19.6.11

Melancong vs Melencong


Baru2 ni heboh kawan2 bercerita tentang pengalaman mereka setelah pulang dari bercuti, semuanya menarik belaka. yang tak menariknya cuma duit je kurang... Musim cuti sekolah begini kebanyakan tempat2 peranginan penuh sesak. Kepada mereka yang tinggal dikawasan berhampiran dengan tempat peranginan ada juga yang menjadikan rumah2 mereka untuk disewakan kepada pelancong. Sehari semalam kalau rumah teres satu bilik, RM150, (yg kami sewa ari tu) kena pandai cari... harganya berbeza-beza. Bagi awok tempat bermalam tidak menjadi hal yang penting boleh mandi laut, boleh ronda2 keliling cari 'souvenier'. Soal tempat tidur selesa atau tidak itu perkara kecil, tapi itu kata awok..., macamana pula pendapat pasangan kita yang tak lasak langsung...


Baru2 ni kami ada jemputan kenduri kawin sepupu sebelah bini aku kat Johor. Dari sana terus ke Melaka, untuk bermalam hajatnya untuk tujuan riadah esoknya. Kami bertolak jam 3.30 ptg, pemandu pelancong kami "Biras aku" dilantik menjadi ketua rombongan, seperti biasa sesat entah kemana, dah pukul 8.00 malam baru jumpa destinasi yang hendak di tuju. Jam2 yang sebelumnya dihabiskan diatas jalan raya kerana salah maklumat dan jalan sesak. Bila sampai ketempat peranginan yang diidamkan budak2 yang semuanya bersekolah rendah, tertanya-tanya betul ke tempatnya ni...kata ada swimming pool,...ini macam rumah stinggan jer...budak2 kan jujur, bercakap mengikut rasa. Sebenarnya mereka membayangkan suasana yang lebih indah... dengan swimming pool yang cantik, hotel yang mewah macam kat dalam TV. Hajatnya nak masukkan dalam FB semua gambar yang menarik, biar kawan2 tengok, kalau tempat tak cantik, buat malu jer... kawan2 semuanya pergi tempat cantik. macam Disneyland, Langlawi paling bangsat pun P.Perhentian. Budak2 zaman ni "demand" lebih bukan faham hotel tu kosnya berapa, mampu atau tidak orang macam awok ni, tau nak seronok jer.. Nak kelentong budak2 ni, mudah  jer...cakap semua hotel time cuti sekolah ni penuh,...yang penting dapat mandi laut bukan nak tidur. Pilih mana nak, balik rumah atau tidur rumah sewa ni, pastu esok pagi boleh mandi laut.  bila  kena ayat macam ni semuanya cair...Ini namanya bijak berbelanja bukan kedekut.


Ada sorang kawan hobinya suka melancong, tiap2 hari gambar percutiannya masuk dalam FB sampai naik meluat nak komen, kalau sekali-sekala tu boleh tahan lagi, tapi bila dah tiap2 hari dah jadi riak lah pulak..  kalau setakat makan angin kat Melaka macam awok, mampus kena gelak dengan dia je, itu belum cerita tentang rumah yang kami sewa lagi, kalau dia tau, berguling-guling dia gelak.

Tertarik dengan cerita seorang Otai, kisahnya sudah lama sekitar 10 tahun ketika bercuti ke Thailand. Mereka pergi dalam rombongan lebih kurang 15 orang. Apabila berada di Kota Bangkok semuanya bebas, otak jadi free, tiada pencegah maksiat. Semua tempat yang hot2 nak cuba termasuklah pub, rumah urut dan sebagainya. Kalau kita jadi pelancong,  lagak mesti mau lebih... nak order minuman kat pub pun kena ada style... baru orang respect sikit. Ada yang lucu terjadi bila salah sorang dari mereka order air skyjus, dah tu bila dah dapat komplen pula kenapa airnya tawar, rupanya perkataan skyjus itu baru didengarnya kat situ, sangkanya air yang akan sampai tentu hebat2 sehebat namanya, rupanya hanya air sejuk... (dah 20th berlalu ceritanya masih jadi bahan lawak)


