19.7.09

Micheal Jackson and I






Aku kenal MJ pada tahun 1983 hingga seterusnya 2009. Pada aku MJ ini seorang yg amat berbakat, unit dan mempunyai aura yg sangat memukau. Pada zaman kemunculannya ramai budak2 kampung aku terpengaruh dengan tariannya sampai ada yang sanggup mambawa radio kat tengah padang pastu menari ala MJ termasuk aku, Pengetua sekolah aku pula mengharamkan tarian ala Mj atau Break dance ini, sebab pengaruhnya dah melampau sangat.

Aku memang dah jauh terpengaruh dah, sehingga sanggup mengompol koleksi pakaian ala MJ seperti, kasut (hitam putih), jaket dan seluar macam MJ (seluar kiwi hitam supaya nampak macam kulit), gambar dia takpayah cerita, pantang nampak pasti potong masuk album khas utk MJ sahaja, pastu pulak fesyen rambut ala MJ yang berjuntai tu, sempat bertahan selama 3 tahun kat kepala aku. Kemunculan MJ dikaca TV amat di nantikan, kira wajib tonton punya.

Ada sekali tu, satu peristiwa pernah berlaku, yang menyedarkan aku betapa kuatnya aura MJ ini dalam hidup aku. Begini kisahnya,:
Pada hari ini dalam tahun 1987 ada live Gramy Award kat tv3, MJ dijangka akan membuat persembahan, aku Isa, J, Lan, Awi, Aya, dan Ijam member kampung KDSA apa lagi dah buat rancangan awal, rumah Sarip menjadi pilihan sebab TV dia besar, gambar terang, kedudukan stratigik emak dan ayah dia sporting, ada beli kacang goring lagi..

Apabila saat yg ditunggu2 itu tiba, MJ sudah berada diatas pentas untuk memulakan persembahan lagu "Man In The Mirror" tiba2 di hadapan rumah Sarip gempar suara orang memekik...jangan lari, jangan lari, aku dah nampak muka engkau..! (diikuti dengan sumpah selanah). Semua member yg tengah syok nonton tadi bingkas bangun belari keluar rumah utk melihat apa yg terjadi.

Yang peliknya, aku langsung tidak terganggu oleh hiruk-piruk jeritan itu, bagi aku MJ lebih penting, aku tidak akan melepaskan peluang ini, kalau hanya setakat orang mengendap sahaja tidak boleh menghilangkan fokus aku, kebetulan pula, aksi MJ memang memukau, bulu tengkok aku sudah lama berdiri, aku terpaku dibuatnya tak mampu untuk berganjak. apa2 hal selepas MJ nyanyi...kata hatiku.

Dipendekkan cerita, setelah itu, baru aku tau, rupanya suasana gamat tadi berlaku apabila ada sorang Mamat tu, sudah panjat rumah awek depan rumah Sarip kat seberang jalan tu, abang awek tu ternampak (kebetulan baru balik kampung), lalu dikejarnyalah Mamat tu keliling kampung. Mamat tu memang terkenal dengan jahatnya, rumah tu pulak bukan sekali dua kena panjat, malahan dah berulang kali, yang bestnya awek tu yang tolong bukakan tingkap, kali ni baru terkantoi, padan muka, kita orang bukan tak tau cerita, cuma tunggu masa yg sesuai je.

Memang mejoriti penduduk kg aku adalah mangsa banjir dari kampung berhampiran, KG KDSA in kira kampung baru dibuka, lokasinya di tanah tinggi, kalau banjir besar pun memang air tak sampai punya setakat nila. Berbalik kepada MJ tadi, aku dapat rasakan aura MJ menyerap sangat kuat dalam jiwa ini berbeza dengan member aku yang lain, tak tahu mengapa. Tapi yg aku terkilan sangat tentang MJ ni ialah apabila wajahnya selalu berubah sekejap hitam sekejap putih macam lagu dia jugak. susah nak ketagorikan samada dia ni kacak, lawa ataupun ayu, macamtulah kalau dah banyak duit.

Kini setelah 10 tahun masa berlalu apabila menonton semula video klip MJ, terbayang kenangan lalu, rasa nak gelak pun ada, orang semacam ini yang amat aku kagumi suatu masa dahulu. walaupun begitu rasa kagum kepada beliau tidak pernah padam sehingga kini, dialah satu-satunya manusia dikurniakan bakat yg luar biasa...

Berita perginya MJ telah gempar seluruh dunia, kedai2 keset, CD atau DVD sesak dikunjungi, lagu2 MJ atau klip videonya laris dijual sehingga ada kedai keset yg dah tulis besar2 "Lagu MJ Telah Habis Dijual". Rupanya hingga kini pengaruh MJ kepada dunia hiburan dunia masih berbisa...


(Alfatihah buat rohnya.....aminnn.)

Tidak ada komentar: