24.3.10

Cinta Itu Buta

 
Baru2 ni aku terserempak dengan kawan lama, entah macam mana boleh terjumpa pulak. Dia ni pernah menjadi penolong editor buku teks dua tahun dulu, kini kembali berkhidmat di KL.  Minah (bukan nama sebenar)  memang kelakar orangnya, sangat jarang orang perempuan punya perangai camni... layak masuk Raja Lawak.

Bila dia ternampak je aku lalu, dia terus jerit dari jauh..... Sabbbbbbbbb!!!.......padahal masa tu kami dalam Maybank, panggil perlahan pun boleh dengar. Dia ni jumpa aku buat macam ternampak emas berlian je... mengejutkan, ingatkan ada perompak. Selepas berborak lebih kurang disitu, kami sambung lagi bersembang di KFC depan Maybank.

Minah ni memang pelik sikit, dia menceritakan kisah cintanya dengan panjang lebar. Barulah aku tau rupanya dia kecawa bercinta, patutlah tubuhnya nampak kurus sedikit. Walaupun ceritanya didengar nampak macam sadis, tetapi dia menceritakan dalam suasana gelak ketawa, cerita sedih bertukar menjadi cerita lucu, dia ni memang pandai bercerita. Kira aku respect gak la ngan  minah ni. Maklum sajalah editor...

Begini kisahnya.....Pada tahun 2007 dia dinaikkan pangkat dan mendapat tawaran berkhidmat di Johor, disana beliau sebagai editor kanan, salah seorang rakan sekerjanya adalah Oku (buta). Mamat oku ni bekerja sambil belajar (ambil master) dan dia sudah berumahtangga dan belum mempunyai anak. Bila Minah ni cerita begitu, lalu aku bertanya, “kenapa dia tiada anak, dia mandul ke?”. . Tah... tak jumpa kot....!!! sampuk Minah ni dengan selambanya, gamat tempat tu dengan gelak ketawa kami...

Di pendekkan cerita, akhirnya Minah ni terjatuh hati dengan Mamat oku ni, bila ditanya macamana dia boleh jatuh cinta, jawabnya mudah saja, kerana mereka selalu bersama kesana-kemari sambil berpimpinan tangan, menolongnya mencari bahan editorial serta nenyiapkan assignmentnye dan yang paling penting sekali wajahnya boleh tahan juga, jika dia tidak membawa tongkat memang tidak kelihatan kelemahannya. Minah ni pulak, punya perangai dia ni suka apabila pasangannya sentiasa ada dihadapan batang hidungnye, kena sangat lah tu... Mamat Oku ni sangat mengambil berat, pandai memujuk, banyak lagilah sifat romantisnya yg mengalahkan orang celik. Sememangnya Minah ni tak pernah ada boyfriend sebelum ni, sebab tu bila kena ayat power sikit terus cair.

Dalam tempoh mereka bercouple tu, banyak pengalaman baru yang dilaluinya yalah nak melayan karenah orang Oku bukannya mudah, kadang tu sifat sensitifnya tak menentu, yang  peliknya tu Mamat Oku ni sangat terang hatinya, bila aku berbual dengannya kadang tu saja aku tinggalkan dia sorang2, biar dia bercakap sendirian tetapi anehnya dia macam nampak kelibat aku, dan lagi dia boleh tau ada berapa orang dalam sesuatu tempat. Dia melihat menggunakan aura. Lagi satu kelebihannya ialah mudah mengingat sesuatu, ataupun mengenal suara orang, walaupun orang itu dah lama tak jumpa... Aku suka melayannya berbual, kadang tu aku saja stayback semata2 untuk berbual dengannya. Masa aku banyak dihabiskan bersamanya, lebih2 lagi keadaannya begitu membuatkannya sukar untuk mendapat maklumat. Akulah yang sanggup memimpimnya kemana saja jika perlu.  Bila aku duduk sorang-sorang tu terfikir juga, betul ke tindakan aku ni, apakah dah takda orang lain yang boleh aku jadikan boyfriend selain dia...sungguh aku dalam dilema masa tu.