Ada lagi kisahnya, kali ini pengalaman mereka di rumah urut. Malam itu mereka tiba agak lewat, kebanyakan awek Thailand yang cantik molek habis ditempah pelanggan, (Mat Arab mendahului peserta lain) mereka hanya dapat melihat aksi2 pertunjukan dan pelayan2 yang cantik berbaris bersama nombor masing2 dari jauh sahaja. Ada dintara mereka sudah mula tertawan. Semangatnya berkobar-kobar, sasaran sudah ada, perempuan itu sangat menawan, standard Era Fazira, kulitnya halus putih bersih, rugi kalau melepas. Rupanya dia terlambat malu2 kucing dan banyak sangat fikir dah orang lain kebas dulu...betapa terkilannya dia pada malam itu, sumpah seranahnya berbakul bakul. Pada keesokan paginya ketika ramai yang masih tidur, dia sudah mengatur rancangan, dengan pakaian segak dan rapi dia dan temannya berjalan menuju pintu seperti tikus, supaya tiada yang tersadar, (sebenarnya ada yang tersadar, cerita ini dari dia) Pagi itu apabila semuanya sudah ready untuk bersarapan si M dan si Z tiada, tahulah mereka kemana halanya mereka ini... dua jam kemudiam si M dan si Z muncul dengan mood yang lagi teruk dari semalam. Ada yang menegur, semalam berkobar-kobar sangat, bila dah dapat tak puas hati pulak..apa hal...

Begini kisahnya mengikut empunya cerita; Apabila sampai dirumah urut itu, kami terus tempah nombor awek semalam no (46) dan no (47), nombor yang tidak akan kami lupa sampai mati, itulah awek yang paling cun melecun kat situ malam tadi, lalu kami disuruh tunggu di dua bilik khas yang disediakan untuk diurut. Minuman teh china panas disediakan, dalam laci disediakan kondom cap trojen, sementara menunggu kami disuruh menanggalkan pakaian, hanya memakai tuala sahaja, dalam keadaan berkemban itu, kami sempat bersembang sambil gelak ketawa apabila sampai kepada topik tentang senaman harimau dan tahan pernafasan supaya tidak mudah tewas apabila bertarung nanti. Tak lama kemudian  pelayan pun sampai, pada ketika itu lampu dinyalakan sangat malap, prisis waktu senja layaknya. Pelayan itu menunjukkan nombor yang kami order tadi, (dengan lorat Siam + Kelantan) "Abe hok ni ko yea mitok nombo kito...?, kami angguk kepala, bila dah ready, pelayan pun masuk, pintu pun di kunci, kami disuruh tertiarap diatas tilam lusuh itu, lalu minyak diratakan diatas belakang, baunya harum semerbak menaikkan berahi. Ini pertama kali mendapat layanan yang hangat, perasaan bergelora tidak berhenti sejak tadi, tetapi hati ini berkata sabar... apabila kedudukan tadi diubah supaya terlentang, barulah dapat menikmati wajah pelayan lebih jelas dalam kesamaran lampu bilik yang malap itu.Terkejut besar aku pada ketika itu, seperti melihat hantu, bila melihat pelayan yang sedang melayan kami, rasa nak muntah pun ada, rupanya pelayan yang datang itu orang lain, dahlah tua tak lawa pulak tu, patutlah lampunya malap, nak tutup rahsia rupanya.

Dipendek cerita, rupanya mereka sudah bertukar shif. Yang sicantik manis itu hanya bertugas pada waktu malam, yang situa bangka ni bertugas pada waktu pagi hinga tengahari, time itu tak ramai pelanggan sebab tu dia letak orang yang alakadar jer.... Kami terlopong mendengar penjelasan yang panjang lebar dari penjaga kuanter itu, ada tulis kat situ besar2 kami je yang tak perasan dah kemaruk sangat jadi kelabu mata. Angan2 dan semangat kami dari malam tadi terpadam menjadi dendam. Apabila dah jadi begitu kami berdua terpaksalah merelakan sahaja tubuh kami diurut oleh si tua itu, dalam hati ini terbuku perasaan tidak puas hati,  kalau kami cancel takut pulak, bonser sudah tunggu kat luar.... dari tadi usha kami kalau ada kecoh, duit tidak akan dikembalikan....kawan yang sorang lagi tu sempat berteriak dari bilik sebelah, "kelapa tua pun santan banyakkkk"... sambil gelak2 kecil yang sangat menyakitkan hati.

Bermula dari situ, sapanjang kami berada di Bangkok gelak ketawa tak habis2, kemana pergi cerita ini pasti diulang-ulang sampai aku naik meluat, bukan setakat habis disitu sahaja, malahan melarat sampai ke KL.