27.7.10

Mereka, Tandas dan SPM



Hanya sekadar gambar hiasan

Entah  macamana aku terasa terpanggil nak cerita tentang tandas pula kali ini. Mungkin setiap orang ada menyimpan ceritanya tersendiri tentang tandas ini.  Aku pula ada beberapa koleksi cerita tahab suam2 kuku yang boleh kita kongsi bersama. Cerita seluar hilang dalam tandas dah biasa kita dengar dan pernah aku cerita dua tahun lepas, cerita pencuri dalam tandas sampai sekarang masih ada walaupun dalam tandas perempuan sekalipun. Pendek kata macam2 benda boleh berlaku dalam tandas.

Semasa zaman persekolahan aku, lain pula ceritanya. Ada satu insiden yang tidak mungkin aku lupakan, tandas perempuan dijadikan sasaran budak lelaki, tetapi risikonya tinggi sebab dah ramai yang kena tangkap, lalu tah sape punya idea, senja itu budak2 ni saja matikan air ketandas perempuan dengan harapan supaya budak perempuan ini tumpang mandi ditandas lelaki. Masa tu time SPM sedang bermula, jadi tak ramailah penghuni asrama yang ada, warden asrama pulak jarang datang, mungkin dia ingat buadak2 ni dah besar pandai2lah jaga diri. Peluang ini dimanafaatkan dengan sebaik2nya, saja nak berseronok-seronok. Yang mengejaukan itu idea ini menjadi kenyataan. Pelajar perempuan bukan pandai sangat nak tengok paip kat belakang tu, lebih2 lagi bila dah gelap, sebab tu ada yang tumpang tandas leleki untuk mandi. Mereka datang dengan kebenaran ketua murid asrama, lalu budak2 lelaki diarah supaya mandi awal terlebih dahulu. (Ketua murid tu lurus bendul bukan tau apa) Berita itu sambut baik oleh budak lelaki berkenaan tetapi sebelum tu budak2 ni dah pasang perangkap dulu... perangkapnya tak lah teruk sangat, cuma mereka dah tunggu kat atas syiling untuk tayangan percuma. Mula2 tiga orang lama-kelamaan sampai 12 orang duk lepak kat atas tu.


Aku pulak masa tu dikira penceroboh, sebab aku lepak kat asrama tu tanpa kebenaran sesiapa, aku main redah jer. Bila time makan dikantin pada malamnya, kawan2 sudah seludup makanan passing kat aku, sebab pengusaha kantin kenal semua budak asrama, nak makan pulak kena ada pass. (nak hidup kena pandai) Pengetua sekolah sampai sekarang tak tau, katil banyak kosong belasah jelah. Ada satu malam tu tah sapa punya kerja dia orang ni sudah kenakan aku, bila aku bangun pagi, anu aku bertambat pada tiang katil, patutlah bila tidur mengiring terasa sakit, (benang menjadi tegang) cilakak betul siapa yang punya kerja tu. Hari berikutnya aku tidur pakai seluar panjang, tidak lagi berkain pelikat macam kat rumah. Selepas itu baru aku teringat sebelum tu ada yang menegur bila melihat aku tidur berkain, aku jawan, "macam ni la bagus bebas bergerak baru aktif", ada motif rupanya teguran itu. Itulah pengalaman aku tinggal diasrama selama tiga minggu. Nak ambil SPM kenalah cepat hadir kat dewan peperiksaan, sebelum ni aku berulang naik bas awam. Naik bas awam bukan boleh percaya sangat, kadang tu dia masuk bengkel dululah pastu isi minyak lagi, sebab itu aku malas hadapi risiko. Oleh itu aku tak terlibat dalam aktiviti budak2 nakal ni, walaupun aku dipelawa sebenarnya. Takut pecah tembelang.

Berbalik kepada cerita budak2 yang berseronok diatas syiling tadi, biasalah kalau benda tak betul ni sekejap je pecah tembelangnya. Nak dijadikan ikhtibar kepada budak2 lain. Hantu2 jembalang kat atas syiling tu akhirnya kena tangkap dengan jayanya bila syiling tu roboh, kesemua budak2 kat atas syiling tu jatuh macam nangka busuk. Gempar malam tu dengan jerit pekik, budak2 perempuan tu, aku dah agak dah, nasib baik tak join sekali. Mereka yang terlibat dikenakan hukuman ringan sahaja iaitu rotan ditapak tangan oleh warden, demi menjaga moral pelajar. "yang bodohnya korang ni, mengapa naik sampai 12 orang kat atas tu, kalau pandai bergilir kan selamat...kata warden sambil melawak, "nak buat jahat pun kenalah bijak" kata warden lagi. Yang lucu lagi pada keesokan harinya, semasa di dewan peperiksaan, budak2 yang jatuh syiling tu masih lagi cedera, ada yang berbalut kepala, ada yang berbalut tangan, kaki dan sebagainya. Beliau ditanya seorang2 oleh cikgu yg bertugas, "mengapa ramai sangat yang sakit", jawapan budak ni semuanya kelentong belaka, tiada yg betul, ada yang jatuh basikal, jatuh pokok, jatuh katil, jatuh bas pun ada. Cikgu yg bertanya naik hairan, "sepatutnya time2 macam ni kamu kena jaga kesihatan, bukan sakit macam ni" kata cikgu. Kami yang tahu hal sebenar tumpang gelak saja bila dengar temberang kawan2. Cikgu yg tak tahu hal sebenar sempat menegur kami, "Jangan berseronok sangat dengan kesusahan orang lain, nanti orang lain pula akan berseronok bila melihat kamu susah" kata cikgu itu dengan menyindir.


Cerita syiling roboh itu hampir setahun masih lagi menjadi bahan lawak budak2 sekolah SMKT. Bukan itu sahaja malahan pelajar2 baru yang tinggal diasrama diingatkan jangan buat perangai macam budak2 lama