24.6.10

Awek Misteri


Hanya sekadar gambar hiasan
ADA sekali tu aku dikenalkan dengan seorang awek, budak Pasir Mas, orangnya lawa, kecil molek, putih gebu, menjadi idaman lelaki. Member yang kenalkan tu pun orang Kelantan gak, satu tempat kerja ngan aku. Awek ni kisahnya tertinggal bas semasa nak balik ke Kelantan. Kawan aku ni yang tolong hantarkan dah kebetulan nak ke tempat yang sama.

Semasa aku mula2 bertemu dengan awek ni,  Lupa nak cerita lak... Lokasinya di Ampang kat kedai Makanan Siam, Waktu jam 9.00 malam. Sebenarnya awek ni yang cadangkan supaya kami berbual di situ, Pada date yang pertama itu, aku terasa sangat tidak selesa dek kerana awek ni nampak cam sombong je, Cakap pun you i, you i ngan aku. Standard sangatlah konon,  pastu cakap pun pandang lain je. Aku pun layan ala kadar je, dalam hatiku berkata, budak ni perasan lawa, minum pun tak mau. Aku ringkaskan perbualan konon ada hal kat umah, tempoh blind date itu lebih kurang 20 minit jer. Meluat sungguh aku masa tu, dek kerana meluat sangat, selepas bayar minuman aku terus jer ke kereta, awek tu aku tinggalkan sorang2 kat situ, lantaklah dia. Mungkin dia ingat aku kena layan dia macam puteri sebab dia lawa, semua jantan lain layan dia macam tu gamaknya...

Dalam perjalanan balik itu, aku merasa puas, aku gelak sorang2, inilah pertama kali aku buat begini seronok rasanya, yahoooo.... Sesampai dirumah, member (Amran)  dah tunggu, kami bercerita sambil gelak2 tentang apa yang dah terjadi, tak lama lepas tu awek tu Adiba Armia Noraini namanya (nyampah aku tau namanya) call Amran, dia mengadu tentang aku, Amran loud speaker H/p, semua maki-hamunnya dalam lorat Kelantan dapat didengar dengan jelas, hampir setengah jam dia mencaci maki aku, (pekat betul loratnya ada yang aku tak faham) akhirnya ada suatu ayat yang tak sangka terkeluar dari mulutnya iaitu, "Mia dapat rasakan sebenarnya si Sab tu lelaki baik, kalau boleh Mia nak cari lelaki macamtu"... "muka dia bersih jer"... (terbaring aku bila dengar ayat itu, hampir terperasan), Amran dapat memujuknya,  ayat2 power yang keluar dari mulutnya menjadi. Amran mencadangkan supaya Mia call aku sekarang juga. Gila... aku dah hilang mood Amran buat cadangan camtu. Yang kelakarnya Mia benar2 call, dua kali tapi aku tak jawab, saja nak letak harga mahal sikit. pastu SMSnya sampai ayatnya sepatah je, Sorry...



Esoknya hari Ahad, Mia call lagi, masa itu baru pukul 7.30 pagi, sebenarnya pagi tu aku dah lupa tentang Mia, bila h/p berdering aku bingkas jawab sebab  bunyinya bikin kacau tidurku, bila dia ucap "good morning"...baru aku ingat dia, suaranya sangat mesra, tapi aku masih lagi rasa nak meluat, (tinggal kat hulu mana nak berlagak pulak, berilah salam) dipendekkan cerita, Mia nak belanja aku breakfast pagi tu sebagai tanda maaf dan salam perkenalan, aku setuju lah sebab dia desak sangat2. Lucu betul kisah hidup aku, awek yang aku layan bagai nak mampus tak dapat, awek yang aku layan alakadar begitu boleh melekat pulak. Pada pertemuan kedua itu watak Mia amat berbeza, dia begitu ramah dan mesra. Sejak itu aku selalu dengannya, Mia hobinya suka berjalan, pantang ada masa lapang sikit, ada jer ideanya, tiap2 hari kena jumpa, aku layan jer dalam masa sebulan dua ni, nak tengok perangainya.

