttt kan ada”... dia seronok dengan jawapan aku, “betul begitu” kata penulis itu, “kalau PM takda TPM kena hendel” celahnya ketika keluar dari bilik pengarah. Cakapnya tadi memgambarkan seolah2 awak ni kaki MC,” katanya. Dia tak sepatutnya bercakap begitu, dihadapan pengarah ataupun orang luar,” katanya lagi. “Dia memang camtu, sejak dulu lagi,...tutttt, tutttt, tutttt...kata aku,

Baru2 ni pulak aku terjumpa Printer luar yang salalu berurusan dgn Durian Daun, ada sorang tu, kutuk Demo kaw2 punya, antaranya ialah, " bodoh betul si Demo tu, suruh aku buat buku teks, bila buku dah siap, baru tau cover salah, dia terbagi cover buku lain, (sebenarnya cover tu kat printer lain) jenuh pulak kitaorang copek cover tu",....bukan sedikit tau, beribu buah, cuai betul dia buat kerja, "kan kerja bodoh namanya tu,".. lagi satu yg aku sakit hati sangat ni bila dia jawab telefon cakap kasar sangat, "macamlah dia tu besar sangat"...."dulu sebelum Demo yg uruskan kerjani, tak pernah terjadi macam ni".

Anihnya mengapa orang sebegini selalu diatas, mendapat tempat disisi bos. Apakah Bos terlalu daif menilai seseorang, hanya cakapnya saja yang laku, entah apa yang menarik sangat dengan orang begini, pengalaman kurang, tak faham kerja orang. Tindakannya banyak yang bercangah, bertindak tidak dengan ilmu, menangani kerja semua dengan kelam-kabut. Bertanya macam samsing. Nak suruh buat rumah, pastu pulak simen tek cukup, nak order, pembekal dah malas nak saply sebab hutang dah berlapok, dah tu marah orang lambat siap. CEO yg tak tau apa tu ingat takda masalah sebab Demo kata pekerja yang buat kerja lambat. Tuan tanah asyik bagi memo je, nak kerja cepat siap. Apa akan jadi dengan Durian Daun sudahnya, nampak macam gelap. Tolonglah sesiapa bagi CPR.

Cerita Liza (bukan nama sebenar) ada clayennya yang aku cadangkan layak berkawan dangan Demo, orangnya tidak pernah aku jumpa, tapi dari ceritanya, aku rasa sesuai. Cuba kau nikmati ceritanya lebih kurang begini tentang Aircond;

Semalam aircond I rosak, so I panggil pomen nak betulkan. Dia sampai kat rumah I, tak tekan loceng kat pagar,...pakai teriak je, masa tu, I kat dapur tengok TV plasma, mana nak dengar suara dia,.. jauh tu jarak pagar dengan dapur,...rumah besarkan... Nasib baik wife muda I baru sampai dengan BMW barunya, kalau tak, pakai keras kat situ jelah tak dapat masuk.

Cuba korang nilaikan cerita begini, nak cerita pasal apa sebenarnya, itu baru jumpa sekejap, kalau duduk lama2, mungkin dah termuntah. Aku tau mungkin ceritanya benar tapi mampukah anda mendengarnya....Liza (bukan nama sebenar) dah berapa kali pergi muntah kat toilat, bila dengar cerita orang ini...

Satu lagi calun yang aku rasa sesuai dengan Demo, Kak Janet (bukan nama sebenar) begini responnya bila berbual:
Kak Janet.....!, kuih karipap dah habis jual semuanya ke?... teriak Ayie (bukan nama sebenar)
Tinggal karipap akuuu je... yang tak jual punya...balas kak Janet..sambil ketawa...
Karipap tu aku taknak...., Kak Janet ni dabbel mining la pulak...

Pada hari yang lain...
Sekarang ni semua barang naik, Kak Janet punya kuih tak naik harga ke?....tanya Ayie
Akak kalau barang tak naik, akak marah,..sambil ketawa...
Barang apa akak marah kalau tak naik?....tanya Ayie lagi
Barang laki akak la....he, he, he....
Tut....tut....tut.....sumpah Ayie

Tuhanku,...Engkau Yang aku Maksudkan dan Keredoan Mu yang aku tuntut,... Selamatkanlah kami dari cengkaman orang2 bodoh.....dan jadikanlah orang yang bijak memimpin kami,.. amin yaRobbal Aalamin...

