25.11.10

Aku Rupa Cina


Nama aku Rinn, (takda kena mengena dengan iklan minyak rambut tu..) aku bekerja sebagai pereka bentuk pewter di Selangor. Aku berasal dari Kelantan, Aku berketurunan Melayu, tetapi rupa parasku tak ubah macam cina dengan mata sepetnya. Kalau di bulan Ramadhan aku boleh makan dikhalayak ramai tanpa dipersoalkan oleh sesiapa.

Oleh kerana  rupaku begitu, aku memang ramai berkawan dengan awek cina, tambahan pula kat tempat kerjaku memang ramai pekerja cina, hanya dua orang sahaja Melayu. Berkawan dengan awek cina suatu pengalaman yang sangat berbeza dari sudut keterbukaan pendapat, sosial motivasi dan setia kawan. Sebenarnya aku ni pada amnya seorang budak kampung yang sangat pemalu tetapi lama kelamaan apabila aku selalu sangat bergaul dengan awek Cina sifat itu sudah mula hilang.

Nak dijadikan cerita,
Pernah sekali aku menghantar kawan sekerjaku kerumahnya pada suatu malam, (keretanya rosak) sesampai dirumah, ibunya membuka pintu sedang ayahnya memberi makan ikan emas, aku malas nak masuk sebab dah malam (11.00 mlm) tetapi ibunya menarik aku kedalam sambil bercakap dalam bahasa cina, (aku tak faham sepatah haram) lepastu anaknya menerangkan yang aku bukan Cina tetapi Melayu, barulah keluarganya faham. Tah bebetapa minit aku dirumahnya tiba2 hujan turun dengan lebatnya, aku sudah mula resah, "macamana mau balik, hujan sangat kuat"? tanya ibunya,.. "takpa  nanti berhentilah tuuu, kata aku, "kalau ini hujan tak berhenti juga, awak tido sini saja lo", moto awak bukan ada atap, nanti demam...susah,...kata ibunya. aku terdiam, belum pernah aku tidur di rumah orang bangsa Cina sebelum ini, diri terasa sangat janggal.

Sudah satu jam berlalu namun hujan tidak berhenti juga, anaknya Suzen turun dari tingkat atas dengan pakaian tidurnya, "tido sini sajalahhh...esok boleh kita pegi kerja sama2"...kata Suzen. "Betul ke ni"? tanya aku pada ibu dan ayahnya, keduanya setuju, aku berborak panjang dengan kedua orang tuanya, mereka ni sangat baik dan berfikiran terbuka, cuma aku sahaja yang masih kolot. Suzan cuma ada dua orang adik beradik sahaja, abangnya berada di Langkawi, jadi rumah coner lot dua tingkat itu didiami oleh mereka bertiga sahaja. Apabila jam sudah menunjukkan pukul 12.00 mlm. aku membetulkan sofar untuk tidur, melihat keadaan aku begitu, ibunya menegur, "awak mau tido sana ka?.. mengapa tidak mau tidur diatas,.... serentak dengan itu dia memanggil Suzen, (cakap dalam bahasa cina). Rupanya aku disuruh tidur dalam bilik Suzen, aku terkedu dan hampir tidak percaya, terfikir juga dalam hati, orang tua ni saja nak test aku ker hapa,...aku buat keras jer kat atas sofa, "takpa kat sini pun boleh" kata aku, tetapi apabila semuanya mendesak, kata nanti sakit leherlah, tak selesalah, tapi bagi aku itu dah sangat lumayan, kalau nak dibandingkan dengan rumah bujang aku lagi teruk,.. kat atas tikar jer... akhirnya aku mengalah sahaja, mengikut arahan ibunya itu, seperti lembu ditarik hidung, aku menaiki tangga menuju bilik Suzen dengan debaran yang amat sangat, berbeza sungguh budaya mereka ini seperti tidak boleh masuk akal yang kekampungan ini.

