22.7.09

Pelakon Terbaik



Sekarang ni banyak sangat rancangan rialiti TV yang berbentuk undian melalui SMS. Malas nak melayan je, semuanya nak kena orang undi, Sekarang ni tengah suam2 kuku pula rancangan Anak Wayang. Ada lagi rancangan lain lebih kurang macam tu contohnya; AF, One In the Mellion, Malaysian Idol, Penyayang, Oh la la,, bla,bla,bla.

Kalau nak diikutkan, kita ni memang selalu terdedah dengan lakonan, tapi aku nak citer ni kisah pelakon yang terpaksa melakonkan diri untuk mendapatkan atau melepaskan diri dari situasi tertentu.

Pelakon Terbaik Pertama: Mat Gian

Watak Utama: Aku, Awi, Sepupu aku (sebagai mat gian)

Sekali tu masa aku tengah tunggu keputusan SPM, aku dengan member aku Awi mengusahakan projek getah pusaka ayah aku, jaraknya lebih kurang 7 km dari rumah aku, ladang getah ni luasnya 10 hektar. kitaorang berulang dengan basikal tiap hari, kadang tu sampai tak balik rumah, saja nak buat gila sikit.

Suatu hari tu, sepupu aku datang melawat, dia nasihatkan kami bermacam hal, supaya asah pisau getahlah, letak cuka getah dalam tempurung lah, panjang sungguh ceramah motivasi dia hari tu. (hal yg memang kami dah tau). Kami dengar jelah sekadar menghormati orang tua (40an umur dia). Pada keesokan harinya dia datang lagi, lusa pun dia datang jugak, kononnya nak pastikan kerja kami betul atau tidak. Hari yg berikutnya kami dapati semua getah yg kami usahakan selama seminggu hilang gaib entah kemana. Mungkin hilang sewaktu kami mandi sungai ke atau makan tengahari kat kedai, dalam hati kecil aku dah dapat meneka angkara siapakah ini.

Akhirnya kami bercadang nak siasat sendiri dahuku perkara ini, kira jadi FBI sekejap, perkara pertama yg kami buat ialah berjumpa jumpa dengan pemborong getah tak jauh dari situ. Dalam siasatan itu bukti sudah ditemui, getah kami masih ada di situ, kami kenal berdasarkan bentuk acuan getah itu, kami tak pakai sangat cawan getah yg dijual dikedai, kadang tu periuk lama pun jadi cawan getah jugak. pastu pulak peraih getah tu cakap, sepupu aku yg jual getah tu. Hemmm mudah je jadi FBI ni.

Dipendekkan cerita kami pun pergi kerumah sepupu aku tu, dia tengah menoreh gak masa tu, dari kesan torehan pada pokok getahnya, ini adalah torehan yang pertama, mana mungkin hasilnya sudah ada..bila nampak je aku datang, dia terus je jumpa aku, macam2 hal yg ditanya, bijak sungguh dia bermain kata hingga lemah aku dibuatnya, Dari air mukanya nampak macam tiada masalah langsung, lalu aku membiarkan sahaja dia habis berbicara, berkesan betul lakonannya hari tu...

Oleh kerana kalau aku gaduh dengan dia pun aku kalah, walaupun dibantu oleh Awi, maka aku mengambil keputusan balik rumah jelah, kalau setakat curi getah sebanyak tu, tak boleh kaya punya, dilain hari kami lebih berhati-hati, getah yang kami toreh tu kami jual dihari itu juga, biar padan muka sepupu aku tu. (Mat gian bujang lapok).

Pelakon Terbaik Kedua: Mat Gian gak

Watak Utama: Aku, Boss, Z (sebagai mat gian)

Semasa aku bekerja di Ampang dulu, nak dijadikan cerita ada pekerja baru masuk, Z bukan nama sebenar, cukup baik budaknya, kalau nak lalu depan kita pun sampai mintak kebenaran, tinggi sungguh budi bahasa dia, semua staf berkenan dengannya. tapi baiknya bertahan lebih kurang sebulan je, lepastu baru pecah tembelangnya.

Tiap2 hari dia asyik nak pinjam duit je, sehari sekurang-kurangnya mesti nak rm10, macam2 helah dimainkan untuk mendapatk duit, alasannya org pinjam tak bayarlah, duit hilang lah, ada sekali tu dia pinjam motor member aku, nak keluar jap katanya, tak lama lepastu dia datang dgn membernya termengah-mengah, "motor mu rosak nak pitih baiki motor" katanya selamber..banyak lagilah kelentong dia masa tu, pastu apabila kita teliti motor tu,apabila dah dipulangkan, tiada pulak kesan dibaiki..