11.8.09

Memori de’ Stadium Raja Muda


Anda tau Stadium Raja Muda? ...
Sesiapa yg selalu lalu-lalang kat Chow Kit Road tentu tau Stadium Jalan Raja Muda ni. Stadiumnya sederhanan sahaja luasnya, kelihatannya muram saja dari luar kerana terlindung dengan pokok2 besar di sekelilingnya, ia menjadi pilihan kepada jabatan2 tertentu melakukan aktiviti riadah ataupun sukan, Kumpulan karangkraf contohnya dah banyak kali buat hari keluarganya disini.

Stadium ini ada menyimpan memori lucu dalam dalam hidup aku, bila aku lalu je kat sini memori itu seakan segar kembali.

Gini ceritanya....Pada hari ini dalam tahun 1995 telah diadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring antara press di sini, antara yg terlibat ialah Karangkraf, Utusan Melayu, Star, NST, dan Bernama. Ia mengambil masa selama dua minggu. Aku bermain bola untuk pasukan Karangkraf.

Nak dijadikan cerita, pada 9.00 pagi itu, kami dijadualkan akan bertemu dengan Utusan Melayu. Semua pemain kedua2 pasukan sudah berada diatas padang, kecuali seorang sahaja pemain kami, Nan belum lagi sampai, orang penting dalam pasukan kami. Jadi kami bermain tampa tongak utama. (tempat dia mamgkok mana tah ganti) Pada separuh masa kedua baru hendak bermula, Nan muncul itupun dengan kelam-kabutnya belum lagi menukar pakaian. Teruk dia kena maki-hamun dengan kawan2. Kita orang semua tau, dia ni ada masalah bangun pagi. Alasannya sesat jalan padahal datang dengan taksi.

Melihat keadaan itu, pengadil memberi peluang kepada Nan menukar pakaian dibawah pokok besar di belakang gol, kerana tandas sudah sesak. suasana agak mendung pada masa tu, penonton daripada kedua2 pasukan sudah riuh-rendah di tepi padang. Bila Nan masuk ke padang sahaja wisel dibunyikan, permainan sudah bermula.

Setelah permainan berlangsung beberapa minit, kelihatan ada yg tak kena pada Nan, dia seolah2 tidak pernah bermain bola sebelum ni, walhal dia adalah Azman Adnan bagi kami, dia berlari kesana kesini tampa tujuan tidak mengikut bola, aku pasing bola kat dia, dipegangnya bola itu, hairan kami dibuatnya, pastu pulak, berlari sambil tergelak, kitaorang panggil suruh dia berada di posisi yg betul tidak diindahkannya. Hampir 10 minit dia begitu, akhirnya dia jatuh pingsan. Aku dah mula rasa curiga, betul2 ke dia ni,... tapi mata terkelip-kelip. Akhirnya sahlah pingsannya bukan pingsan biasa tapi terkena sampuk.

Dipendekkan cerita, seperti biasa, kami kalah dalam perlawanan itu 2 - 0, tapi bagi kami, kalah adalah perkara biasa, menang kira luar biasa, kerana sebelum ni, kami pernah kena dengan Star 7- 0. kalau nak diikutkan pencapaian masih boleh dibanggakan lagi, kerana kami tidak pernah berlatih. Perlawanan begini kami anggap sebagai latihan sahaja. Pemain kami pulak ramai yg kuda tua .....

Berbalik kepada Nan, dia dibawa ke Masjid berdekatan iaitu Masjid Jamek Kg Baru setelah perlawanan tamat, jadi kami turut kesana. Menurut kata Ustaz yg kebetulan berada disitu, Nan sudah terkena sampuk. Jembalang tanah mana tah sudah meresap dalam tubuhnya ketika dia salin baju kat bawah pokok besar tadi. Kata Ustaz lagi, ini bukan perkara baru kadang tu, tiap2 hari ada saja yg terkena sampuk. Wow..keras tempat tu rupanya,

Ustaz tu kelihatan tenang sahaja, dah biasa sangat dengan perkara macamni, dia mengarahkan kami membaringkan Nan dihadapannya, di birai masjid (bahagian lapang belakang masjid)
Ustaz : “Ada berapa ekor kat dalam...?“
Nan : tidak menjawab, matanya merah menyala tajam memandang sekeliling.
Ustaz : “Jawab...!!!, Ada berapa ekor kat dalam...?“ kali ni suara ustaz lebih keras lagi.
Nan : “Sekorrrr,.. sekorrrrr”... terketar-ketar, ada seakan lorat Indon.
Ustaz : “Cakap betul2..!!! berapa ekor,.. kalau takkk, aku letak Quran ni atas kepala kamu...
Nan : “Dua,...dua”..!!!... nada menjerit.

