17.3.10

Aku Dia dan LRT


Dulu semasa LRT dalam proses percubaan, ramai warga KL datang berpusu-pusu ingin mencuba perkhidmatan ini, ternyata LRT sangat selesa jika dibandingkan dengan perkhidmatan awam yang lain. Tambangnya murah, pastu pulak menepati masa dan didalamnya bersih tiada bau asap, itu yg penting bagi manusia macam aku yang alah kepada bau2 asap...


Kini LRT berjaya menjadi transport yg sangat penting di KL. Ada suatu kenangan manis ketika LRT ini masih lagi suam2 kuku, disekitar tahun 1999,ketika itu masih ramai lagi penumpang yang tidak begitu faham macamana LRT beroperasi, destinasi yg dituju dan macam2 hal lagi. Bukan orang hulu sahaja yg kurang mahir tentang LRT ini  malahan orang terpelajar pun ada yg tak faham apabila kali pertama naik,  contohnya sekali tu ada pelajar dari UITM naik, dia duduk  berhadapan dengan aku, dari tadi dia (perempuan) asyik pandang aku  saja, akhirnya aku tegur, "apa pandang2 tak pernah tengok org hensom ke", "bukan...abg nak kemana, ke perhentian Plaza Rakyat ke?..katanya. Rupanya dia tak tahu tempat nak berhenti, hasib baik ada hero yg sanggup menolong, panjang lagilah ceritanya tetapi bukan cerita itu yg aku nak sampaikan ni...

Ada sekali tu, pada hari ahad lebih kurang jam 10.00 pagi aku dari Ampang menuju ke perhentian PWTC, terpaksa kerja la pulak hari tu. Kisahnya bermula apabila ada sepasang suami isteri berketurunan China naik di Perhentian Cahaya. Kedua-duanya adalah "down sindrom", isterinya sedang hamil mungkin 7 bulan kot.. sebab dah besar gak perutnya aku tengok.. dia orang ni lain macam sikit, kerusi banyak kosong tapi tak mau duduk, pastu pulak dia buat LRT tu macam kat rumah dia je.....Kita orang yg ramai ni dia buat macam takda je.....berjalan dari depan sampai belakang, dua tiga kali, bila bercakap lain macam sikit bunyinya, dia dua orang sajalah yg faham, siapa pernah jumpa orang sebegini mungkin faham. Semua yang mengidap penyakit seperti ini, wajah mereka hampir sama walaupun berbangsa lain.

Pagi itu tidak begitu sesak, aku duduk di gerabak yang paling belakang sekali, dari situ aku dapat perhatikan gelagat pasangan "down sindrom" ini. Dari mula dia naik tadi, tak henti2 mulutnya berborak, ada mamat kat depan aku tu bagai nak pecah perut gelakkan gelagat DS (down sindrom) ni, aku tumpang sekali, apa tidaknya kadang tu dia ikut bunyi loceng, kadang bergayut, kadang buat2 nak jatuh, menyanyi, banyak lagi aksinya malas nak cerita...

Dalam tengah sedap beborak tu tiba2 aku tengok suaminya panik, dari tingkahnya fahamlah aku, yg dia sebenarnya terlepas tempat berhenti. Disebabkan kecuaian itu pasangan DS ini lantaknya bergaduh sama sendiri, masing2 salah-menyalah, tak lama lepas tu stesen berikutnya adalah Bandaraya, si suami ajak isterinya turun disitu tetapi si isteri tak mahu lalu terjadilah adegan tolah menolak, tah macam mana tiba2 si suami terkeluar dari LRT lalu pintunya tertutup. Keadaan semakin tegang apabila si isteri terjerit-jerit dari dalam meminta pintu dibuka, dia memukul-mukul pintu sambil melolong, sementara suaminya dari luar mengejar LRT, pagar penghadang landasan habis dilompatnya, berikutan dengan itu juga pegawai keselamatan yg peka dengan keadaan itu mengejarnya dan berhasil menangkapnya. Dari jauh mungkin lebih kurang 50 meter dari situ perjalanan LRT perlahan dan berhenti sebentar disitu, mungkin pegawai bertugas mematikan arus elektrik pada landasan ketika adegan kejar mengejar tadi. Habis kisah si suaminya disini...

Berbalik kepada si isterinya pula, keadaan panik masih lagi belum reda, dia memekapkan mukanya dicermin belakang sambil memanggil suaminya, masa tu ada juga dua tiga orang memujuknya, supaya tunggu je kat stesen berikutntya nanti suaminya sampailah, tetapi semuanya tak jalan, aku yg duduk berhampirannya sudah mula risau...nanti beranak pulak minah ni kat sini... apabila LRT sampai sahaja di stesen Sultan Ismail si isterinya ini jatuh pengsan, apabila pintu LRT dibuka ada dua orang pegawai bertugas datang kesitu, mungkin beliau sudah mendapat maklumat dari stesen sebelumnya, si isteri malang itu dibawanya turun. Tamat kisah si isteri DS di sini.

Semua peristiwa ini berlaku dihadapan mata, rosak mood untuk berkerja hari itu. Kusut fikiran aku mengenangkan kisah sadis pasangan DS ini, kasihan sungguh bagi mereka yang mengalami nasib begini, beruntunglah bagi mereka yg sempurna akalnya.