2.11.09

Kasut Cowboy



Di saat rock kapak mendapat tempat pertama dalam industri musik Malaysia, kebanyakan artis rock lelaki memakai kasut legen (kasut cowboy), kasutnya terbahgi kepada beberapa jenis, bergantung kepada kesesuaian si pemakai, ada yg panjang sampai paras lutut dan ada ke paras buku lali. Pada masa itu kebetulan pula aku bekerja sambil belajar di Alif Studio, lokasinya di Jln Masjid India berhampiran pula dengan Cambell Kompleks. Pada masa itu Cambell Kompleks menjadi pusat membuat barangan kulit handmade popular di Kl.

Antara kedai yang sangat popular yang selalu dikunjungi para artis ialah kedai Kings Leather. Ada juga sesekali aku terserempak dengan Amy dan Kid semasa aku berkunjung kesini. Waw... masa tu aku selaku budak kampung kalau jumpa artis ke, memang jakun punya. Kasut cawboy ni sangat mahal apa lagi bila ditempah, buatannya halus, harganya dari RM300 hingga RM2000, itu harga pada tahun 1994. Aku memang tak berkemampuan untuk membelinya, jadi aku tengok jelah, apa tahlagi aku hanya berkerja sambil belajar pada ketika itu.

Nak dijadikan cerita, Ada sekali tu, semasa aku tengah sibuk2 di Studio, ada seorang berpakaian cowboy datang, siap dengan topi, belt, kasut sampai paras lutut, ada besi dihujung dan tumitnya, (masuk studio kena buka kasut) serta baju petak di belakang baju bertulang W. Wahhh... macam artis bisik hatiku. Ini pertama kali aku melihat orang berpakaian cowboy lengkap, pastol je tak pakai. Dari situ aku mula berazam akan berpakaian seperti ini bila dah mampu nanti. “Mana bos engkau Sapawi”...? katanya pada aku, belum sempat aku jawab, bos aku keluar. Rupanya mereka kawan lama.


Dipendekkan cerita rupanya mamat berpakaian cawboy tu pemilik kedai Kings Leather, namanya pulak Raja Azhar, Bermula dari situ aku semakin rapat dengannya, kerana dia selalu datang atas urusan kerja, (nak buat neme card, letterhead, dll) lepasni mudahlah untuk aku memiliki kasut idaman, bisik hati kecilku. Pada mulanya aku bertekad untuk membelinya secara insurance pada bos aku, tetapi sedang aku tercari-cari idea macamana nak mulakan bicara, tiba2 Raja Azhar muncul. Dia ajak aku keluar makan, kebetula bos aku tunggu dia kat kedai makan berhampiran. Dalam perjalanan tu aku terus cakap nak tempah kasut, dia suruh aku lukis design kasut yg aku inginkan. "Kacang je tu".. kata aku, Setelah dia tahu aku boleh melukis potrek, dia suruh aku lukis gambar “read Indian”, siap diberi contoh gambarnya sekali. Selama seminggu aku habiskan masa untuk melukisnya. Gambarnya bersaiz 24x17 inch, setelah selesai, beliau berpuas hati dengan lukisan itu. Yang lucunya apabila beliau bertanyakan harganya, bos aku cepat2 menyampuk, “sama harga dengan kasut yang kau tempah” katanya, aku dan Raja Azhar tergelak besar, kah,kah,kah,.. menarik juga idea bos aku ni, jadi kami sama2 tak perlu berurusan dengan duit, memadai dengan sistem bata sahaja. Sebelum tu dari hari pertama aku tempah kasut hingga minggu berikutnya fikiran aku tak tenteram, hanya teringat kasut sahaja, gaji bukannya besar, kerja sambil belajar, hanya dibayar rm300 sahaja sebulan, dan lagi, layak ke aku pakai kasut camtu, kang kena gelak dak orang je, masalah juga...


