30.7.09

Panggilan Pulau



Kali ini agak lambat aku keluarkan cerita ini, walaupun ianya dah berlalu begitu lama,.. takda mood lapulak.

Pada hari itu 5 May hingga 8 May 09, Aku dan pasangan ku Azaini, Utih dan pasangannya Sya, telah nyata berada di sebuah pulau yg indah. Sebenarnya lawatan ini bolehlah dianggap sebagai honeymoon. Aku masa tu, boleh di anggap baru kawin, Utih (Abg ipar aku) lak, kuku masih merah lagi, Sya lak tengah pening2 lalat, bunting pelamin la pulak.

Rancangan nak ke Langkawi ini, atas idea isteri aku, dia yg bersusah payah dgn kakak iparnya, dari menempah tiket Air Asia hingga kepada menempah hotel penginapan kami. Aku hargai sangat jerih payahnya isteri aku dan Sya itu. Tugas aku hulur duit je, tau2 tunggu masa nak pergi je.

Ini adalah kali yg ke dua aku kesini, yg pertama pada tahun 1988, masa tu tak banyak pembangunan lagi seperti sekarang, yg memjadi Pusat Perlancongan Utama di Malaysia. Memang enjoy kat sini, barang2 nya sangat menarik dan murah2 belaka, susunan kedainya ada mirip kat Bali kata Abg Ipar aku yg baru balik dari situ.

Dipendekkan cerita, baru setengah jam sahaja berada di situ, aku sempat menghabiskan hampir RM400, apa tidaknya kat depan hotel penginapan kami Holiday Villa (kat depan sikit la) dah ada bermacam2 kedai cenderamata, rambang mata dibuatnya. Makanannya pulak best2, walaupun hanya nasi lemak, teringat lagi petang tu, Utih sudah belasah nasi lemak sampai empat bungkus, sakit perut aku gelakkannya.

Kami berada di pulau itu selama empat hari, selama itu semua tempat menarik sempat kami lawati, tetapi yg paling berkesan dihati kami, apabila menaiki cable car, pada pagi itu pulak hujan renyai2 pastu pulak kabus tebal. Pengunjung ramai beratur panjang. Apabila berada didalam cable car, hati berdebar-debar di sepanjang perjalanan, suasana sunyi, tiada siapa yg bersuara, semuanya menahan perasaan takut, termasuk ada pasangan Mat Salleh kebetulan naik bersama kami. “Very Quiet” sesekali mat salleh bersuara. aku senyum kambing je.

Apabila kita jenguk kebawah, nampak aliran sungai dan air terjun yg jaraknya lebih kurang 300m dari atas, terlintas juga dalam hati, ni kalau tali cable terputus tak sempat nak tulis wasiat ni. Batu2 banyak kat bawah di cerun bukit, nampak muka masing2 pucat sahaja, walaupun begitu sempat juga kami merakamkan beberapa keping gambar.

Ada suatu peristiwa lucu yg tidak akan aku lupakan, apabila aku mabuk laut. Perut aku meragam, hampir setengah jam sekali aku berulang-alik ke tandas, kalau tak silap dah hampir 15 kali, sehingga tiada apa2 lagi nak dibuang. Pada ketika itu jam dah menunjukkan pukul 8 mlm, kelam-kabut kami pusing pulau mencari klinik, semuanya di tutup jam 5 ptg. Akhirnya kami singgah di Hospital Langkawi, wad kecemasan. Kata doktor, hanya angin masuk perut, sebab tak sarapan sebelum naik bot ronda pulau. “Buat malu je, pergi bercuti sampai masuk Hospital” rungut isteri aku.

Setelah pulang dari Hospital, kami berhenti di restoren berhampiran Hotel penginapan kami, Semuanya dah lapar, aku pula nak makan ubat. Lepas minum je air garam yg doktor bagi tu, tak sempat2 nak tahan muntah, hingga aku lepaskan kat bawah pokok sekitar situ je, nasib baik masa tu dah malam, kalau tak, ada yg tak lalu makan nanti.

Esoknya 8 May 09, kami berangkat pulang, beg yg kami bawa pada asalnya hanya dua buah sahaja, dah bertambah menjadi lima buah beg. Bimbang juga kot2 tak boleh nak terbang pula kapalterbang tu nanti, berat sangat. Bukan kami sahaja begitu, penumpang lain pun lagi bertimbun. Banyak sangat barang dah kami borong, dengan coklatnya, kain batik, pinggan mangkok, rokok dan banyak lagi barang cenderamata, kebanyakannya orang kirim dgn air liur.

Rasanya selama empat hari kami disitu, terasa amat pendek masanya, belum puas lagi mandi manda. Nantilah dikesempatan yg lain kami akan datang lagi....