Bila dengar begitu, kami yg dari tadi tengah seram sejuk ketakutan tiba2 tergelak,...kah kah kah... kelakar betul jembalang tanah ni, suka menipu.

Uataz : “Dah agak dah... engkau ni kalau tak menipu manusia tak sah...keluar sekarang”...!!!
Nan : “Mahu dihantar kemana saya ini...?” seperti cemas, matanya melilau memandang ke atas, dari berbaring, lalu bangun berdiri, suasana menjadi cemas semula, ada beberapa orang member lari ketakutan. Ustaz memegang bahu Nan, lalu menyuruhnya duduk bersila. Keadaan menjadi tenang kembali.
Ustaz :”Kalau engkau taknak sakit, lebih baik engkau keluar sekarang”, “balik ketempat asal engkau”.. “terbang sekarang”.....!!! seperti menengking.

Takut dengan ugutan ustaz, Nan kelihatan melibaskan tangannya, seperti itik kena sembelih, tangannya mengipas laju sehingga kami yg berada disekelilingnya terpaksa mundur ke belakang. Ada member sorang tu, tergolik, kena langgar dgn Nan, bukan itu saja, tiang misjid, dinding pun di langgarnya, Hebat sungguh jembalang nak melepaskan diri, tak lama lepastu Nan jatuh pingsan...,dia pulih kembali setelah ustaz menyapukan air di mukanya.

“Kenapa ramai2 ni”? soalan pertama Nan apabila dah pulih. “Tak jadi main bola ke hari ni”..? soalan kedua. Nasihat ustaz, jangan buang air, buka pakaian atau menjirus air panas kat tempat yg tak tentu, nanti beginilah jadinya. Setalah selesai semuanya kami pulang ke ofis bersama. Nan menaiki Ven bersama kami, dalam perjalanan tu ada yg mengusik, “Mahu dihantar kemana saya ini...?” ala2 Indon gitu, pastu pulak dalam gelak2 tu, Nan sempat melawak, “kalaulah jin yg masuk dlm tubuh aku tu bagus main bola tentu kita menang punya harini”.........

30.7.09

Panggilan Pulau



Kali ini agak lambat aku keluarkan cerita ini, walaupun ianya dah berlalu begitu lama,.. takda mood lapulak.

Pada hari itu 5 May hingga 8 May 09, Aku dan pasangan ku Azaini, Utih dan pasangannya Sya, telah nyata berada di sebuah pulau yg indah. Sebenarnya lawatan ini bolehlah dianggap sebagai honeymoon. Aku masa tu, boleh di anggap baru kawin, Utih (Abg ipar aku) lak, kuku masih merah lagi, Sya lak tengah pening2 lalat, bunting pelamin la pulak.

Rancangan nak ke Langkawi ini, atas idea isteri aku, dia yg bersusah payah dgn kakak iparnya, dari menempah tiket Air Asia hingga kepada menempah hotel penginapan kami. Aku hargai sangat jerih payahnya isteri aku dan Sya itu. Tugas aku hulur duit je, tau2 tunggu masa nak pergi je.

Ini adalah kali yg ke dua aku kesini, yg pertama pada tahun 1988, masa tu tak banyak pembangunan lagi seperti sekarang, yg memjadi Pusat Perlancongan Utama di Malaysia. Memang enjoy kat sini, barang2 nya sangat menarik dan murah2 belaka, susunan kedainya ada mirip kat Bali kata Abg Ipar aku yg baru balik dari situ.

Dipendekkan cerita, baru setengah jam sahaja berada di situ, aku sempat menghabiskan hampir RM400, apa tidaknya kat depan hotel penginapan kami Holiday Villa (kat depan sikit la) dah ada bermacam2 kedai cenderamata, rambang mata dibuatnya. Makanannya pulak best2, walaupun hanya nasi lemak, teringat lagi petang tu, Utih sudah belasah nasi lemak sampai empat bungkus, sakit perut aku gelakkannya.