Pada pagi keesokan harinya aku terima panggilan dari Raja Azhar, katanya kasut aku dah siap. Balik kerja nanti aku singgah sana, kata aku. Sepanjang hari itu aku semakin tak senang duduk, dada berdebar asyik teringat kasut je, akhirnya pada pukul satu tengahari itu, aku bergegas ke kedai kasut itu, bila terlihat sahaja aku datang Raja Azhar tersenyum sambil berkata”, “Hai...kata nak datang petang, takut kasut hilang ke?”... “selagi aku tak tengok kesut tu, aku tak boleh buat kerja”, kata aku. Dia mengeluarkan kasut yg aku tempah itu. wah...warnanya hitam berkilat, kulitnya lembut, dihujung bahagian depannya ada semacam ukiran besi dan ditumitnya juga terdapat simboi kepala lembu bertanduk panjang. Aku sangat berpuas hati dengan kasut itu, lebih cantik dari kasut yg aku bayangkan, itulah kasut pertama yang aku tempah dalam hidup selama ni.

Setelah aku pakai, pada mulanya agak janggal, bila aku cuba berjalan mutar2 keliling untuk membiasakan diri, ternyata sangat selesa, bila aku berdiri dihadapan cermin besar, aku senyun sendiri, aku terasa seperti orang lain dalam cermin itu, melihat aksi aku begitu, Raja Azhar tersenyum sambil berkata, “rosak dah anak buah Sapawi ni”... Satu lagi yang aku suka sangat tentang kasut ini ialah bunyinya ketika berjalan ‘klotak .. klotak …klotak’. nah itu suaranya. enak banget didengarnya, hingga membuat pikiran aku berimajinasi bahwa diriku adalah seorang cowboy. Dahlah begitu tumitnya tinggi dua inch terasa nak terpelecok. Disepanjang perjalanan pulang menuju ofis aku pakai kasut itu, kasut lama masuk kotak, aku kelihatan riak sekali, aku dah jadi budak KL, akulah hero, jiwa kekampungan aku hilang serta-merta, mata asyik melihat kebawah. Kerana mata selalu sangat melihat kebawah, aku hampir2 terlanggar Mamak yang membawa susu kambing.

Dengan memakai kasut ini, aku selalu menjadi perhatia, sori...bukan aku, tapi kasut aku, pernah sekali ada awek yang kebetulan menaiki bas yang sama, nak berkenalan kerana aku nampak hamson dengan kasut tu, katanya.(malas nak perasan) Wahhh...hebat betul tarikan kasut ni. Itu belum aku bawak balik kampung lagi, deh tentu aku jadi hero punya. Pernah juga offismet aku yg perempuan, segan nak jalan dengan aku, katanya aku fancy sangat. Setelah aku dah berkerjaya dan mampu, banyak juga kasut jenis ini dah aku tempah disini, bukan setakat kasut saja malahan jaket kulit, tali pinggang dan topi, tetapi pengalaman yang pertama sangat terkesan dihati, abang aku juga turut terjebak sama, dia juga ada menempah kasut disini, kerana jales tengok kasut aku.


Sehingga kini aku selalu singgah dikedai itu, (berborak) poster yang pernah aku lukis dahulu masih lagi tergantung dikedainya, semua itu mengimbas kembali kenangan lama, sedar tak sedar sudah 15 tahun masa berlalu, kedainya kini kelihatan suram, Raja Azhar sudah jarang dikedainya, (dah jadi cowboy tua) mungkin tengah cari peluang lain, fesyen kasut tajam ala2 cowboy sudah lama ditinggalkan, seperti lenyapnya era Rock kapak. Kasut2 yg pernah aku tempah dulu tah mana hilang, separuhnya aku jual yang tinggal hanyalah topi dan tali pinggang sahaja. Memang betul kita hidup mengikut perdearan zaman. Zaman gemilang kita sudah berlalu, aku dah tak kemaruk lagi dengan barangan kulit, memadailah dengan hanya memakai seliper Jepun sahaja bila kemana-mana...