Bilik Suzen sangat cantik, dindingnya berwarna pink, perabotnya berwarna putih, katirnya besar dan kemas, berbeza sungguh dengan rumah bujang aku, lama aku tercegat dibirai katir hinggalah Suzan menegur, "mau tidur, tak mau tidur"?, akhirnya aku rebahkan diri di sebelah katirnya bahagian bawah, "mengapa tidur situ... ? tidur sinilah sebelah saya"...kata Suzen, ini satu lagi kejutan buat aku, aku jadi serba salah, namun setiap kata Suzen aku turuti, dengan perlahan aku merayap naik ke katirnya. Sebenarnya aku masih tidak percaya macamana boleh sampai ketahab ini, aku tidak boleh melelapkan mata, hanya terkelip2 memandang syiling, rupanya Suzen perasan dengan perubahan aku, diapun offkan lampu, bau perfums semerbak meresab masuk ke segenab kalbu, bermula dari situ aku dah mula rasa terbuai oleh mimpi2 indah, semua urat saraf sudah mula tegang, tah dari mana datangnya semangat juang tiba2 aku jadi sangat berani, makanan sudah terhidang apa lagi lahab jelah........

Pagi esoknya kami bangun awal, jam 5.30pagi sudah bersiap. Aku bingkas keluar bilik menuruni tangga berhati-hati dengan harapan supaya kedua orang tuanya tidak tersedar, sampai di ruang tamu, aku terkejut apabila kedua orang tuanya sudah ready dimeja makan, dalam hati aku berkata, celaka...betul... begini punya pagi diaorang ni sudah bangun, tak sangka betul, aku terpaksalah kemeja makan sekadarnya supaya keluarganya tidak tersinggong, aku dihidangkan dengan dua biji telur separuh masak dan roti bakar, "jangan risau ini makanan halal" kata ibu Suzen, aku makan tunduk jer, maklum sajalah orang buat salah. Dalam hati aku berkata, dia orang ni macam tau jer apa aku buat malam tadi, Tapi yang peliknya dia orang ni takda tanya sikit pun apa yang aku buat, yang dia orang tanya selesa tak tidur dibilik anaknya, Suzen pula macam biasa saja... dah biasa begitu kod.

Sejak peristiwa itu aku sudah mula rasa fobia, perasan berdebar bercampur takut selalu menghantui aku, aku selalu terfikir macamana kalau Suzen hamil kerana aku, dah tentu aku dipersalahkan oleh keluarganya, kat tempat kerja pula nama aku akan kotor, rasanya tak sanggup aku menghadapi semua ini. Bila aku suarakan pertanyaan aku pada Sezen, dia macam tak ambil kisah jer....dia jawab mudah jer...."pandai makan pandailah simpan", Hampir dua bulan aku jadi tak tenteram, bila masuk bulan seterusnya aku sudah mula rasa yakin bahawa Suzen tidak mengandung. Tiada perubahan pada dirinya. Aku lega dan akan lebih berhati-hati dengan Suzen. Mengikut pendapat kawan2 yang boleh dipercayai, kalau nak buat jahat kenalah cerdik, bawalah baju hujan kemana sahaja anda berada, mencegah lebih baik dari merawat....

Hari2 berikutnya aku semakin renggang dengan Suzen, sebenarnya Suzen bukanlah awek aku, dengan kata lain dia bukan test aku cuma sekadar kawan sahaja, Suzen faham situasi sebenarnya cuma yang terjadi dulu adalah lumrah manusia dan mengikut kehendak biologi, kata Suzen.
Bersambung.........

2 komentar:

Anonim mengatakan...

Tahniah, satu entry yang ampuh gitu....
Mulanya kita terkejut apa yang harus dibuat Si Mamat ini seterusnya Mungkin budaya mereka memandang gampang atau sepele isu itu. Satu perkara yang mematikan mood entry ini kekurangan rempah-ratus unsur-unsur romantiknya. Sepatutnya penulis memainkan mood yang simbolis seperti hujan turun makin lebat, engin motorcup semakin panas, bilik mandi air melimpah dan sebagainya. Ini menyeronokkan pembaca kerana pembaca blogger hanya seronok-seronok gitu...

Sheikh Mustafa kamal Alaziz

Anonim mengatakan...

bila mau sambung daa...