4.11.10

Karangan Standard sekolah rendah

Dulu semasa aku sekolah rendah, kalau buat karangan cerita yang paling aku gemari ialah berkisar tantang hantu, hobi saya atau mimpi saya, tapi malangnya semua buku2 karangan lama2 dulu semuanya telah dibuang tanpa memikirkan nilai nostalgianya. Kini bila aku membaca karangan budak2 masa kini, (tahun 2-3) tidak banyak bezanya dengan karangan aku masa dulu terutamanya macam budak yang bangang zaman ini. Aku ni kalau bab2 mengarut boleh tahan juga. Teringat lagi apabila aku disuruh cikgu Rosnah membaca karanganku di hadapan kelas.
Tajuk karangan: Kemalangan yang tidak dapat saya lupakan, akupun membaca karangan yang belum siap ditulis, aku buat2 buat baca je, sebenarnya apa yang aku baca dihadapan ialah idea sepontan yang datang masa tu juga, budak2 yang dengar semuanya pakat gelak termasuk cikgu sekali, yang masih aku ingat lagi ayat2 nya ialah: Semasa sampai dekat jalan itu Saya dan Azman melintas jalan itu, tiba-tiba ada sebuah motor kereta membawa dengan laju melanggar Azman, kerana Azman jalan lambat saya jalan cepat. Azman tidak nampak motor kereta itu,kerana dia jalan lambat lalu saya membawa Azman ke Hospital. Lepas tu cikgu tanya, macamana kamu bawa Azman ke Hospital? Aku jawab naik bas. Penat aku kena gelak masa tu, Kata cikgu; sepatutnya kamu kena bagi tahu orang diwasa, bukan kamu yg bawa dia ke Hospital. tapi lepastu aku pulak gelakkan karangan orang lain, nak balas dendam. Kat bawah ni kira standard karangan aku semasa darjah 3 dulu.




Macamanalah agaknya perasaan cikgu bila baca karangan macam ni ya, kalau aku dah mati gelak dah....