Seperkara lagi, Z ni sangat popular, tiap2 hari ada saja orang nak jumpa dia, driver traller pun ada. kadang tu kitaorang dah dapat agak dah orang yg datang tu mesti nak jumpa Z punya, ada sekali tu masa rihat, aku dgn member lepak kat depan opis, ada sorang Mamat umur 50an, badannya kurus kering, mukanya chenkong, datang menaiki motosikal, kitaorang pun buat kuiz, nak jumpa siapakah orang ini, tajuk kuiz. Kebetulan masa tu bos aku baru keluar pintu, melihat begitu dia pun meluru kearah bos sambil bertanyakan itu dan ini, dia tersesat jalan lah, susah nak cari opis nilah, kami dah mula sangka kawan bos rupanya...tak berapa minit lepastu, Z pun keluar, bila mampak Z je, diapun terus bertanya, kata nak gi hospital?
Z terpinga-pinga "hospital.. haa ya ya..lupa lak tadi".

Kami yg menyaksikan adengan itu tak boleh tahan lagi, hati seperti digeletek, kah,kah,kah,kah, (dengan serentak pulaktu). sangkaan kami benar belaka. pelakon terbaik bisik member aku. Lepas tu pulak asal balik jumpa kawan, mesti mata merah punya, Tak tahan dengan perangai budak ni, ada seseorang berpakat dgn bos nak bawak budak ni pergi URI test..

Petang tu juga brother tu dgn Boss, buat rancangan, konon nak mintak Z temankan diaorang gi klinik, Z pun apa lagilah dengan bangganya bersetuju, "bukan senang nak naik BMW Boss" bisik Z pada aku,.. Petang tu yg sangat ditunggu2, kami menanti dgn penuh debaran, keputusan URI test esok kata Boss, muka Z nampak muram saje.

Pada keesokan harinya, Z tak datang kerja, hari berikutnya pun sama juga, dia hilang begitu sahaja. Dari keputusan URI test memang sah positif..

Pelakon Terbaik Ketiga: Mat Gian gak

Watak Utama: Aku, Nuar, Zul, Abg Jeo, Din (sebagai mat gian)

Ada suatu ketika tu, Ofis tempat aku kerja menjadi tempat lepak kawan2 bos aku, mereka ni kebanyakannya bukan calang2 orang, dari Promoter, Komposer, Pelumba Motosikal hingga Tukang Urut pun ada. Seronok gak bercampur dengan diaorang ni, semuanya kelakar.
Nak dijadikan cerita,...Abg Jeo (Promoter) tu singgah sekejap jumpa Boss kat ruang tamu, bersama anak buahnya Din, (bukan nama sebenar) hanya bertanya khabar, lepastu terus berlalu, rumahnya tidak jauh dari situ. Kami yg ada di situ tak sempat bercakap sepatah apa pun dengan Din hanya senyum kambing je.

Pada petang itu lebih kurang pada pukul 6.00 petang, Din datang jumpa kami. pada masa tu kami tiga orang dah bersiap nak balik. Lagak Din macam dah kenal lama dengan kami. Kami yg tek berapa perasan merasa keliru siapa dia ni, kawan kita ke...?, lepas tu baru tau Din anak buah Brother promoter tu rupanya. Hanya nampak sekali imbas sahaja mana nak ingat, lagi pun Din kat ruang tamu, tak masuk bilik kitaorang pun.

Petang tu Din datang dengan hajat untuk memimjam wang dari kami, siapa yang sudi, ada kecemasan nak balik kampung, emak sakit, katanya... duitnya tertinggal dalam bas, pastu pulak segan nak pinjam duit dengan bapa saudaranya, macam2 lagilah alasannya. Panjang lebar sungguh ceritanya, Aku yang merasa tak enak, lantas berlalu dari situ, "ada hal nak cepat ni", aku cakap dengan Din, bila melihat aku nak blah, kawan aku sorang lagi Nuar, pun sama ada hal juga katanya. Tinggal Zul sorang disitu melayan Din.

Sebenarnya aku dengan Nuar ,tunggu Zul kat Restoren sebelah ofis tu. Dalam firasat kami hanya Mat Gian sahaja yang sanggup bertindak seperti itu, baru kenal sekali dah nak pinjam duit RM100 pulak tu. Dah 15 minit menunggu Zul belum keluar lagi, budak mentah macam tu pun tak boleh nak kelentong, aku merungut, Nuar telefon Abg jeo,

Dipendekkan cerita, Tak lama lepastu Abg Jeo datang dgn BMWnya. kami dapat melihat dari situ, kelihatan Zul dan Din keluar dari ofis, nampak juga Abg Jeo seperti marah sangat hari tu, suaranya boleh dengar hingga ke corong telinga kami. "Aku bawak kau ke sini supaya kau barubah, tak buat tabiat lama, kalau macam nilah perangai kau, duduk kat kampung jelah", "duit orang tu pulangkan semula, bentak Abg Jeo."

Esoknya, Abg Jeo datang jumpa kami, dia mintak maaf, Din anak buahnya baru keluar Pusat Permulihan tapi tak pulih2 katanya melawak. memang dia pandai berlakon, orang kalau dengar mesti percaya tambah Abg Jeo lagi..

