3.5.11

All about my son




Pada malam itu isteriku sudah mula sakit2, usia kandungannya terawal dua minggu untuk melahirkan babyku yang pertama.Sangkaanku itu adalah sakit2 biasa bagi orang mengandung, rupanya saat melahirkan sudah hampir tiba, ini terbukti bila ada titisan air ketuban sudah mula keluar. Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, Nak tak nak kami pun bertolak ke HUKM malam itu juga. Seperti yang diduga isteriku ditahan di wad bersalin, doktor menjangkakan pada keesokan harinya mungkin akan melahirkan. Sementara menunggu hari esok aku tumpang tidur di surau HUKM mana tau kalau aku balik terlepas pula waktu bersalin.

Di surau itu lapang, aircond sangat sejuk ada dua orang sedang lena berselubung dengan selimut putih. Aku ambil port paling tepi dekat tirai makmum perempuan, yang anehnya bila mata hampir lena, telinga terdengar suara seperti ada orang sedang membaca sesuatu, bila aku singkap tirai pemisah antara jemaah lelaki dan perempuan, alangkah terkejutnya aku kerana tiada siapa disitu, berderau darah hingga ke kepala, setahu aku yang ada hanya dua orang lelaki sedang nyenyak tidur dekat pintu masuk tadi. Ini mungkin jin Islam, kata hatiku, aku tidak pedulikan itu semua kerana aku tau dia tak akan ganggu aku. Walaupun begitu fikiran aku selalu terbayang orang sedang solatkan jenazah disini, tentu dah ramai bilangannya. Aku bungkus kepala dengan kain dan baring seperti biasa tetapi mata tidak juga mau lena, setiap detik yang berlalu semuanya aku sedar, malahan bunyi jam dinding surau berdetik itupun sangat jelas kedengaran, sehinggalah waktu subuh. Selepas subuh aku keluar dan cuba tidur dalam kereta, dapat juga lelap sehingga pukul 7.00 pagi.


Pada hari ahad tepat jam 1.15 tengahari lahirlah cahaya mataku yang di nanti-nantikan itu diberi nama Muhamad Zaqier Iffat, (hampir sebulan mencari, baru dapat nama ini). Disaat kelahirannya aku diberi peluang untuk menonton sendiri betapa jerih payahnya seorang isteri melahirkan anak, tambahan pula isteriku itu ada menghidap asthma, semakin sukarlah dia untuk melahirkan, aku melihat doktor Suraya yang bertugas tidak putus2 memberi semangat, " tarik nafasss...tinggi lagiii2... pusssh, pusssh, pusssh," tarik semula....." "dah hampir keluar dahhhh"... "cuba lagi" dah hampir 10 kali dah ayat itu diulang-ulang tetapi M.Zaqier tidak juga mau keluar. Aku sudah mula resah, dah beberapa kali aku keluar masuk dari bilik itu supaya debaranku hilang....namun dalam mundar mandir itu tiba2 ada seorang doktor pelatih berlari kearahku..."encik, encik...isteri encik sudah melahirkan..." Syukur Alhamdulillah....Aku tergesa-gesa mendapatkan isteriku dan babyku itu... ada suatu perasaan lain yang belum pernah aku alami meresap didalam jiwa ini bila melihat sahaja wajah babyku itu,...perasaan hiba dan syahdu tiba2 datang,  inilah pewarisku, inilah penghibur hatiku, mungkin inilah yang dialami oleh setiap orang bapa, kini aku sudah menjadi ayah, sudah pasti selepas ini hidupku berubah...


