14.7.10

Siri Cerita Seram: Rumah Usang Bah-3





Malam Ketiga Dirumah itu...

Petang itu aku sendirian dirumah itu, Syed telah keluar pergi hantar Nik ke Kg Teluk, sebelum mahgrib dia balik katanya, aku malas nak ikut sebab sibuk nak siapkan ukiran kepala talipanggang (buckle) mood tengah ada, memang itu sebahagian dari hobi aku suka bertukang kayu. Lagi pun kat kg Teluk tu, semuanya orang Syed sahaja, jadi aku yang tidak Syed ni seperti terpencil (kasta rendah). Sebenarnya aku seram juga sendirian lebih2 lagi bila teringat semula tentang kucing malam tadi. Dalam buku Dialog dengan Jin Islam, pengarang ada menyebut, kalau dikalangan kami (jin) yang menyerupakan diri dalam bentuk2 tertentu, maka yang paling mereka sukai adalah kucing, kuda atau harimau. Mungkin benar juga kucing itu adalah jelmaan semata-mata. Entah mengapa sejak malam tadi dada aku semacam berdebar, banyak sangat peristiwa berlaku ketika disini, sambil termenong begitu matahari sudah semakin redup, Syed belum nampak batang hidungnya, aku kuatkan suara redio supaya hilang perasaan gemuruh. Sambil berbaring mendengar redio akhirnya aku terlelap, walaupun begitu suara dari redio masih terdengar sayup2 dihujung telinga.



Tiba2 badanku terasa berat seperti ada benda yang menindih, sedikit demi sedikit tubuhku menjadi kaku, semua anggota tidak dapat bergerak, telinga macam disumbat bunyi seperti berdesing, nafas terasa sesak, aku seperti lemas dilautan, dalam begitu aku cuba melawan dengan menggerakkan mana2 anggota, tetapi semakin aku cuba bergerak semakin berat pula beban diatas tubuhku. akhirnya aku cuba membaca apa2 ayat suci Al-Quran, tetapi lidahku terasa amat kelu sekali, surah2 yang selama ini bermain dibibir semuanya hilang dari ingatan, aku cuba mengingatkan ayat al-kursi, tetapi yang aku ingat hanyalah kursi sahaja, lalu aku ulangi berkali-kali, kursi, kursi, kursi, tetapi masih lagi belum terlintas permulaan ayatnya. Fikiran aku amat buntu sekali, semuanya seperti di sumbat. Lama juga aku terlantar begitu mengharabkan supaya Syed segera sampai. Sebenarnya aku masih sedar lagi bukan tidur sepenuhnya, kepala hotak aku memberi gambaran bahawa makhluk yang menindih aku itu seperti beruang, berbulu tebal. Dalam gejolak yang amat sangat itu tiba2 datanglah pertolongan Allah, beban yang berat itu berangsur-angsur surut, rupanya ketika itu suara azan maghrib berkumandang diradio. Bunyi azan itu dapat menghalaunya. Suasana kembali tenang aku duduk sambil melihat sekeliling, tingkap semuanya masih belum tertutup, pelita belum terpasang, sekitar rumah sudah gelap, rupanya lama juga aku ketiduran sehingga mahgrib, Syed masih belum muncul. Aku cuba kawal perasaan takut, ayat2 suci dah tak tau berapa banyak aku baca. Dalam hati aku berkata jika pukul 9.00 malam Syed belum datang juga aku akan tinggalkan rumah ini. Selepas aku berfikir begitu tak berapa lama pintu rumah diketuk, Syed muncul dengan selambanya. "Mana basikal tak dengar bunyi pun" tanya aku, "tak naik basikal" katanya, "naik apa", tanya aku, "terbang, jawabnya, banyak lagi soalan aku tidak dijawabnya, tah mengapa Syed sangat pendiam malam itu, bila naik kerumah terus kearah dapur, wataknya sangat berbeza, matanya sedikitpun tidak menandang kearah aku, aku malas nak tegur banyak2 mungkin dia tengah badmood, Bulu tengkok aku tarasa tegak, kepala berdenyut, dada berdebar semakin kencang, hairan aku melihat perubahan pada diri sendiri. Aku duduk menyandar di dinding dalam bilik sambil berselimut.


Walaupun begitu, aku masih berborak dengannya bertanyakan itu dan ini, tetapi semuanya tidak dijawabnya, aku sudah mula curiga, apa dia buat sorang2 kat dapur tu....senyap jer, dah tu tak bawak pelita pulak. Aku cuba meneka-neka, wataknya ada mirip dalam buku yang pernah aku baca (Dialog dgn Jin). tapi tak mungkin aku cuba pujuk perasaan aku. Tiba2 dari jauh kedengaran bunyi basikal menuju kerumah aku, aku bingkas menuju pintu, bila semakin hampir ternyata orang itu adalah Syed, tercengang aku seketika, tak salah lagi yang didapur tu adalah jelmaan Syed, dari jauh lagi dia bersuara, "Sorri, sorri sorriiii...banyak sangat dugaan aku hari ni" mula2 tayar basikal bocor, pastu kena tahan polisss...siap kena test air kencing ...bla...bla...bla... tak berhenti dia bercakap. Ketika itu aku sudah hampir rebah, semangat aku hilang, kaki aku tidak kuat untuk berdiri tetapi sempat berpaut pada tiang pintu, aku suruh Syed papah aku ketempat tidur pastu bacakan surah yaasin sampai habis, (memang dlm begnya ada surah yaasin). Pada keesokan harinya apabila tenaga sudah pulih baru aku ceritakan segalanya.

