22.1.11

Aku Rupa Cina - part II


Antara aku dan Suzen sudah tidak rapat lagi, kami sudah jarang bertegur sapa, situasi ini berlanjutan hampir lima bulan. Dalam tempoh itu aku sebenarnya sudah ada penganti, awek Cina juga tetapi sudah memeluk Islam dua tahun yang lalu tetapi, masih berulang alik ke Abim, untuk belajar Islam. Aku panggil namanya Mia. Yang menarik tentang Mia, ialah pakaian serta perwatakannya seperti gadis Melayu, agak pendiam tetapi kalau dah mula berbual susah nak berhenti.

Aku sangat tertarik dengan Mia, bermacam2 helah aku buat untuk mendekatinya, yang lucu sekali apabila aku pura2 jatuh motor ketika berselisih dengannya, konon supaya dia tolong, rupanya dia tak nampak pun, terpaksa aku bangkit dan buat adengan jatuh sekali lagi. ( buat2 jatuh pun sakit juga) kali ini baru Mia perasan dan tolong, bermula dari situlah detik2 percintaan kami. Akhirnya dipendekkan cerita, kami bertunang. Sejak itu aku semakin rapat dengan keluarga Mia. Setiap hari Sabtu aku akan kerumahnya, kadang tu terus ke hari Ahad. Ibu Aishah dan Pak Hassan gembira dengan hadirnya aku dalam keluarganya, sejak kunjungan pertama lagi, katanya aku rupa cina tapi melayu. keluarga Mia telah berjinak-jinak dengan Islam tiga tahun yg lalu tetapi memeluk Islam setahun kemudian setelah tertarik kerana menonton rancangan agama Islam dalam bahasa China yang disiarkan tiap petang di TV2 suatu masa dulu. Bermula dengan datoknya kemudian melarat kepada satu keluarga. Walaupun begitu anjing besar tetap ada menunggu dihadapan pagar rumahnya.

Pertunangan kami hanya lima bulan sahaja, dalam masa yang singkat itulah aku terpaksa mendapatkan wang sebanyak rm lapan ribu sebagai hantaran, itu tidak termasuk keperluan lain lagi. Masa berlalu begitu pantas, akhirnya setelah masuk bulan ketiga, aku hanya dapat mengumpul sebanyak rm tiga ribu sahaja, aku hampir buntu dan terfikir juga ingin memutuskan pertunangan pada ketika itu, sehingga datanglah idea dari kawan aku, idea berupa muslihat iaitu, aku pura2 kehilangan kereta, pastu Mia bersimpati, pastu dia pinjamkan duitnya untuk aku, pastu dengan duit itulah digunakan untuk hantarannya, pastu aku bayar semula secara ansuran tiap bulan padanya. Muslihatnya menjadi apabila Mia dengan rela menghadiahkan aku rm sepuluh ribu dihari jadinya, tanpa aku meminta, sebak aku menerimanya terasa diri ini hina. Wang bukanlah segala2nya, baginya kesetiaan adalah yang utama. (dia orang kaya bolehlah berfalsapah macam2)

Sebelum majlis perkahwinan itu tiba, aku berkali2 mondar-mandir dari rumahku ke rumah calon istriku. Banyak hal yang harus dipersiapkan, banyak hal yang harus dibincangkan. Mulai dari persiapan majlis, persiapan kad undangan, catering, persalinan dan lain2. Karena itu hampir setiap hari aku selalu ada di rumah calon istriku yang cerewit itu. Bahkan terkadang  rumah Mia dah jadi macam rumahku sendiri, kalau hari minggu bilik kosong di tingkat atas itulah tempat aku menginap tanpa rasa segan lagi.

Bila dah jadi bakal menantu, aku kena tunjukkan wibawa yang lebih kepada keluarga mertua, lebih2 lagi mereka sangat menilai seseorang melalui kometmen dan tah apa lagi, bangsa Cina ni lain sikit. sekalitu semua keluarga terdekat Mia datang, termasuk adik perempuannya yang sedang belajar di UIA.

Pagi itu di hari minggu, ketika rumah sedang sunyi sepi, aku masih tidur2 ayam sambil berbaring seorang diri. Kemana semua orang, semalam penuh satu rumah, dah pukul sembilan masih belum bangun, kata aku dalam hati, Seketika itu lah tiba2 Mila adik Mia, membuka pintu dan masuk ke dalam bilik itu. Mila sangat cantik, tidak begitu tinggi, tapi memiliki potongan yang menarik. Sangat sexy dan berkulit putih bersih. Saat masuk ke bilik, Mila masih berpakaian baju tidurnya, berwarna merah jambu, bila terkena sinar matahari dari tingkap, tersingkaplah apa yang tersembunyi. Aku pura2 tidak melihatnya, tentu saja aku terkejut melihat penampilannya yang sangat berani, apalagi bila Mila mengunci pintu dari dalam, aku mula bersuara. "Ada apa niii.. sampai kunci pintu". Mila menunjukkan isyarat jari kemulutnya tanda diam.