Setelah semuanya selesai, keesokan harinya isteriku dibenarkan keluar, baby semuanya ok, cuma ada kesan lebam dikepala, kesan vakium semasa baby ditarik keluar, itu cuma masalah kecil kata doktor. Semasa dirumah, aku lihat babyku semakin lemah, tanda2 demam kuning semakin teruk, ada orang syorkan supaya aku kenakan cahaya matahari, nanti kuningnya hilang, anehnya setelah tiga hari kuningnya semakin berat, akhirnya ibu dan anaknya sekali dimasukkan semula ke hospital, tapi kali ni aku memilih hospital Ampang, kerana lokasinya dekat dengan rumah. Semasa dalam wad kecemasan, doktor merasa hairan kerana tahab kuningnya sangat tinggi sehingga mencecah 368%, itu tahap bahaya, jika tiada penurunan darahnya akan ditukar dan ini sangat kritikal. Mendengar penjelasan doktor itu, isteriku menjadi hiba, (termasuk aku), dahlah nak dapatkan sorang ni kena tunggu dua tahun, bila dah keluar jadi macam ni, puas pulak aku tenangkan guna bahasa ulamak2. Jika dibandingkan dengan baby lain, baby kami kira lebih ok lagi, yang lain kebanyakannya menakutkan sehingga ada yang dada ditebuk, hidung masuk air, lahir tak cukup bulan, malahan ada yang lebih teruk lagi. Pada malam itu ujian darah menunjukkan ada penurunan sedikit, begitu juga pada ujian berikutnya, tetapi masih ditahap bahaya. Selama tiga malam di wad kecemasan dan pada malam yang ketiga itu kadar penurunan amat mendadak dibawah paras bahaya, doktor merasa hairan tak pernah terjadi begini katanya, "apa ubat you bagi dia" katanya, aku cakap pada doktor India itu, tak ada apa2 ubat cuma air jer, (air bacaan Yaasin). Kerana itu kami dipindahkan ke wad biasa yang lebih selesa, Zaqier masih diletakkan dibawah sinaran lampu khas yang suhunya mengikut suhu badannya.

Ada juga pengalaman lucu ketika aku di situ. Pada malam tu lebih kurang pukul 9.00 malam, aku ada hajat kat tandasnya, letaknya agak tersorok, aku sorang sahaja yang masuk pada masa itu, tengah sedap termenong tu tiba2 lampu tandas dimatikan orang, terasa gelap gelita sehingga pintu tandas pun tak jumpa, aku singkatkan hajat aku dan cepat2 untuk keluar, tetapi lampu menyala kembali, rupanya ada dua orang budak main2 kat luar tandas mungkin sangkanya tiada orang, bila dua budak itu masuk aku menyorok dalam bilik tandas paling hujung sekali, bukan budak rupanya tapi orang diwasa, terdengar "dummm...2 bunyi pintu tandas ditendangnya satu persatu, akhirnya dia masuk disebelah tandas aku dan yang sorang lagi disebelahnya, mulutnya tak habis2 bercakap, "ko buat apa tu Man berek ker'... samalah kita. lepas tu diulang lagi ayat yang sama, buat lawaklah konon (bunyinya macam orang Sabah/Sarawak), bila aku dah pasti dia orang kat dalam, baru aku keluar untuk balas dendam. Aku sendal pintu dengan penyapu supaya diaorang tak dapat keluar pastu aku padamkan lampu.... baru puas hati aku...biar dia rasa tidur dalam tandas malam ni, takda sivik punya orang....

Untuk isteriku terima kasih atas jerih payahmu..





 Berbalik kepada cerita tadi. Semalaman sahaja di wad biasa lepas tu kami dibenarkan keluar untuk pemeriksaan selanjutnya kami akan membawanya ke klinik biasa. Kini Zaqier dah kelihatan aktif, banyak minum susu ibu, gengaman tangannya sudah terasa. yang lagi satu perangainya dibawak sejak dari dalam kandungan lagi ialah suka menendang. bila melihat gelagatnya aku teringat bagaimana ibunya selalu mengadu sakit perut, baby kuat menendang katanya. Kini usia M. Zaqier sudah lima bulan, dia tumbuh sebagai baby yang montel dan comel.

Syukur Alhamdulillah............

Yang seronoknya bila aku tengok bola kat TV dia pun turut tengok tetapi kaki dan tangannya membuat aksi seperti berlari, macam tak sabar2 nak turut main bola sama..."sabarlah Zaqier tunggu besar dulu, nanti abah bawak pegi padang, kota main bola.


1 komentar:

Anonim mengatakan...

Dugaan itu akan mematangkan kita....