Kami berada di pulau itu selama empat hari, selama itu semua tempat menarik sempat kami lawati, tetapi yg paling berkesan dihati kami, apabila menaiki cable car, pada pagi itu pulak hujan renyai2 pastu pulak kabus tebal. Pengunjung ramai beratur panjang. Apabila berada didalam cable car, hati berdebar-debar di sepanjang perjalanan, suasana sunyi, tiada siapa yg bersuara, semuanya menahan perasaan takut, termasuk ada pasangan Mat Salleh kebetulan naik bersama kami. “Very Quiet” sesekali mat salleh bersuara. aku senyum kambing je.

Apabila kita jenguk kebawah, nampak aliran sungai dan air terjun yg jaraknya lebih kurang 300m dari atas, terlintas juga dalam hati, ni kalau tali cable terputus tak sempat nak tulis wasiat ni. Batu2 banyak kat bawah di cerun bukit, nampak muka masing2 pucat sahaja, walaupun begitu sempat juga kami merakamkan beberapa keping gambar.

Ada suatu peristiwa lucu yg tidak akan aku lupakan, apabila aku mabuk laut. Perut aku meragam, hampir setengah jam sekali aku berulang-alik ke tandas, kalau tak silap dah hampir 15 kali, sehingga tiada apa2 lagi nak dibuang. Pada ketika itu jam dah menunjukkan pukul 8 mlm, kelam-kabut kami pusing pulau mencari klinik, semuanya di tutup jam 5 ptg. Akhirnya kami singgah di Hospital Langkawi, wad kecemasan. Kata doktor, hanya angin masuk perut, sebab tak sarapan sebelum naik bot ronda pulau. “Buat malu je, pergi bercuti sampai masuk Hospital” rungut isteri aku.

Setelah pulang dari Hospital, kami berhenti di restoren berhampiran Hotel penginapan kami, Semuanya dah lapar, aku pula nak makan ubat. Lepas minum je air garam yg doktor bagi tu, tak sempat2 nak tahan muntah, hingga aku lepaskan kat bawah pokok sekitar situ je, nasib baik masa tu dah malam, kalau tak, ada yg tak lalu makan nanti.

Esoknya 8 May 09, kami berangkat pulang, beg yg kami bawa pada asalnya hanya dua buah sahaja, dah bertambah menjadi lima buah beg. Bimbang juga kot2 tak boleh nak terbang pula kapalterbang tu nanti, berat sangat. Bukan kami sahaja begitu, penumpang lain pun lagi bertimbun. Banyak sangat barang dah kami borong, dengan coklatnya, kain batik, pinggan mangkok, rokok dan banyak lagi barang cenderamata, kebanyakannya orang kirim dgn air liur.

Rasanya selama empat hari kami disitu, terasa amat pendek masanya, belum puas lagi mandi manda. Nantilah dikesempatan yg lain kami akan datang lagi....

22.7.09

Pelakon Terbaik



Sekarang ni banyak sangat rancangan rialiti TV yang berbentuk undian melalui SMS. Malas nak melayan je, semuanya nak kena orang undi, Sekarang ni tengah suam2 kuku pula rancangan Anak Wayang. Ada lagi rancangan lain lebih kurang macam tu contohnya; AF, One In the Mellion, Malaysian Idol, Penyayang, Oh la la,, bla,bla,bla.

Kalau nak diikutkan, kita ni memang selalu terdedah dengan lakonan, tapi aku nak citer ni kisah pelakon yang terpaksa melakonkan diri untuk mendapatkan atau melepaskan diri dari situasi tertentu.

Pelakon Terbaik Pertama: Mat Gian

Watak Utama: Aku, Awi, Sepupu aku (sebagai mat gian)

Sekali tu masa aku tengah tunggu keputusan SPM, aku dengan member aku Awi mengusahakan projek getah pusaka ayah aku, jaraknya lebih kurang 7 km dari rumah aku, ladang getah ni luasnya 10 hektar. kitaorang berulang dengan basikal tiap hari, kadang tu sampai tak balik rumah, saja nak buat gila sikit.