Sejak hari itu kami tidak akan bermalam dirumah itu lagi, getah yang telah dikutip kami jual pada hari itu juga. Betullah juga kata buku itu, rumah apabila telah lama ditinggalkan akan menjadi tempat tinggal jin2, begitu juga perigi buta dan lembah2 yang airnya kotor. Yang aku marah sangat tu kenapa syaitan atau jin tu tak kacau budak2 nakal yang buat tak senonoh kat situ...... mungkin hantu itu ingat budak2 liar itu sebahagian dari dirinya.........

Sekian........

12.7.10

Siri Cerita Seram_ Rumah Usang bah-2





Malam Kedua Dirumah itu... 


Malam itu kami tidak berdua tetapi bertiga, ada kawan sekolah aku datang, saja nak lepak2,  aktiviti malam itu ialah babi berbaris (BBQ), kawan yang sorang tu (Nik) dengan rela hati nak buat parti kecil-kecilan. Dia sudah bawa dua ekor ayam, tah mana dia curi tah. Pendapatnya mencuri itu haram, tetapi ayam itu tidak haram dimakan, kerana perbuatan mencuri itu saja yang haram... Budak2 ni memang pandai masak, lebih2 lagi barang curi, time tu bukan fikir sangat soal halal haram, nak seronok je yang lebih. Jam dah hampir pukul tiga baru nak mula tidur, berborak sakan panjang sangat, semua cerita keluar maklumlah kami membesar bersama, nakal pun bersama, bila mata dah hampir2 terlelap kedengaran suara anak kucing bersahutan dari arah dapur, "Kau orang tak kasi kucing makan ker"?, itu tulang ayam banyak bagilah dia...kata Nik, masa tu Syed dah berdengkur, aku pulak buat2 tido sebab malas nak layan kucing tah mana datangnya, akhirnya Nik (suka kucing) yang pergi sendiri, sampai didapur pelitanya terpadam, lalu dia berlari kearah kami, bunyi tapak kakinya mengejutkan Syed, "Apa hal yang ko berlari macam ternampak hantu ni...? kata Syed, "Aku cari kucing kat dapur tapi takda, pastu pelita aku terpadam". kata Nik. "Hantulah tuuu.." kata aku. "Kalau setakat hantu kucing aku tak takuttt..." kata Nik. Dahlah tuuu... tidolah esok boleh cerita panjang karang aku pulak yang jadi hantuuu...kata Syed.


Nik dah mula tertanya2 betul ker ada kucing kat dapur tadi atau kat luar rumah, akhirnya aku kata sambil berbisik, "anak kucing tidak akan dapat masuk rumah ini punya..., bahagian dapur mana ada tangga","tiangnya tinggi, tadi tu hantu kucing"...,Orang tua2 kata , jika kita dengar bunyi seperti itu sayup2, itu bermakna benda itu dekat dengan kita, jika bunyinya dekat pula bermakna benda itu jauh dari kita. Malam itu mata aku memang tak mahu tidur begitu juga Nik, jadi  masa yang ada kami habiskan berborak topik hantu sahaja, Syed dah lena diulit mimpi dari tadi, dia ni mudah je asal letak kapala terus tidur. Dalam kami sedap2 berbork tu, tiba2 dari luar rumah terdengar bunyi seperti ada  orang berjalan, bunyinya semakin hampir. Bunyi ranting patah terkena pijakan amat jelas, Aku dan Nik pasang telinga, dari amatan aku, bunyi tapak kakinya seperti ramai yang berjalan dibawah rumah, kami mendiamkan diri...Ayat2 suci mana yang patut dah berpuluh kali dibaca dan dihembuskan keliling.

Anihnya bunyi itu seperti kebal, tiada perubahan langsung. Tiba2 rumah kami bergoyang, bunyi geseran semakin kuat pada tiang rumah, seperti ada yang mengoyang pada tiap2 tiangnya. Syed terkejut, "kenapa ni....?" "gempa bumi ke"?. sambil berbisik Nik berkata, "ada sesuatu kat bawah rumah". Muka masin2 dah mula pucat, roboh pulak rumah ini nanti, dahlah kayu2nya sudah rosah dimakan anai2. Dalam hati aku, hanya jin ifrit sahaja yang boleh goyang rumah, aku teringat cerita zaman nabi Sulaiman. Pergilah tengok, "kata Syed", "kaulah pergi, sebab kau keturunan pendekar (Syaidinar Ali), tanpa berlengah lagi Syed terus membuka pintu. Apabila pintu dibuka dengan serentak bunyi sesuatu berlari kedalam semak. Oleh kerana ketika itu hujan renyai2 turun dan gelapnya malam amatlah pekat, apa bendanya yang berlari kearah belukar sikit pun tidak kelihatan,... "kerbauuu....." kata Syed. "Haaa....kerbau", tak nampak pun"?, "Kalau nak tau, bau hapak macam ni kerbaulah"... Lege rasanya bila tahu itu kerja kerbau, "tak risaulah kalau kerbau", kata aku, rupanya kerbau mengosokkan badannya pada tiang rumah, supaya hilang gatal dibadannya. Ketika itu barulah aku teringat kata pekerja Indon yang pernah kerja disitu, kerbau selalu kacau tidurnya...


Esoknya kami bangun lewat, pukul 11.00 pagi, baru berbasikal menuju sungai. Penat semalam tak habis lagi, kalau boleh aku nak ambil MC jer hari ni, tetapi kata Syed, kita toreh getah setakat kita larat jer, jangan tak buat langsung....

Bersambung........