Rasanya seperti sekejap sahaja berada di tahun 2009, kini tahun 2010 pantas meninggalkan kita hari demi hari pula. Pada tahun lalu ramai kawan2 disekeliling kita telah meninggalkan kita dan tak akan kembali lagi......semuanya berlaku tanpa disangka-sangka. Walaupun begitu kita tetap begini, tidak terlintas sedikit pun bahawa kitalah yang seterusnya. Amat susah untuk menginsafkan diri, kalau ianya ada, hanyalah sebentar sahaja. Baru2 ini ada lagi kawan terdekat aku yang meninggal dunia, ketiga-tiganya belum lagi umurnya mencecah 40an. Perginya mereka ini amat terkesan dihati aku, mungkin masa aku telah hampir, tambahan pula sejak kebelakangan ini aku sering mengidap penyakit asthma secara tiba2. Amat berbeza petua orang tua, jangan disebut-sebut soal mati, tak baik nanti jadi sungguh. Sabda Nabi kita pula, Orang yang mengingati mati sehari semalam dua puluh kali akan dibangkitkan bersama para syuhada, adapun sebab keutamaan semua itu adalah kerana mengingati mati itu membuat seseorang tersedar dalam tipuan dunia serta mempersiapkan diri untuk itu" .
Aku ni bukannya alim sangat nak bercerita soal ini semua, ia hanyalah sekadar intro sahaja untuk cerita tauladan sempena sambutan Maulidul Rasul ini.
Ada satu peristiwa dalam hidup aku walaupun ianya tidak nyata tetapi amat jelas dan terkesan sekali. Sebenarnya ia hanyalah sebuah mimpi. Mimpi terbahgi kepada tiga kategori iaitu mimpi para nabi, mimpi orang alim atau wali Allah dan mimpi orang kebanyakan. Walaupun mimpi aku ni termasuk dalam carta mimpi orang biasa, tetapi ianya bagi aku amat luar biasa, kerana aku jarang sangat bermimpi.
Macam ni mimpinya: Malam tu aku tinggal seorang di rumah, orang lain entah pergi mana banyak hal kut, bila sorang2 begini kadang tu teringat juga bila ada seseorang bercerita pernah terserempak sesuatu disini. Malam tu tah mengapa hati terasa berdebar, bulu roma tegak berdiri, perasaan takut mula mengusik. lalu aku lepak depan tv atas kerusi panjang hingga tertidur tanpa off kan tv.
Tiba2 aku tersedar, sambil baring terlentang, suasana semuanya berubah, rumah itu menjadi gelap-gelita, tanpa atap hingga nampak awan, mata aku terbeliak memandang sekeliling, bila aku memandang keatas tiba2 muncul lembaga yg sangat besar dan bengis, kepalanya santak hingga ke 7 lapis awan, matanya semacam dari api yg menyala, tangannya hampir memegang kepala aku, aku menjadi kaku, dalam hati berkata ini mungkin Malaikat Maut, habislah riwayat aku kali ini. Lembaga itu tiada berkata apa2 cuma duduk bersila disisi kepala aku sambil merenung tajam kearahku. Tiba2 seperti ia menarik sesuatu dari kepalaku (guna aura) roh aku mengikut tangannya. Selepas itu fikiran aku melayang entah kemana, bila aku sedar kembali aku seperti berada didalam suatu tempat yg sempit, aku cuba meronta-ronta ternyata itu adalah lubang kubur, aku dapat rasakan tanah2nya yg lembap berada disekelilingku, badanku dibaluti kain putih, aku cuba menjerit tetapi tak berdaya. Pada masa itu barulah aku terfikir semula akan banyaknya dosa2 aku selama ini, air mata aku keluar bercucuran, tubuh aku menggigil ketakutan, tak sangka, sangat awal aku ke sini. Penyesalan terasa teramat sangat. Aku nampak kembali cerita2 lama, banyak sangat yg tidak baik.
Dalam gejolak fikiran yang bercelaru itu tiba2 aku dikejutkan dengan suara guruh yang kuat serta diikuti dengan hujan lebat, bunyi percikan air hujan itu amat jelas sekali, dengan perlahan-lahan tempat itu menjadi cerah semula, bila aku buka mata lagi, alangkah terperanjatnya bila melihat suasana seperti sedia kala, lampu banyak yang terpasang tv tak off, dan hujan lebat diluar serta kilat memancar.
Dengan itu barulah aku sedar tadi hanyalah mimpi. Aku bingkas bangun ketika itu jam menunjukkan pukul 3.30 pagi Jumaat. Pada ketika itu badan aku masih lagi menggigil, air mata tadi belum kering, nafas mengah, badan aku lembik, peluh membasahi badan, mimpi itu seperti nyata. Setelah reda sedikit, aku mengumpul kekuatan untuk bangun berdiri lalu menunaikan solat Isyak yang hampir lebur akibat hanyut dengan tipu daya dunia. Sejak itu aku banyak termenung mengenangkan mimpi itu. Kalaulah benar2 itu terjadi amatlah rugi hidup ini, benarlah sabda Rasululah saw, " Dunia ini adalah tempat bercucuk tanam untuk kehidupan akhirat. Maka barangsiapa yang menanam kebaikan, maka ia akan memetik kebahagiaan, dan barang siapa menanam keburukan, maka ia akan memetik penyesalan". Selang beberapa minggu selepas itu dan secara kebetulan, bapa saudara aku menasihatkan aku supaya belajar agama bersamanya, itu sahaja jalan terbaik buat aku supaya bersedia untuk mati. Katanya, sebelum kita mati betul2, eloklah kita belajar dulu cara mati itu, rasakan suasana mati supaya hati kamu tidak mati sebelum mati itu datang.
Selamat Menyambut Maulidul Rasul....
Selamat Menyambut Maulidul Rasul....