Moral dari ketiga cerita ini, dapatlah dirumuskan bahawa mat gian terbukti sangat pandai berlakon.
Nampaknya katogeri pelakon terbaik disapu bersih oleh mat gian pada isu kali ini...selain dari mereka ini, belum nampak lagi bakat lakonannya... cuba lagi ditahun hadapan...

19.7.09

Micheal Jackson and I






Aku kenal MJ pada tahun 1983 hingga seterusnya 2009. Pada aku MJ ini seorang yg amat berbakat, unit dan mempunyai aura yg sangat memukau. Pada zaman kemunculannya ramai budak2 kampung aku terpengaruh dengan tariannya sampai ada yang sanggup mambawa radio kat tengah padang pastu menari ala MJ termasuk aku, Pengetua sekolah aku pula mengharamkan tarian ala Mj atau Break dance ini, sebab pengaruhnya dah melampau sangat.

Aku memang dah jauh terpengaruh dah, sehingga sanggup mengompol koleksi pakaian ala MJ seperti, kasut (hitam putih), jaket dan seluar macam MJ (seluar kiwi hitam supaya nampak macam kulit), gambar dia takpayah cerita, pantang nampak pasti potong masuk album khas utk MJ sahaja, pastu pulak fesyen rambut ala MJ yang berjuntai tu, sempat bertahan selama 3 tahun kat kepala aku. Kemunculan MJ dikaca TV amat di nantikan, kira wajib tonton punya.

Ada sekali tu, satu peristiwa pernah berlaku, yang menyedarkan aku betapa kuatnya aura MJ ini dalam hidup aku. Begini kisahnya,:
Pada hari ini dalam tahun 1987 ada live Gramy Award kat tv3, MJ dijangka akan membuat persembahan, aku Isa, J, Lan, Awi, Aya, dan Ijam member kampung KDSA apa lagi dah buat rancangan awal, rumah Sarip menjadi pilihan sebab TV dia besar, gambar terang, kedudukan stratigik emak dan ayah dia sporting, ada beli kacang goring lagi..

Apabila saat yg ditunggu2 itu tiba, MJ sudah berada diatas pentas untuk memulakan persembahan lagu "Man In The Mirror" tiba2 di hadapan rumah Sarip gempar suara orang memekik...jangan lari, jangan lari, aku dah nampak muka engkau..! (diikuti dengan sumpah selanah). Semua member yg tengah syok nonton tadi bingkas bangun belari keluar rumah utk melihat apa yg terjadi.

Yang peliknya, aku langsung tidak terganggu oleh hiruk-piruk jeritan itu, bagi aku MJ lebih penting, aku tidak akan melepaskan peluang ini, kalau hanya setakat orang mengendap sahaja tidak boleh menghilangkan fokus aku, kebetulan pula, aksi MJ memang memukau, bulu tengkok aku sudah lama berdiri, aku terpaku dibuatnya tak mampu untuk berganjak. apa2 hal selepas MJ nyanyi...kata hatiku.

Dipendekkan cerita, setelah itu, baru aku tau, rupanya suasana gamat tadi berlaku apabila ada sorang Mamat tu, sudah panjat rumah awek depan rumah Sarip kat seberang jalan tu, abang awek tu ternampak (kebetulan baru balik kampung), lalu dikejarnyalah Mamat tu keliling kampung. Mamat tu memang terkenal dengan jahatnya, rumah tu pulak bukan sekali dua kena panjat, malahan dah berulang kali, yang bestnya awek tu yang tolong bukakan tingkap, kali ni baru terkantoi, padan muka, kita orang bukan tak tau cerita, cuma tunggu masa yg sesuai je.

Memang mejoriti penduduk kg aku adalah mangsa banjir dari kampung berhampiran, KG KDSA in kira kampung baru dibuka, lokasinya di tanah tinggi, kalau banjir besar pun memang air tak sampai punya setakat nila. Berbalik kepada MJ tadi, aku dapat rasakan aura MJ menyerap sangat kuat dalam jiwa ini berbeza dengan member aku yang lain, tak tahu mengapa. Tapi yg aku terkilan sangat tentang MJ ni ialah apabila wajahnya selalu berubah sekejap hitam sekejap putih macam lagu dia jugak. susah nak ketagorikan samada dia ni kacak, lawa ataupun ayu, macamtulah kalau dah banyak duit.

Kini setelah 10 tahun masa berlalu apabila menonton semula video klip MJ, terbayang kenangan lalu, rasa nak gelak pun ada, orang semacam ini yang amat aku kagumi suatu masa dahulu. walaupun begitu rasa kagum kepada beliau tidak pernah padam sehingga kini, dialah satu-satunya manusia dikurniakan bakat yg luar biasa...

Berita perginya MJ telah gempar seluruh dunia, kedai2 keset, CD atau DVD sesak dikunjungi, lagu2 MJ atau klip videonya laris dijual sehingga ada kedai keset yg dah tulis besar2 "Lagu MJ Telah Habis Dijual". Rupanya hingga kini pengaruh MJ kepada dunia hiburan dunia masih berbisa...


(Alfatihah buat rohnya.....aminnn.)