24.8.10

Fobia

Fobia boleh diertikan dengan "takut" atau "ketakutan menggerikan", satu ketakutan yang tidak waras, kuat dan berterusan situasi-situasi tertentu, aktiviti-aktiviti, benda-benda, binatang-binatang, atau rakyat. Simptom utama kecacatan ini ialah keinginan berlebihan dan tidak munasabah untuk mengelak takut perangsang. Bila ketakutan melebihi satu kawalan. Ini difinasi fobia kalau mengikut kamus DBP.


Bagi mereka yang fobia sudah tentu ada peristiwa yang sangat terkesan pernah dialaminya. Pada kali ini aku cuba petik beberapa kisah macamana mereka mengalami fobia,






Kisah Pertama

Pernah sekali tu aku beraya dirumah member aku kat Kerdau Phg. Bila kami sampai pada petang itu, tetamu masih penuh dimeja makan, jadi kami duduk bersila diatas tikar di ruang tamu, sementara itu tuan rumah (awek cun) memunggah kuih-muih kepada kami satu persatu. Sedang asyik berborak sesama kami tiba2 ada seseorang baru sampai duduk bersama kami, kelihatannya sangat berwibawa dan ramah pula, baru kenal sudah mesra, diantara kami dialah yang paling menyerlah dan menguasai perbualan. Kami edarkan minuman kepadanya begitu juga kuih-muih yang terhidang. Bila seseorang menghulurkan kepadanya kuih dodol, dia terkejut seperti melihat hantu, kuih dodol itu ditepisnya meleret deras lalu terkena almari TV. Piring dan cermin almari pecah berderai. Semua tetamu terkejut, apa yang terjadi sebenarnya.


Dipendekkan cerita, rupanya Mamat tu dia fobia dengan kuih dodol, kisahnya bermula pada dia berumur 11 tahun, pada masa itu ayahnya menyuruh dia menjaga dodol sebentar sementara ayahnya solat Asar. Ketika sedang asyik mengacau dodol itu, dia tertarik melihat kawan2nya bermain mercun disebelah rumah, tanpa disedari dia dah join sekali main mercun, dodolnya terbiar begitu, api semakin marak, akhirnya kuih dodolnya melimpah lalu tumpah keatas tanah. Bila ayahnya datang dodol tidak dapat diselamatkan lagi. Bukan main marah ayahnya, kawah dodol itu ditendang hingga terlungkup, dia diseret diatas dodol yang tumpah hingga melecur kulitnya. Sejak peristiwa itu dia fobia dengan kuih dodol....






Kisah Kedua


Member aku baru kawin dengan budak Sabah. Aku dan beberapa orang member ofis tidak dapat hadir kerana kosnya tinggi sangat. Sebagai gantinya kami bercadang nak buat makan  kecil2 lan bila dia dah masuk kerja nanti. Restoran yang dipilih ala2 rimba gitu.. biar romantis sikit konon kata penganjur _ (budak perempuan bahagian akaun). Apa yang dirancang berjalan dengan baik tengahari itu, kami bersama rombongan seramai lapan orang termasuk pasangan yang dirai ditempatkan disuatu sudut semacam bangsal yang sangat menarik. Atapnya atap rumbia, dibahagian syilingnya pula terdapat banyak sangkar burung bergantungan, (burung dalam sangkarnya burung plastik jer),disekeliling bangsal pula dihiasi dengan bunga2 hidup sarat seperti dalam hutan. 


Makanannya pula ala2 kampung, petai, jering tetap ada, meja besar bulat ditengah-tengah bangsal itu memang cukup menampung kami berlapan. Setelah hidangan yang dipesan sampai, tiba2 isteri yang dirai menjerit, "ayammm........ayammmm......ayammmm", serentak dengan itu dia bingkas bangun dan naik keatas kerusi, kami tergamam, pada sangkaan aku dia memanggil suaminya sayang, rupanya memang ada seekor ayam betina lalu berhampiran kerusinya, wajahnya pucat dan menggigil ketakutan. Suaminya cuba menenangkannya. Akhirnya kami berpindah kebahagian dalam restoran itu. Tak sangka ada juga orang yang takut dengan ayam. Mengikut ceritanya, pada dia berusia lima tahun dia suka kacau anak ayam, ntah mengapa bila terpandang saja anak ayam dia jadi geram, ada sekali tu dia tanam anak ayam hidup2, ibu ayam yang kehilangan anak kejar dia keliling rumah dan dapat mematuk kakinya hingga luka.


Sejak peristiwa itu dia sangat fobia dengan ayam betina, tetapi dengan lauk ayam dia cekek jugak...




Kisah Ketiga


Nama manjanya songkok, ceritanya ini memang dah basi dikalangan kami, tapi aku nak cerita jugak sebab aku geram sangat dengan dia ni, dulu dia pernah ambil gambar aku masa aku tertidur pastu bagi pada boss...bangsat betul. Tiap2 hari waktu datang dan balik kerja dia menaiki bas atau tumpang member, rasanya dah bertahun rutin hidupnya begitu baru aku terperasan, kat bus stop tu dia sorang jer Melayu yang lainnya Indon duk tunggu bas. Terfikir juga mengapa dia ni tak bawak kereta, kalau di ikutkan dari sudut kewangan dia memang mampu, sebab dia pegawai, gajinya dah tentu lebih tinggi dari gaji aku yang pencacai ni.


Nak dijadikan cerita, suatu hari tu Kak Izan (bukan nama sebenar) berborak dengannya lalu terkeluarlah cerita kisah silamnya. "Sebenarnya kat rumah tu ada dua buah kereta, isterinya pakai satu dan yang satu lagi tu terpulanglah siapa nak bawak", songkok memulakan cerita, memang payah nak berborak soal peribadi dengan mangkok ni sebab dia lurus bendul, cakap soal kerja saja, kadang tu dia boleh jadi MC di majlis2 tertentu tapi aku tengok cam bodoh jer... ada ke dia suruh kami semua nyanyi lagu raya beramai-ramai, semasa sambutan H. Raya sekali tu...

Berbalik kepada cerita Songkok, pada masa dulu sebelum kejadian itu, dia memang drive sendiri bila kemana-mana, tapi setelah suatu peristiwa trajis berlaku dalam hidupnya dia jadi fobia, bila saja tangannya memegang stering kereta tangannya jadi mengigil, peristiwa lalu datang kembali dalam fikirannya.


Begini kisahnya, suatu hari tu dia dan bapa mertuanya keluar untuk suatu keperluan, bila sampai disuatu tempat tertentu, bapa mertuanya minta turun disitu, Songkok disuruh meneruskan perjalanan untuk keperluannya bila selesai nanti, dia akan ambil bapa mertuanya disitu. Setelah semuanya selesai, Songkok kembali ketempat bapa mertuanya menunggu. Bila sampai ketempat yang dijanjikan itu bapa mertuanya tidak kelihatan. Songkok memperlahankan keretanya, matanya melilau melihat sekeliling, bila sampai dekat satu pokok bapa mertuanya muncul dengan tiba2 menuju keretanya, Songkok cepat2 menekan brek, tetapi yang ditekan sebenarnya ialah minyak...dipendekkan cerita bapa mertuanya maut dalam kemalangan itu....

Bila budak2 jahat tau je cerita ni, langsung dijadikan modal berborak, yang sedap tu ayat si Jembalangz yang berbunyi "setakat ambik gambo ko masa tido tu Sab, sangat kecik bagi dia, bayangkan bapa mertua dibunuhnya...