24.8.10

Fobia

Fobia boleh diertikan dengan "takut" atau "ketakutan menggerikan", satu ketakutan yang tidak waras, kuat dan berterusan situasi-situasi tertentu, aktiviti-aktiviti, benda-benda, binatang-binatang, atau rakyat. Simptom utama kecacatan ini ialah keinginan berlebihan dan tidak munasabah untuk mengelak takut perangsang. Bila ketakutan melebihi satu kawalan. Ini difinasi fobia kalau mengikut kamus DBP.


Bagi mereka yang fobia sudah tentu ada peristiwa yang sangat terkesan pernah dialaminya. Pada kali ini aku cuba petik beberapa kisah macamana mereka mengalami fobia,






Kisah Pertama

Pernah sekali tu aku beraya dirumah member aku kat Kerdau Phg. Bila kami sampai pada petang itu, tetamu masih penuh dimeja makan, jadi kami duduk bersila diatas tikar di ruang tamu, sementara itu tuan rumah (awek cun) memunggah kuih-muih kepada kami satu persatu. Sedang asyik berborak sesama kami tiba2 ada seseorang baru sampai duduk bersama kami, kelihatannya sangat berwibawa dan ramah pula, baru kenal sudah mesra, diantara kami dialah yang paling menyerlah dan menguasai perbualan. Kami edarkan minuman kepadanya begitu juga kuih-muih yang terhidang. Bila seseorang menghulurkan kepadanya kuih dodol, dia terkejut seperti melihat hantu, kuih dodol itu ditepisnya meleret deras lalu terkena almari TV. Piring dan cermin almari pecah berderai. Semua tetamu terkejut, apa yang terjadi sebenarnya.


Dipendekkan cerita, rupanya Mamat tu dia fobia dengan kuih dodol, kisahnya bermula pada dia berumur 11 tahun, pada masa itu ayahnya menyuruh dia menjaga dodol sebentar sementara ayahnya solat Asar. Ketika sedang asyik mengacau dodol itu, dia tertarik melihat kawan2nya bermain mercun disebelah rumah, tanpa disedari dia dah join sekali main mercun, dodolnya terbiar begitu, api semakin marak, akhirnya kuih dodolnya melimpah lalu tumpah keatas tanah. Bila ayahnya datang dodol tidak dapat diselamatkan lagi. Bukan main marah ayahnya, kawah dodol itu ditendang hingga terlungkup, dia diseret diatas dodol yang tumpah hingga melecur kulitnya. Sejak peristiwa itu dia fobia dengan kuih dodol....






Kisah Kedua


Member aku baru kawin dengan budak Sabah. Aku dan beberapa orang member ofis tidak dapat hadir kerana kosnya tinggi sangat. Sebagai gantinya kami bercadang nak buat makan  kecil2 lan bila dia dah masuk kerja nanti. Restoran yang dipilih ala2 rimba gitu.. biar romantis sikit konon kata penganjur _ (budak perempuan bahagian akaun). Apa yang dirancang berjalan dengan baik tengahari itu, kami bersama rombongan seramai lapan orang termasuk pasangan yang dirai ditempatkan disuatu sudut semacam bangsal yang sangat menarik. Atapnya atap rumbia, dibahagian syilingnya pula terdapat banyak sangkar burung bergantungan, (burung dalam sangkarnya burung plastik jer),disekeliling bangsal pula dihiasi dengan bunga2 hidup sarat seperti dalam hutan. 


Makanannya pula ala2 kampung, petai, jering tetap ada, meja besar bulat ditengah-tengah bangsal itu memang cukup menampung kami berlapan. Setelah hidangan yang dipesan sampai, tiba2 isteri yang dirai menjerit, "ayammm........ayammmm......ayammmm", serentak dengan itu dia bingkas bangun dan naik keatas kerusi, kami tergamam, pada sangkaan aku dia memanggil suaminya sayang, rupanya memang ada seekor ayam betina lalu berhampiran kerusinya, wajahnya pucat dan menggigil ketakutan. Suaminya cuba menenangkannya. Akhirnya kami berpindah kebahagian dalam restoran itu. Tak sangka ada juga orang yang takut dengan ayam. Mengikut ceritanya, pada dia berusia lima tahun dia suka kacau anak ayam, ntah mengapa bila terpandang saja anak ayam dia jadi geram, ada sekali tu dia tanam anak ayam hidup2, ibu ayam yang kehilangan anak kejar dia keliling rumah dan dapat mematuk kakinya hingga luka.