Suatu hari tu, sepupu aku datang melawat, dia nasihatkan kami bermacam hal, supaya asah pisau getahlah, letak cuka getah dalam tempurung lah, panjang sungguh ceramah motivasi dia hari tu. (hal yg memang kami dah tau). Kami dengar jelah sekadar menghormati orang tua (40an umur dia). Pada keesokan harinya dia datang lagi, lusa pun dia datang jugak, kononnya nak pastikan kerja kami betul atau tidak. Hari yg berikutnya kami dapati semua getah yg kami usahakan selama seminggu hilang gaib entah kemana. Mungkin hilang sewaktu kami mandi sungai ke atau makan tengahari kat kedai, dalam hati kecil aku dah dapat meneka angkara siapakah ini.

Akhirnya kami bercadang nak siasat sendiri dahuku perkara ini, kira jadi FBI sekejap, perkara pertama yg kami buat ialah berjumpa jumpa dengan pemborong getah tak jauh dari situ. Dalam siasatan itu bukti sudah ditemui, getah kami masih ada di situ, kami kenal berdasarkan bentuk acuan getah itu, kami tak pakai sangat cawan getah yg dijual dikedai, kadang tu periuk lama pun jadi cawan getah jugak. pastu pulak peraih getah tu cakap, sepupu aku yg jual getah tu. Hemmm mudah je jadi FBI ni.

Dipendekkan cerita kami pun pergi kerumah sepupu aku tu, dia tengah menoreh gak masa tu, dari kesan torehan pada pokok getahnya, ini adalah torehan yang pertama, mana mungkin hasilnya sudah ada..bila nampak je aku datang, dia terus je jumpa aku, macam2 hal yg ditanya, bijak sungguh dia bermain kata hingga lemah aku dibuatnya, Dari air mukanya nampak macam tiada masalah langsung, lalu aku membiarkan sahaja dia habis berbicara, berkesan betul lakonannya hari tu...

Oleh kerana kalau aku gaduh dengan dia pun aku kalah, walaupun dibantu oleh Awi, maka aku mengambil keputusan balik rumah jelah, kalau setakat curi getah sebanyak tu, tak boleh kaya punya, dilain hari kami lebih berhati-hati, getah yang kami toreh tu kami jual dihari itu juga, biar padan muka sepupu aku tu. (Mat gian bujang lapok).

Pelakon Terbaik Kedua: Mat Gian gak

Watak Utama: Aku, Boss, Z (sebagai mat gian)

Semasa aku bekerja di Ampang dulu, nak dijadikan cerita ada pekerja baru masuk, Z bukan nama sebenar, cukup baik budaknya, kalau nak lalu depan kita pun sampai mintak kebenaran, tinggi sungguh budi bahasa dia, semua staf berkenan dengannya. tapi baiknya bertahan lebih kurang sebulan je, lepastu baru pecah tembelangnya.

Tiap2 hari dia asyik nak pinjam duit je, sehari sekurang-kurangnya mesti nak rm10, macam2 helah dimainkan untuk mendapatk duit, alasannya org pinjam tak bayarlah, duit hilang lah, ada sekali tu dia pinjam motor member aku, nak keluar jap katanya, tak lama lepastu dia datang dgn membernya termengah-mengah, "motor mu rosak nak pitih baiki motor" katanya selamber..banyak lagilah kelentong dia masa tu, pastu apabila kita teliti motor tu,apabila dah dipulangkan, tiada pulak kesan dibaiki..

Seperkara lagi, Z ni sangat popular, tiap2 hari ada saja orang nak jumpa dia, driver traller pun ada. kadang tu kitaorang dah dapat agak dah orang yg datang tu mesti nak jumpa Z punya, ada sekali tu masa rihat, aku dgn member lepak kat depan opis, ada sorang Mamat umur 50an, badannya kurus kering, mukanya chenkong, datang menaiki motosikal, kitaorang pun buat kuiz, nak jumpa siapakah orang ini, tajuk kuiz. Kebetulan masa tu bos aku baru keluar pintu, melihat begitu dia pun meluru kearah bos sambil bertanyakan itu dan ini, dia tersesat jalan lah, susah nak cari opis nilah, kami dah mula sangka kawan bos rupanya...tak berapa minit lepastu, Z pun keluar, bila mampak Z je, diapun terus bertanya, kata nak gi hospital?
Z terpinga-pinga "hospital.. haa ya ya..lupa lak tadi".

Kami yg menyaksikan adengan itu tak boleh tahan lagi, hati seperti digeletek, kah,kah,kah,kah, (dengan serentak pulaktu). sangkaan kami benar belaka. pelakon terbaik bisik member aku. Lepas tu pulak asal balik jumpa kawan, mesti mata merah punya, Tak tahan dengan perangai budak ni, ada seseorang berpakat dgn bos nak bawak budak ni pergi URI test..