Acara wajib dalam seminggu tiga kali ialah lepak dekat tasik KLCC pada malam hari dari jam 10.00 mlm hingga jam 12.00 mlm berborak kosong, nyamuk punyalah banyak, rasa kelakar pun ada, bila mula2 sampai kesitu, taksangka aku termasuk diantara mereka yang rebah, kelihatan semua yang ada berpasangan, bercinta sangatlah konon, yang lucu lagi bila kat kerusi sebelah yg aku duduk tu ada pasangan lelaki Bangla dan minah Indon bercinta, hangat sungguh, ayat2 yang dilafazkan oleh Bangla tu tonggang terbalik hingga keduanya tak faham, itu yang buat aku gelak pecah perut. Setelah hampir sebulan mengikut kerenah Mia barulah watak sebenarnya muncul. Orangnya sangat panas baran kadang tu tiba2 je dia jadi marah, semua perkara kena ikut katanya, kadang tu sebab aku masuk toilet kat pam minyak pun kena leter, katanya aku telefon awek dalam toilet tu....mana dia tau ni...? gila betul, banyak lagi perkara2 pelik yang dia tuduh aku, kalau dia marah payah nak berhenti, dia macam tak sedar apa yang diucapkan. Bahaya betul perempuan macam ni, perkataan bodoh dengan selamba je terkeluar dari mulutnya. Jiwa aku sangat tansion, tiap hari bergaduh. Punca utamanya kerana aku kurang curahkan kasih sayang katanya, aku jawab pulak, bila dah kawin baru boleh curah sampai melimpah pun boleh, kalau macam ni apa kejadahnya. kadang tu sebab aku pakai baju bola je jadi gaduh...(dia tak suka bila berjumpa dengannya tidak kemas) Yang bagusnya hanyalah bila nak kemana-mana, dia suruh bawa keretanya. (wira se baru)

Akhirnya aku nekad nak tarik diri dari hidupnya, buat apa ada awek lawa kalau hanya menyakitkan hati, pada malam Jumaat minggu berikutnya kami berjumpa, aku dah plan nak putuskan hubungan malam itu juga. Aku bertemu dengannya di Ampang kawasan rumah sewanya, malam itu, dia nampak cantik dengan pakaian serba hitam, bila nampak sahaja aku sampai, dia terus meluru kearahku, "Jom kita lepak kat KLCC" katanya, "takpayahlah, kita borak kat sini2 jelah"kataku. Belum sempat aku membuat ayat kedua, dia dah maki hamun aku tut, tut tut,..... (sebenarnya aku dah agak dah) Aku pun tekan minyak kereta kuat2 Vrommm, vrommm, vrommm,...lalu tinggalkan dia disitu sambil berkata "U cari jantan bodoh lainlah yang boleh jadi pak turut u", "kita putussss".... malam itu hujan lebat, kebanyakan jalan2 di sekitar kawasan perumahannya lengang, aku meluru dengan lajunya keluar dari kawasan perumahannya, tiba2 aku terpandang Mia berada dikerusi sebelah, dia memandang aku sambil berpeluk tubuh, pakaiannya seperti tadi. Aku yang terkejut lalu terbabas ke jalan arah bertentangan, nasib aku baik kerana  ketika itu tiada kereta lain yang lalu dikawasan itu. Setelah aku tersedar lalu terkeluar perkataan Allahhuakbarrr...keadaan menjadi normal kembali...aku menyapu-nyapu mata, betul ke apa yang aku lihat tadi? dada aku berdebar laju... aku perlahankan kereta bimbang kejadian buruk pula terjadi.



Setelah sampai dirumah badan aku menjadi seram sejuk, kejadian tadi masih lagi terbayang-bayang, banyak persoalan bermain dalam kepala hotak aku. Malam itu hingga esoknya aku demam. mungkin tubuh badan aku tak mampu menahan kejutan semalam. Hari berikutnya aku tugaskan Amran untuk menyiasat siapa Mia sebenarnya, dari hasil siasatannya Mia mengaku sendiri yang dia ada saka harimu  turun-temurun dari datuknya. Patutlah dia garam macam harimau, dah tu pulak macam tau je aku buat apa, nak kelentong pun susah. Seminggu setelah itu Mia call lagi, katanya saja nak bagi tau u yang mak i marah kat i sebab putus dengan u, mak i kata u budak baik, walaupun dia tak pernah jumpa u tapi dia dapat rasakan akan kejujuran u... Errrr...aku dah serik, lebih2 lagi dengan orang yang ada saka, nanti berjangkit kat anak aku pulak, macam citer waris jari hantu...