11.8.09

Memori de’ Stadium Raja Muda


Anda tau Stadium Raja Muda? ...
Sesiapa yg selalu lalu-lalang kat Chow Kit Road tentu tau Stadium Jalan Raja Muda ni. Stadiumnya sederhanan sahaja luasnya, kelihatannya muram saja dari luar kerana terlindung dengan pokok2 besar di sekelilingnya, ia menjadi pilihan kepada jabatan2 tertentu melakukan aktiviti riadah ataupun sukan, Kumpulan karangkraf contohnya dah banyak kali buat hari keluarganya disini.

Stadium ini ada menyimpan memori lucu dalam dalam hidup aku, bila aku lalu je kat sini memori itu seakan segar kembali.

Gini ceritanya....Pada hari ini dalam tahun 1995 telah diadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring antara press di sini, antara yg terlibat ialah Karangkraf, Utusan Melayu, Star, NST, dan Bernama. Ia mengambil masa selama dua minggu. Aku bermain bola untuk pasukan Karangkraf.

Nak dijadikan cerita, pada 9.00 pagi itu, kami dijadualkan akan bertemu dengan Utusan Melayu. Semua pemain kedua2 pasukan sudah berada diatas padang, kecuali seorang sahaja pemain kami, Nan belum lagi sampai, orang penting dalam pasukan kami. Jadi kami bermain tampa tongak utama. (tempat dia mamgkok mana tah ganti) Pada separuh masa kedua baru hendak bermula, Nan muncul itupun dengan kelam-kabutnya belum lagi menukar pakaian. Teruk dia kena maki-hamun dengan kawan2. Kita orang semua tau, dia ni ada masalah bangun pagi. Alasannya sesat jalan padahal datang dengan taksi.

Melihat keadaan itu, pengadil memberi peluang kepada Nan menukar pakaian dibawah pokok besar di belakang gol, kerana tandas sudah sesak. suasana agak mendung pada masa tu, penonton daripada kedua2 pasukan sudah riuh-rendah di tepi padang. Bila Nan masuk ke padang sahaja wisel dibunyikan, permainan sudah bermula.

Setelah permainan berlangsung beberapa minit, kelihatan ada yg tak kena pada Nan, dia seolah2 tidak pernah bermain bola sebelum ni, walhal dia adalah Azman Adnan bagi kami, dia berlari kesana kesini tampa tujuan tidak mengikut bola, aku pasing bola kat dia, dipegangnya bola itu, hairan kami dibuatnya, pastu pulak, berlari sambil tergelak, kitaorang panggil suruh dia berada di posisi yg betul tidak diindahkannya. Hampir 10 minit dia begitu, akhirnya dia jatuh pingsan. Aku dah mula rasa curiga, betul2 ke dia ni,... tapi mata terkelip-kelip. Akhirnya sahlah pingsannya bukan pingsan biasa tapi terkena sampuk.

Dipendekkan cerita, seperti biasa, kami kalah dalam perlawanan itu 2 - 0, tapi bagi kami, kalah adalah perkara biasa, menang kira luar biasa, kerana sebelum ni, kami pernah kena dengan Star 7- 0. kalau nak diikutkan pencapaian masih boleh dibanggakan lagi, kerana kami tidak pernah berlatih. Perlawanan begini kami anggap sebagai latihan sahaja. Pemain kami pulak ramai yg kuda tua .....

Berbalik kepada Nan, dia dibawa ke Masjid berdekatan iaitu Masjid Jamek Kg Baru setelah perlawanan tamat, jadi kami turut kesana. Menurut kata Ustaz yg kebetulan berada disitu, Nan sudah terkena sampuk. Jembalang tanah mana tah sudah meresap dalam tubuhnya ketika dia salin baju kat bawah pokok besar tadi. Kata Ustaz lagi, ini bukan perkara baru kadang tu, tiap2 hari ada saja yg terkena sampuk. Wow..keras tempat tu rupanya,

Ustaz tu kelihatan tenang sahaja, dah biasa sangat dengan perkara macamni, dia mengarahkan kami membaringkan Nan dihadapannya, di birai masjid (bahagian lapang belakang masjid)
Ustaz : “Ada berapa ekor kat dalam...?“
Nan : tidak menjawab, matanya merah menyala tajam memandang sekeliling.
Ustaz : “Jawab...!!!, Ada berapa ekor kat dalam...?“ kali ni suara ustaz lebih keras lagi.
Nan : “Sekorrrr,.. sekorrrrr”... terketar-ketar, ada seakan lorat Indon.
Ustaz : “Cakap betul2..!!! berapa ekor,.. kalau takkk, aku letak Quran ni atas kepala kamu...
Nan : “Dua,...dua”..!!!... nada menjerit.

Bila dengar begitu, kami yg dari tadi tengah seram sejuk ketakutan tiba2 tergelak,...kah kah kah... kelakar betul jembalang tanah ni, suka menipu.

Uataz : “Dah agak dah... engkau ni kalau tak menipu manusia tak sah...keluar sekarang”...!!!
Nan : “Mahu dihantar kemana saya ini...?” seperti cemas, matanya melilau memandang ke atas, dari berbaring, lalu bangun berdiri, suasana menjadi cemas semula, ada beberapa orang member lari ketakutan. Ustaz memegang bahu Nan, lalu menyuruhnya duduk bersila. Keadaan menjadi tenang kembali.
Ustaz :”Kalau engkau taknak sakit, lebih baik engkau keluar sekarang”, “balik ketempat asal engkau”.. “terbang sekarang”.....!!! seperti menengking.

Takut dengan ugutan ustaz, Nan kelihatan melibaskan tangannya, seperti itik kena sembelih, tangannya mengipas laju sehingga kami yg berada disekelilingnya terpaksa mundur ke belakang. Ada member sorang tu, tergolik, kena langgar dgn Nan, bukan itu saja, tiang misjid, dinding pun di langgarnya, Hebat sungguh jembalang nak melepaskan diri, tak lama lepastu Nan jatuh pingsan...,dia pulih kembali setelah ustaz menyapukan air di mukanya.

“Kenapa ramai2 ni”? soalan pertama Nan apabila dah pulih. “Tak jadi main bola ke hari ni”..? soalan kedua. Nasihat ustaz, jangan buang air, buka pakaian atau menjirus air panas kat tempat yg tak tentu, nanti beginilah jadinya. Setalah selesai semuanya kami pulang ke ofis bersama. Nan menaiki Ven bersama kami, dalam perjalanan tu ada yg mengusik, “Mahu dihantar kemana saya ini...?” ala2 Indon gitu, pastu pulak dalam gelak2 tu, Nan sempat melawak, “kalaulah jin yg masuk dlm tubuh aku tu bagus main bola tentu kita menang punya harini”.........