Petang tu juga brother tu dgn Boss, buat rancangan, konon nak mintak Z temankan diaorang gi klinik, Z pun apa lagilah dengan bangganya bersetuju, "bukan senang nak naik BMW Boss" bisik Z pada aku,.. Petang tu yg sangat ditunggu2, kami menanti dgn penuh debaran, keputusan URI test esok kata Boss, muka Z nampak muram saje.

Pada keesokan harinya, Z tak datang kerja, hari berikutnya pun sama juga, dia hilang begitu sahaja. Dari keputusan URI test memang sah positif..

Pelakon Terbaik Ketiga: Mat Gian gak

Watak Utama: Aku, Nuar, Zul, Abg Jeo, Din (sebagai mat gian)

Ada suatu ketika tu, Ofis tempat aku kerja menjadi tempat lepak kawan2 bos aku, mereka ni kebanyakannya bukan calang2 orang, dari Promoter, Komposer, Pelumba Motosikal hingga Tukang Urut pun ada. Seronok gak bercampur dengan diaorang ni, semuanya kelakar.
Nak dijadikan cerita,...Abg Jeo (Promoter) tu singgah sekejap jumpa Boss kat ruang tamu, bersama anak buahnya Din, (bukan nama sebenar) hanya bertanya khabar, lepastu terus berlalu, rumahnya tidak jauh dari situ. Kami yg ada di situ tak sempat bercakap sepatah apa pun dengan Din hanya senyum kambing je.

Pada petang itu lebih kurang pada pukul 6.00 petang, Din datang jumpa kami. pada masa tu kami tiga orang dah bersiap nak balik. Lagak Din macam dah kenal lama dengan kami. Kami yg tek berapa perasan merasa keliru siapa dia ni, kawan kita ke...?, lepas tu baru tau Din anak buah Brother promoter tu rupanya. Hanya nampak sekali imbas sahaja mana nak ingat, lagi pun Din kat ruang tamu, tak masuk bilik kitaorang pun.

Petang tu Din datang dengan hajat untuk memimjam wang dari kami, siapa yang sudi, ada kecemasan nak balik kampung, emak sakit, katanya... duitnya tertinggal dalam bas, pastu pulak segan nak pinjam duit dengan bapa saudaranya, macam2 lagilah alasannya. Panjang lebar sungguh ceritanya, Aku yang merasa tak enak, lantas berlalu dari situ, "ada hal nak cepat ni", aku cakap dengan Din, bila melihat aku nak blah, kawan aku sorang lagi Nuar, pun sama ada hal juga katanya. Tinggal Zul sorang disitu melayan Din.

Sebenarnya aku dengan Nuar ,tunggu Zul kat Restoren sebelah ofis tu. Dalam firasat kami hanya Mat Gian sahaja yang sanggup bertindak seperti itu, baru kenal sekali dah nak pinjam duit RM100 pulak tu. Dah 15 minit menunggu Zul belum keluar lagi, budak mentah macam tu pun tak boleh nak kelentong, aku merungut, Nuar telefon Abg jeo,

Dipendekkan cerita, Tak lama lepastu Abg Jeo datang dgn BMWnya. kami dapat melihat dari situ, kelihatan Zul dan Din keluar dari ofis, nampak juga Abg Jeo seperti marah sangat hari tu, suaranya boleh dengar hingga ke corong telinga kami. "Aku bawak kau ke sini supaya kau barubah, tak buat tabiat lama, kalau macam nilah perangai kau, duduk kat kampung jelah", "duit orang tu pulangkan semula, bentak Abg Jeo."

Esoknya, Abg Jeo datang jumpa kami, dia mintak maaf, Din anak buahnya baru keluar Pusat Permulihan tapi tak pulih2 katanya melawak. memang dia pandai berlakon, orang kalau dengar mesti percaya tambah Abg Jeo lagi..

Moral dari ketiga cerita ini, dapatlah dirumuskan bahawa mat gian terbukti sangat pandai berlakon.
Nampaknya katogeri pelakon terbaik disapu bersih oleh mat gian pada isu kali ini...selain dari mereka ini, belum nampak lagi bakat lakonannya... cuba lagi ditahun hadapan...