Sejak peristiwa itu dia sangat fobia dengan ayam betina, tetapi dengan lauk ayam dia cekek jugak...




Kisah Ketiga


Nama manjanya songkok, ceritanya ini memang dah basi dikalangan kami, tapi aku nak cerita jugak sebab aku geram sangat dengan dia ni, dulu dia pernah ambil gambar aku masa aku tertidur pastu bagi pada boss...bangsat betul. Tiap2 hari waktu datang dan balik kerja dia menaiki bas atau tumpang member, rasanya dah bertahun rutin hidupnya begitu baru aku terperasan, kat bus stop tu dia sorang jer Melayu yang lainnya Indon duk tunggu bas. Terfikir juga mengapa dia ni tak bawak kereta, kalau di ikutkan dari sudut kewangan dia memang mampu, sebab dia pegawai, gajinya dah tentu lebih tinggi dari gaji aku yang pencacai ni.


Nak dijadikan cerita, suatu hari tu Kak Izan (bukan nama sebenar) berborak dengannya lalu terkeluarlah cerita kisah silamnya. "Sebenarnya kat rumah tu ada dua buah kereta, isterinya pakai satu dan yang satu lagi tu terpulanglah siapa nak bawak", songkok memulakan cerita, memang payah nak berborak soal peribadi dengan mangkok ni sebab dia lurus bendul, cakap soal kerja saja, kadang tu dia boleh jadi MC di majlis2 tertentu tapi aku tengok cam bodoh jer... ada ke dia suruh kami semua nyanyi lagu raya beramai-ramai, semasa sambutan H. Raya sekali tu...

Berbalik kepada cerita Songkok, pada masa dulu sebelum kejadian itu, dia memang drive sendiri bila kemana-mana, tapi setelah suatu peristiwa trajis berlaku dalam hidupnya dia jadi fobia, bila saja tangannya memegang stering kereta tangannya jadi mengigil, peristiwa lalu datang kembali dalam fikirannya.


Begini kisahnya, suatu hari tu dia dan bapa mertuanya keluar untuk suatu keperluan, bila sampai disuatu tempat tertentu, bapa mertuanya minta turun disitu, Songkok disuruh meneruskan perjalanan untuk keperluannya bila selesai nanti, dia akan ambil bapa mertuanya disitu. Setelah semuanya selesai, Songkok kembali ketempat bapa mertuanya menunggu. Bila sampai ketempat yang dijanjikan itu bapa mertuanya tidak kelihatan. Songkok memperlahankan keretanya, matanya melilau melihat sekeliling, bila sampai dekat satu pokok bapa mertuanya muncul dengan tiba2 menuju keretanya, Songkok cepat2 menekan brek, tetapi yang ditekan sebenarnya ialah minyak...dipendekkan cerita bapa mertuanya maut dalam kemalangan itu....

Bila budak2 jahat tau je cerita ni, langsung dijadikan modal berborak, yang sedap tu ayat si Jembalangz yang berbunyi "setakat ambik gambo ko masa tido tu Sab, sangat kecik bagi dia, bayangkan bapa mertua dibunuhnya...



4 komentar:

Anonim mengatakan...

Cerita bab FOBIA ni teringat ana pada satu kawan budak Buntut Pulau, Temerloh. Pada satu masa tu kami sama-sama menaiki lif di Hotel Pan Pasific dekat PWTC. Lif tu bercermin dan boleh kelihatan pemandangan lobby hotel itu. Tiba-tiba kawan ini memegang ana. Ana tidak tahu kenapa. Lalu ana bergurau menolaknya ke tepi dalam lif bercermin itu. Mukanya menjadi pucat lesi berubah menjadi merah kemudian kelabu. Kenapa?
Tolong, aku takut... katanya. Eik, dalam lif takut kenapa... lalu ana menolaknya dan terbabas ke dinding lif. Dia menutup muka dan kemudian basah seluar... terkencing!.
Dipendekkan cerita Si Mamat ni pernah jatuh pokok semasa kecil dulu. Dan adegan itu masih terbayang dan menjadi fobia....

