11.10.09

Ragam Aidilfitri




Suasana meriah di bilik CTP/CTF, musuh ketat; An2, Aku, Liza, Ayie dan Jambu.

Adoiii... penatnya, hari2 kena pergi rumah terbuka, jauh2 jauh pulak tu... dahlah jalannya punyalah jem, kalau tak pergi, nanti diaorang tak datang rumah aku pulak bila aku buat open house. Beginilah hidup warga KL, bila ada open house baru datang rumah. Yang member aku sorang ni, time orang buat open house, dia lantaknya kawin. Kebetulan pulak tunang dia jenis kurus, lepas bulan puasa lagi kurus, budak2 ni kutuk kat belakang2, "kalau nak cari bini tu biarlah yang berisi sikit" "yang ni bayar je mahal bukak kosong." (celaka betul sape yang cakap tu) 


Bagi aku Aidilfitri pada tahun ini terasa lebih bermakna kerana ada beberapa peristiwa lucu yang memeriahkan lagi sambutan itu.

Peristiwa Lawak I
Ketika aku dan isteri berkunjung kerumah saudara aku di Hulu Langat, pada ketika itu sudah masuk waktu Maghrib, jadi aku tumpang solat disitu, isteri aku pulak terus ke dapur untuk menolong apa yang patut. Selesai solat, aku dihidangkan beberapa juadah seperti buskut kering dan air teh o panas. Walau pun ketika itu mood untuk makan, memang takda langsung, bukan kerana juadahnya yang kurang menyelerakan tetapi perut sudah penuh. Hanya air saja yang boleh menampung seteguk dua. Isteri aku menuangkan aku hanya suku gelas air sahaja sambil merenong aku, “apa tengok, tak pernah tengok orang hensiom?” kata aku, dia diam saja mungkin segan dengan tuan rumah yang duduk di keliling meja bulat, mamun gelasnya dibiarkan kosong. Walaupun begitu aku hanya memerhatikan sahaja mungkin dia dah banyak minum di dapur tadi. Oleh kerana waktu itu sudah jam 9.00 mlm aku terpaksa memendekkan masa disitu, dan bergegas pulang.

Semasa dalam perjalanan pulang, barulah terbongkar rahsia, rupanya ketika Isteri aku didapur tadi dia melihat suatu pengalaman baru. Cara isteri tuan rumah membancuh teh o. Sudip kayu yang di gunakan untuk memyenduk nasi di terbalikkan (bahagian hulunya) digunakan untuk memutar gula dan teh di dalam tekoh. Patutlah aku tengok berminyak je teh o tadi. Yang isteri aku hairan sangat tu, semua perbuatannya itu selamber sahaja dihadapannya. Bila tengok semua sudu takda yang bersih, lepas menyenduk nasi untuk anaknya, senduk itu juga digunakan untuk membancuh teh o. Nak jimatkan tenaga semuanya nak 2 dalam 1. Aku tak dapat komen banyak tentang beliau ini, dah memang dia begitu. (Habbat sangat_lorat PHG)

Peristiwa Lawak 2
Pada 14 Syawal (Sabtu) member lama nak datang ke rumah beraya, bukan dia sahaja nak datang bertandang ramai lagi, tetapi semuanya pada sebelah petang. Jadi dia diutamakan, lagipun ini kali pertama dia datang kerumah. Memu pada hari itu special, nasi tomato, nasi briyani, serta lauk-pauknya. (tah apa akupun tak tau namanya). Tepat jam 1.00 tengahari tetamu yang dinanti tiba. Member aku yang sorang ni, memang banyak kenangan bersama aku, aku kenal dia sejak tahun 1993 lagi, ketika itu kami sama2 bertugas sebagai designer di Karangkraf. Yang menarik lagi bila tarikh kami berkahwin adalah sama iaitu tarikh pilihanraya 2008.

Nak dijadikan cerita bila semua lauk-pauk telah dihidangkan, tiba2 isteri aku dengan kelam-kabutnya memanggil aku kedapur, rupanya, nasi belum masak lagi, periuk nasi tiba2 je rosak. Time ni lah nak rosak, pada tahun lepas gas habis time gini jugak. Takda pilihan lain lagi, terpaksalah aku keluar membeli nasi briyani mamak punya. Cis...celaka betul...tebal muka aku aritu, tetamu makan nasi tapaw, nasib baik semua lauk-pauknya tidak menghampakan...




Peristiwa Lawak 3
Baru2 ni tempat kerja aku buat samburan Aidilfitri. Sambutan itu dibuat pada hari Jumaat, bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 12.30 tengahari. Persiapan telah dirancang lebih awal, banyak acara telah diatur seperti cabutan bertuah, pakaian paling bergaya untuk lelaki dan perempuan dan lakonan sepontan. Suasana pada hari itu terasa sangat hambar, banyak kerusi kosong, makanan seperti kurang diusik. Sambutan yang dijangka meriah rupanya kurang mendapat sambutan. Rupanya ahli warga kerja telah memulau majlis itu berikutan keenganan pihak pengurusan memberi perlepasan kepada staf yang bekerja di sif petang disatukan menjadi satu sif sahaja di sebelah pagi. Aku yang menyaksikan peristiwa lawak itu merasa terkilan, mengapa pihak pengurusan syok sendiri, tidak memikirkan staf yang berkerja di sif petang. Yang lucunya apabila nombor staf yang dicabut kononnya nombor bertuah, tidak tampir kehadapan dan terpaksalah urusetia mencari nombor lain berulang kali. Pemulauan ini memberi tamparan hebat kepada pihak pengurusan dan majikan apabila ramai mereka yang hadir bersungut, tidak meriah.