Aku mendirikan rumahtangga pada 8 May 2008 bersamaan 1 Rabiulawal 1429H. Kebetulan juga pada hari yang sama Pak Lah mengistiharkan Pilihanraya ke 12. Berikutan itu jugalah salah satu punca mengapa aku merah sangat dengan Pak Lah ni, nak umum tarikh Pilihanraya tiba2 je, pastu pulak ambil tarikh aku bersanding lak tu... kerana dia juga majlis perkahwinan aku menjadi kurang meriah, sebab ramai member aku tak dapat hadir kerana sibuk mengundi di kampung. Kerana Pak Lah jugalah masak aku kena perli dengan member ofis aku yang hadir masa tu, katanya, “Orang sibuk memangkah kertas undi kau sibuk memangkah bini”...yang aku tak tahan sangat tu, diaorang ni saja je perli aku kat depan pak mertua aku... (celaka betul)
Teringat lagi semasa aku bujang terlajak dulu, ramai oarang bertanya bila nak kawin?, aku akan jawab: belum ada jodoh atau orang taknak, atau awek yang cun2 semuanya dah kena kebas hingga tiada yang tinggal atau kau ada calun ke untuk aku, tanya aku ni?... tapi kisah itu sudah hampir dua tahun berlalu, sekarang ini soalan baru pula muncul iaitu, bila pula nak dapat cahaya mata?. Untuk menjawab soalan begini selalunya aku melihat kepada siapa yang bertanya. Jika yang bertanya itu orang yang dihormati, aku akan jawab, belum ada rezeki lagi, jika yang bertanya itu saudara mara terdekat, aku akan jawab, sedang berikhtiar, jika yang bertanya itu member ofis ke atau kakak2 otai, aku akan jawab, “Tengah Bancuh Simen”...
Bagi isteri aku soalan itu sangat sensitif. Ramai sangat orang bertanya soalan yang sama, bila dia balik rumah saja, dia selalu mengadu kat aku dilema yang ditanggongnya, apa yang aku boleh tolong selain dari bancuh simen...Bukannya kami tidak berikhtiar, malahan dah bermacam usaha dilakukan, antarnnya:, Pernah juga kami berikhtiar dengan menggunakan khidmat tukang urut, setakat ini dah tiga orang tukang urut, minum air di Pulau Dayang Bunting, dan yang terbaru, aku nak cerita kat korang ni pengalaman aku, berjumpa dengan doktor pakar sakit puan.
Sebenarnya dah banyak kali kami buat temujanji dengan Doktor Pakar ni (doktor lelaki), baru kali ni menjadi. Pada pagi itu macam2 digodeknya isteri aku, tak sanggup aku tengok, pastu pulak diberinya kami jadual. Jadual waktu subur katanya, jadualnya kelihatan seperti kalendar dalam masa sebulan, ada kotak2 yang perlu dipangkah, tetapi kena bersama dulu baru tanda X”, katan doktor sambil tergelak. “Jangan tanda X sahaja tampa usaha”, “kamu kena jujur dengan apa yang kamu buat” nanti bulan depan datang lagi jumpa saya bawak jadual ni sekali”
Pada bulan itu bermulalah kehidupan aku berpandukan jadual, setiap hari isteri aku akan menyemak jadual, mana2 kotak yang kosong perlu ditanda X, kalau tidak, dia akan laporkan pada doktor yang aku tidak berkerjasama. Bukan mudah nak tanda X pada jadual ni, rasa kelakar pun ada, kadang tu teasion pun ada, maklum sajalah aku ni bekerja dalam bidang penerbitan dah tentu kena stayback punya, bila dah kerja sampai larut malam, payahlah sikit nak dapatkan mood yang baik punya... Ada sekali tu nak dijadikan cerita, Dahlah sampai rumah 11.00 mlm pastu pulak kat TV ada live Liverpool vs M. Citi, ini siaran mesti tonton. Akupun apa lagi layan bola hingga tertidur, sedar2 je aku dikejutkan dengan suara harimau dari tingkat atas,
Isteri : “Abanggg....ada kotak kosong belum pangkah lagiii”...
Aku : “Awak pangkah sendirilahhh”...(nada marah)
Isteri : “Cakap dengan doktor kata abg tak kerjasama”
Aku : “Abg takda moodlah, penat stayback lagi...nak rihatlah”
Isteri : “Tengok bola tu larat sangat pulak”...
Aku : “Tengok bola tak guna tenaga, ini kira rihatlah jugak,...alah satu kotak je kosong tak kan tak boleh”,...
Isteri : “Apa nak cakap dengan doktor, bila dia tengok kotak kosong”...
Aku : Tipu je doktor tuuuu...
Isteri : Kalau tipu baik tak payah.
Aku : Aiiiiiiiiii celaka betul doktor ni, orang nak bersenang lenang pun tak boleh, takpalah esok abg pangkah dua kotak sekali...
Dalam sebulan tu sungguh tersiksa jiwa aku, pukul 10.00 mlm dah kena masuk bilik tidur. Banyak rancangan TV aku terlepas, ini semua kerana jadual doktor itu. Selama ini dalam riwayat hidup aku, jarang sangat aku tidur seawal itu,..menyampah betul, Kat ofis, aku cerita kat member tentang jadual itu sambil berbisik. Lepastu dia gelakkan aku kaw2 punya. Yang lagi best tu pulak tiap2 pagi dia akan tanya aku, apa macam, malam tadi ada pangkah jadual ke tidak?, tanya tak cover langsong, kat depan orang ramai je, dah jadi satu kerja aku menjawab, menyesal pulak aku cerita.
Selepas menjalani sebulan dalam delema dengan jayanya, semua kotak telah lengkap bertanda X, akhirnya doktor berkata, “jika pada bulan ini tidak berhasil, kamu terpaksa cuba lagi pada bulan berikutnya”. Cisss...Satu bulan aku dah meluat nak ikut, ini nak cuba lagi bulan depan. Isteri aku setuju je sebab pada pendapatnya jika mengikut jadual, aku menjadi lebih berdisplen tidur awal bangunpun awal. Bagi aku pula hidup begitu macam budak sekolah, dimana seronoknya. Lebih baik hidup dengan sesedap rasa, tidak terikat dengan apa2, nak bancuh simenpun sesedap hati baru seronok.
Sekarang ini aku tengah terfikir-fikir samada nak bancuh simen mengikut jadual atau sesedap hati. Mengikut nasihat member aku Liza,(bukan nama sebenar) usaha itu tangga kejayaan, kalau tidak berjaya jugak, berusahalah diatas tangga, mungkin itu TANGGA kejayaan.