Dalam tahun kedua bersamanya, barulah nampak sedikit perubahan perangai pada mamat ni. Dia selalu menggunakan aku untuk kepentingan peribadinya. Ini termasuklah meminjam duit, menyuruh aku mengambil isterinya dan menghantar kesana kesini, siapkan sebahagian dari kerja-kerjanya tetapi yang paling membuatkan aku tersedar apabila aku dijadikan sebagai banker dia, apa2 yang dibelinya, kadang tu diluar pengetahuan aku, sedar2 je bil dah sampai kat ofis. Apa lagi mengamuk la aku satu hari tu.

Aku cuba tanya Minah ni....... ada tak kesempatan lain yang diambil oleh Mamat tu...? Jawapannya ada..!!! "Cerita la cepat", kata aku. Begini kisahnya.......sekali tu aku hantar dia balik ke rumahnya, masa tu dah pukul 12.30 malam hujan pulak tu, isterinya ada dirumah jadi aku tak takut dipandang serong oleh orang sekeliling. Malam tu aku bermalam dirumahnya, dia dan isterinya beria-ria sangat menahan aku supaya jangan balik, isterinya memang baik dengan aku, dah lama kami kenal. Rumahnya ada dua bilik, aku selamat berada dibilik sebelah, kata tuan rumah. Malam tu aku tak dapat tidur jadi masa yang ada aku habiskan dengan membaca novel, tak lama lepas tu mamat tu masuk, aku pura2 tidur, tapi sebenarnya mata aku celik, kau taulah sebabnya kan....., "yalah,... sebab dia tak nampak  mata engkau",...kata aku. "tau takpa" jawabnya. Aku tengok semua tingkah lakunya. Dia duduk dibirai katil, tangannya merayap kesana sini, akhirnya dia cuba untuk mencium bibir aku yang indah ini, (masa bercerita tu dia muncungkan mulutnya). Sebelum ayatnya habis aku dah gelak...kah kah kah..!!! macamana rasanya ciuman orang seperti itu, tentu lebih hangat, kerana auranya kuat...kan... Tidak...!!! aku tidak benarkan...kata Minah tu tegas, belum lagi bibirnya hinggap di bibir ini, aku sempat menghadang bibirku dengan novel itu,  jadi bibir ini selamat. Dengan itu taulah dia yang aku tak suka, dia terkejut dengan tindakan aku, sangkaannya aku tidur, lalu dia bertanya “kenapa belum tidur lagi, banyak nyamuk ke?” “takdalah, baca novel”, kata aku, lepas tu dia terus berlalu dari situ. Mungkin malam itu dia tertipu dengan lampu, sangkanya lampu sudah terpadam, mudahlah baginya melakukan sesuatu... itulah kelemahan yang belum dapat diatasinya. Aku bertanya lagi...mengapa semasa dia raba  tu..., ko diam je, jawabnya sebab tak mau bising, nanti isterinya dengar, malu besar aku...dan semasa dia hendak cium aku tu...hampir aku biarkan saja tetapi bila nampak bibirnya berminyak dan bergerak-gerak timbul rasa loya tekak aku...katanya dalam ketawa. macam tu pun ada, payah betul dengan ko ni...kata aku.

Hari berikutnya setelah exam nya selesai, aku buat keputusan nekad, aku memohon bertukar ke KL semula,  Alhamdulillah, aku diterima, cukuplah pengalaman aku di Johor setakat ini, bukan aku tidak kasihan dengannya, tetapi bahagiakah hidup aku kalau hanya bersandarkan kepada simpati, sebenarnya perasaan cinta masih belum hadir 100% lagi walaupun sebenarnya aku boleh menerimanya. Azam aku supaya dia berjaya sudah tercapai, biarlah dia meneruskan hidupnya tampa aku. Kini bagi aku manusia itu sama sahaja tak kiralah dia Oku atau pun tidak, bila ada kesempatan tentu kita akan dipergunakan. Biarlah aku pasrah sahaja, jodoh pertemuan itu akan hadir juga bila tiba masanya... aku ada kerjaya, setakat ini kerjaya aku belum boleh dibanggakan lagi.