16.11.11

Bila Syarikat Gulung Tikar


Secebis kisah mimpi raja Mesir jadi tauladan: 
Dalam mimpinya itu raja Mesir melihat tujuh ekor kambing yang gemuk meragut rumput di padang yang hijau di tepi sungai. Tiba-tiba saja muncul tujuh ekor kambing yang kurus berjalan menuju tempat tujuh ekor kambing yang gemuk dan memakan tujuh ekor kambing gemuk itu.

Sang raja terbangun seketika dan dihinggapi tanda tanya. Ia gelisah memikirkan akan mimpinya, malam masih larut dan gelap, lalu raja memejamkan mata untuk tidur kembali. Tetapi mimpi yang menakjubkan datang lagi. Hanya saja, kali ini raja bermimpi melihat tujuh batang gandum yang berisi dan di samping gandum berisi itu, raja melihat tujuh batang gandum kering. Anehnya, tujuh tangkai gandum yang kering itu menelan batang gandum yang segar itu.

Nabi Yusuf tahu tentang erti mimpi itu. Ia diberikan anugerah Allah berupa pengetahuan yang luar biasa dalam urusan mentakwir mimpi. Dalam takwirnya, tujuh ekor kambing yang gemuk serta tujuh batang gandum yang berisi bermaksud: tujuh tahun yang subur dan mewah. Tujuh ekor kambing yang kurus serta tujuh tangkai gandum yang kering bermaksud : tujuh tahun yang sukar, maksud yang tersirat dalam mimpi ini ialah hendaklah kamu berjimat cermat dalam tempoh tujuh tahun kerana tujuh tahun akan datang adalah tahun yang sukar atau inflasi.

Kalau kita hayati kisah Nabi Yusof meramal mimpi, kita boleh jadikan ia sebagai iktibar betapa benarnya petunjuk Allah yang menyatakan bahawa masa mewah kita hanya ada 7 tahun, jika kita boros tidak berjimat maka meranalah kita untuk menghadapi tahun meleset 7 tahun akan datang.

Pengajaran dari takwil mimpi ini harus diambil perhatian kerana walaupun peristiwa yang berlaku itu telah berpuluh ribu tahun berlalu, namun pertukaran 7 tahun inflasi dan 7 tahun mewah masih berjalan hingga kini. Selalunya usahawan Yahudi dan China sangat mengambil berat tentang hal ini, cuma  bangsa Melayu saja kurang perhatikan hal ini. Satu hari tu aku tanya Mr. Choon (bos colour set). "Macamana bisnes"? dia jawab, "biasa la 7 tahun senang 7 tahun susah punya"... mana tau 7 tahun senang 7 tahun susah, aku tanya balik, dia jawab "itu buku suci ada cakap" "ini kita sudah tahu banyak lama maaa...". Bagi orang Yahudi, setiap perkara yang menguntungkan pasti diamalkan lebih2 lagi kata nabi dari bangsanya. Bermula dari makanan yang merawat minda dari kecil supaya bijak, hinggalah kepada suntikan semangat supaya bangsa ini bencikan Islam. Jika anak2 mereka berkawan dengan orang islam, ibu bapa mereka akan mencari helah supaya anaknya benci kepada orang islam itu, umpamanya membaling anaknya dengan batu secara bersembunyi, bila anaknya mengadu kepada ibu bapa mereka, ibu bapa mereka menuduh orang islam yang baling.


Ada sebuah syarikat mega di Selangor mempunyai 400 orang pekerja, semuanya bumiputera 40% daripadanya adalah mantan kerajaan, dan yang lainnya datang dari berbagai agensi. Beroperasi pada tahun 2002, sejak mula beroperasi semua syarikat yang sealiran kagum dengannya, malahan syarikat ini mampu memberi syarikat lain kerja yang tidak mampu ditanganinya kerana terlalu banyak. Sejak mula beroperasi 2002 membawa ke tahun 2009 jutaan ringgit dapat dikumpul oleh syarikat ini, tetapi majikan tetap mengatakan keuntungan tidak seberapa, semua rakan kongsi belum pernah mendapat faedah lagi. Setelah genap 7 tahun bermewah-mewah, tibalah masanya untuk menghadapi tahun yang sukar iaitu 7 tahun berikutnya. Benarlah kata Nabi Yusof itu, jika kita tidak menyimpan dana dari keuntungan selama 7 tahun itu, maka sengsaralah jadinya untuk menghadapi tahun2 yang sukar berikutnya. Pada tahun 2010, syarikat ini tidak mampu lagi untuk membayar gaji mengikut masanya iaitu 25hb, yang lebih parah lagi bila EPF, carumam kepada bank tidak dibayarnya, potongan untuk zakat, atau segala bayaran kepada bank melalui potongan gaji pun terabai. Pada tahun 2011 iaitu pada bulan Ogos (bulan puasa) syarikat ini tidak mampu lagi beroperasi sepenuhnya, semua pekerja ditamatkan perkhidmatan serta merta.