Anonim mengatakan...

Satu fobia yang masih menjadi tanda-tanya ana berkenaan dengan seorang kawan. Kes ini berlaku ketika ana tinggal di Subang Jaya bersama seorang kawan lain. Si Mamat fobia ni memang ganjil.

Ketika waktu tidur Si Mamat ini akan menyediakan morning towel untuk membelit kepalanya menutup mata dan telinga. Telinga mesti dibelit dengan kain dan disumbatkan dengan kain juga. Kalau tidak berbuat demikian, haram dia boleh melelapkan mata dan tidur!. Bunyi yang remeh temeh pun menganggunya.

Banyak kali kami menghalangnya tidur.... Bagaimana?. Kami akan berborak-borak dan akhirnya dia menyampuk sama. Sedangkan malam dah larut, Mamat ini tidak boleh melelapkan mata langsung langsung akibat perbualan kami yang tidaklah begitu bising itu...

Dipendekkan cerita, rupanya ada sejarah silam semasa kecil juga. Si Mamat ini mempunyai jam dinding di rumah keluarganya. Semasa kecik-kecik dia sering mendengar jam itu berdenting hingga terikut-ikut bunyinya. Dia akan mengamati bunyi itu hingga sampai pelbagi rentak bunyi, Bunyi itu menganggunya tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa hingga ke waktu subuh. Cara terbaik katanya, berpindah tempat tidur...


Sheikh Mustafa Kamal Alaziz

Anonim mengatakan...

Satu cerita exotik yang fobia lagi hangat kalau diceritakan....

Ana ada seorang kawan yang tinggal berdekatan landasan keretapi di pekan KK. Keretapi akan melalui landasan itu setiap hari malam dan siang.

Nak menjadi cerita. Jam 4 pagi, Keretapi 'Senandung Malam' akan melalui landasan itu dan menyembunyikan hon tinggi setiap kali melalui laluan itu. Ini akan mengejutkan Si Mamat ini. Akibatnya dia seringkali terjaga dan tidak boleh tidur lagi. Apa Si Mamat ini lakukan?...

Bersengamalah!

Dipendekkan cerita, Si Mamat ini mempunyai 12 orang anak. Bersengama di waktu hampir subuh membuahkan hasil yang lumayan.

Mendengar cerita Si mamat ini sudah berpindah ke tempat lain yang lebih aman dan tiada 'hon' lagi. Ini kerana ketidak-sanggupan isteri melayan suami yang asyek mengejutkannya dari lena tidur. Mana larat, bila keretapi melintas si suami bangun dengan 'anu'nya dan inginkan 'hadiah'. Si isteri yang tidur mati fobia, angkara suami 'keretapi'...

Sheikh Mustafa Kamal Alaziz

Anonim mengatakan...

Fobia peperiksaan...

Ada satu lagi kes paling haru. Semasa di SMKKK, ana di tingkatan 1 Ungu. Kes ini terjadi semasa sedang menghadapi peperasaan akhir tahun. Sedang syok menjawab soalan tiba-tiba seorang budak perempuan kelas sebelah menagis keluar kelas. Sambil mengesat air mata dan kain sket basah budak itu menonol menutup mata dengan kedua-belah tangan. Ini menimbulkan kecelaruan.

Periksa punya periksa, rupanya budak perempuan itu sangat takut menghadapi peperiksaan. Dia tidak boleh menjawab langsung, semua anggota mengigil dan terketar-ketar. Diriwayatkan, budak perempuan ini sepanjang belajar tidak boleh dan pernah menghadapi peperiksaan. Langsung cikgu membawanya keluar kelas. Yang peliknya cikgu tidak boleh buat apa-apa kerana tiada kepakaran memotivasikannya.

Selang setahun kemudian tidak kedengaran lagi cerita budak perempuan ini. Ada riwayat mengatakan budak ini telah berhenti sekolah. Ini semuanya berpunca dari fobia bila menghadapi perperiksaan...

- Sheikh Mustafa Kamal Alaziz