Aku lalu duduk di birai katil seolah2 menunggu apa berita darinya, seketika kemudian Mila duduk disampingku. "Abang..!!!.boleh kita bercakap sedikit...?". "Mungkin abang sudah dapat mengagak apa yang hendak saya kata".... Mungkin abang sebenarnya sudah tau isi hati Mila terhadap abang..?." Aku masih tak begitu mengerti apa maksud Mila sebenarnya, hanya terdiam.

Tersalah angap aku terhadap Mila selama ini, patutlah dia selalu melirik2 ke arahku. Ternyata bukan cuma aku yang perasan. Ternyata dia sebenarnya suka padaku. Mila lalu berkata lagi sambil tangannya meraba  bahuku. "Mila dah jatuh cinta pada abang"...sejak pandangan pertama lagi. Mila ingin memiliki abang, tapi itu tidak mungkin". katanya dengan nada yang tersekat-sekat, aku dari tadi kelu lidah tak tahu nak cakap apa, terkejut dengan pengakuannya.

"Mila, kau kan tau..." kataku, tapi Mila cepat2 memotong. "Mila taula abang tentu memilih Mia kakak Mila..kan" "Tapi mungkin cuma ini kesempatannya kita" Aku akan memberikan semua untuk abang sekarang juga tiada kesempatan lain lagi, Karena hari2 berikutnya, abang sudah menjadi milik kakak dan kesempatan ini tidak akan ada lagi." Nafasnya terdengar agak kencang, tatapan matanya nakal dan meminta. Aku jadi serba salah,

Aduhai tuah badan, dia menawarkan dirinya untukku, demi cintanya!, ini peluang baik, aku tidak mahu membuang masa lagi, seketika itu juga aku bingkas bangun, langsung berdiri dan berlari keluar. Aku lari turun tangga. Nafasku laju. Aku terus berlari menuju pintu depan, tapi terasa agak lambat. Di kepalaku cuma ada terbayang sesuatu, "aku harus mendapatkan itu secepatnya supaya selamat, aku menuju kereta yang semalam aku parking di depan rumah!!!"

Siapa sangka ketika pintu rumah terbuka, aku sangat terkejut hampir pingsan, semua ahli keluarga Mia berkumpul disitu. Ada calon istriku, Ada mertua ku, ada sepupu2,nya sedang menunggu. Apabila terlihat sahaja aku tergopoh-gapah keluar, mereka kebanyakannya bersorak, yehhhhhh... aku terpinga-pinga, tak faham apa yang berlaku.

Ayah mertuaku seketika memelukku "Kamu sangat baik dan setia tak salah kalau Mia memilih kamu. Kamu baru saja uji oleh Mila adik Mia, Dan kau Lulus, Kau tidak tergoda!! Kami bangga bermenantukan kamu."aku menarik nafas lega... (sebenarnya di dalam hatiku menyumpah-nyumpah)

Mia calon istriku menitikkan air mata penuh cinta. Mila turun dari bilik atas, sejak tadi melihat adengan itu dari tingkap bilik,  "April Foolll".......katanya, sori ya bang, kalau tadi buat abang terperanjat" takpa... kataku,  "tapi tadi pandai betul kau berlakon ya, siapa yang tulis skrip? kata aku,.. Milalah...katanya selamba. "Lain kali jangan buat tau"..bahaya" kataku. 


Di pendekkan cerita: Akhirnya aku dan Mia selamat diijapkabulkan  dalam majlis yang sangat meriah,

Moral dari cerita ini :
Biasakan simpan kondom anda di dalam kereta !!! kerana anda tidak tahu bila anda memerlukannya.

3 komentar:

Anonim mengatakan...

Brabo...

3 1 / 5 bintang given to a story ending.

Syook jugak baca ini story tapi gambo kurang kena bagi berapi sikit le...

sheikh mustafa kamal alaziz

Anonim mengatakan...

Cerita awek Cina ni teringat semasa selepas sekolah dulu dan ketika berhijrah ke Kuala Lumpur. Ketika itu aku bekerja di pawagam di Cheras dan tinggal sekitar 4 ... 5 bulan di sana bersama seorang kawan. Di pendekkan cerita Amoi ni diperkenalkan oleh kawan yang lain. Sering memakai short, tinggi lampai dan sangat suka menonton filem dan menonton berseorangan. 



Peluang datang bergolek... aku seringlah mengajaknya menonton secara percuma. Syooknya dia, bila hujung minggu Amoi ni datang secara solo... Aku bertanya Amoi berwajah comei ni kenapa berkawan dengan orang Melayu?. Melayu 'potong' katanya. Amoi ini 'open minded' dan aku teruja ber'date' dengannya. Dunia semakin indah terasa. Lagipun aku kesunyian tinggal di Cheras dan memerlukan seseorang. Itu standard biologi...


Dipendekkan cerita perhubungan kami tidak panjang. Aku kurang menyuburkannya kerana hambatan-hambatan lain yang lebih 'numero uno'... Rasa kesal pom ada... 

Sheikh Mustafa Kamal Alaziz

Pekena Teh Secawan mengatakan...

Pasal gambar tu,...susah nak cari gambar yg sesuai dlm masa yg singkat, walau bagaimana pun terima kasih atas comen anda...sabsoi