Ini satu contoh syarikat mega yang jika dilihat dari mata kasar agak mustahil akan muflis, tetapi ini terjadi juga. Punca utamanya ialah kerana tidak mengikut nasihat Nabi Yusof atau tidak ada ilmu yang ada cuma ego dan tamak. Selalunya sesebuah syarikat jatuh kerana tidak mendapat tender kerajaan atau tiada projek untuk diusahakan. Tetapi syarikat ini jatuh bukan kerana tiada projek, tetapi kerana tiada modal untuk menampung sesebuah projek, lalu mereka bertanya kemana perginya dana yang masuk berjuta RM selama ini. Semuanya telah habis dibawa lari. Lalu apa yang terjadi kepada nasib pekerja?

Bila syarikat gulung tikar, sudah tentu bekas pekerjanya teraniaya, bukan mudah untuk bangun semula mencari tempat yang baru, lebih2 lagi bagi mereka yang sudah berusia. Kebanyakan iklan jawatan kosong dimana-mana semuanya mencari pekerja yang muda2 belaka bawah 30 thn. Kemana mereka ini untuk mencari rezeki. Dalam perjumpaan bersama bekas2 pekerja syarikat itu baru2 ini, banyak berita sedih yang disuarakan, ada yang kena halau dari rumah sewanya, ada yang terpaksa pulang ke kampung kerana tidak mampu lagi bertahan dibandar, yang sedih lagi bila ada yang tidak mampu menyewa lori untuk pindah, yang sorang ni pulak terpilu bila mendengar anaknya bertanya "ayah bila nak pegi beli baju raya baru?"  Wah... memang pilu lebih2 lagi untuk menyambut Hari Raya, entah macamana tiba2 air mataku mengalir bila melihat tiga orang anaknya yang tidak mengerti. Banyak lagi penderitaan yang dihadapi termasuklah terima surat dari peguam tertentu kerana hutang dengan bank telah tertunggak. (akulah tu)

Bila kita mendengar keluhan dan penderitaan orang dengan sendirinya naluri berkata, Syukur Alhamdulillah, aku tidak seteruk ini, ada lagi orang yg lebih teruk dari aku rupanya. Baru2 ini aku cuba2 juga cari kerja lain walaupun dalam  iklannya orang macam aku ni tidak layak, umur dah lebih tetapi di zaman sekarang ini semuanya bisa diatur... kita guna kabeliti.. walaupun sebenarnya aku tidak punya keriabiliti, dalam interview itu seramai 17 orang dipanggil kebanyakannya freshies, baru keluar kolej atau U.


Bukan mudah nak dapat kerja ditempat yang besar macam ni, macam2 kena test, sampai tiga peringkat, mula2 tulis borang lepas tu buat layout dalam masa setengah jam iaitu iklan dan layout surat khabar, lepas tu kena tunggu ditemuduga pula, aku orang yang ke 7 ditemuduga, panel yg menemuduga kat depan ada empat orang semuanya otai2 belaka. Semasa menunggu aku dapat merisik apa yg di tanya oleh beliau, kebanyakan budak2 yang selesai dari ditemuduga ramai yg tidak berpuas hati, ada yang merungut "tanya macam2 yang susah2" macamlah nak bagi gaji 10ribu"..."padahal aku mintak 2 ribu jer"...Budak perempuan lulusan diploma KLMU sorang ni pulak, dah patah semangat, "nak balik jer, tak payah interview kalau susah sangat", katanya, nasib baik emaknya telefon beri kata semangat barulah dia teruskan juga. Ada budak sorang tu pula dia lupa nak tulis jawatan yang diminta, lalu dia disindir, "awak nak jawatan apa ni, jawatan boss dah penuh". kami yang curi dengar dari luar tak tahan nak gelak.

Antara soalan yang ditanya semasa interview itu antaranya, colour yellow + cyan = ?, magenta + cyan =?. ada budak sorang tu tanya balik "cyan tu warna apa?, "tak pernah dengar pun". Lepas tu teruk budak tu kena ceramah motivasi, tak larat nak dengar. Isu yang paling lama dibincangkan ialah gaji yang diminta, ada tawar menawar disitu. Sehingga ketahap paling rendah. Pandai2lah nak kelentong otai2 berempat itu.

Kami start interview jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Hingga kini dah empat minggu menunggu jawapan dapat ke tidak. Orang lelaki bila tidak bekerja dia akan jadi seperti orang bodoh, bila tinggal dirumah sorang2 tak tahu nak buat apa. Tidur dan tonton TV sahaja. Tahap paling rajin jika mampu membasuh kain anak2 atau kemas rumah. Bila buka FB nak sembang dengan kawan2 semuanya tak ada, mungkin internet rumah diaorang dah kena potong,.. aduhai...