14.7.09

Sakit Asma Vs Sakit Molot


Baru2 ni aku kena asma lagi, Ini kali yg pertama pada tahun ni, kali ni secara mengejut. Semasa kejadian tu, aku kat kedai Mamak 23jam, baru kuar Gym kat tingkat 3 sekitar situ. Al kisahnya semasa aku tengah duduk2 tu, tiba2 nafas aku terasa sempit dan hampir tak boleh nafas langsung, badan dah mula gigil nak ambil dompit dlm bag pun dah tak boleh, aku pun tinggalkan semua barang aku kat situ, atas meja mamak (sambil mengisyaratkan kat member, yg aku nak gi klinik) dan terus belari menuju klinik yg berhampiran, (Sebelah kedai mamak tu).

Sampai di klinik, aku terus mengarahkan supaya petugas menyediakan gas utk aku, dia org pun kelam-kabut apabila nengok aku dah tercungap-cungap tu...masa tu terlintas juga dalam fikiran, bapak aku meninggal dunia dulu pun kerana asma, mungkin aku seterusnya,.. macam2 perkara yg terlintas, masa tu lah nak insaf. kalau aku mati sekarang teruk kena soal ni, terbayang dosa2 lama yg belum terampun, lalu aku berazam, lepas ni nak jadi insan sebaik-baik umat.
Ada 3 orang je kat klinik masa tu, Sorang awek tu kat pipi dia ada tampal koyok macam marah je kat aku sebab potong Q dia. Tak lama lepastu aku dimasukkan ke sebuah bilik disebelah bilik doktor, hanya tirai sahaja yg memisahkannya,

Walaupun dalam keadaan lemah dan mamai begitu, aku dapat mendengar setiap perbualan doktor yg melayan pesakit masa tu. Wah.. lapangnya, bila aku sedut je gas tu, nafas aku berangsur-angsur lapang, rupanya semasa aku kat gym tadi suhu badan aku panas sangat sebab banyak buat pergerakan, bila masuk je bilik sejuk tu, suhu badan aku kembali normal.
Nak dijadikan cerita, tak lama lepas tu, awek yg pakai koyok tu masuk, aku dapat lihat dari celah2 tirai, dalam hati aku cakap kalau dah sakit gigi, pergilah jumpa doktor gigi. Dia pun bebual panjang dgn doktor perempuan tu, antara yg aku dapat ingat antaranya:
Doktor: Sakit gigi ke pakai koyok tu..?
Awek tu: Tak doktor,...saya sakit mulut, tak boleh ngunyah, hari ni saya hanya makan buah je.
Doktor: Laaa, nape, termakan benda keras ke?
Awek tu: Tak doktor...mulut saya lenguh.
Doktor: Buka mulut...emmm...ada bengkak sikit kat rahang, nape jadi camni?
Awek tu: Nak cerita ke...Errr... Sebenarnya suami saya punya kerjalah doktor.. dia suruh saya #%%# job dia lama sangat sampai mulut saya lengoh. ingat ok je, tapi pagi tadi dah mula sakit.
Doktor: Ooooo, lama sangat buka mulut agaknya ni...

Aku yg dari tadi tumpang dengar, tiba terasa amat lucu lalu aku cabut topeng gas pastu, gelak puas-puas..kah,kah,kah,kah,kah, (tak boleh berhentia)
Doktor yg terdengar aku gelak, datang...
Doktor: Dah ok dah...gelak kuat sangat ni...?
Aku: Ok dah sikit doktor,.. aku tengok doktor pun tengah tahan galak gak, dia datang kat aku nak kaber line gelak, supaya awek tu tak nampak,
Doktor: Lagi dua minit, (Aku angguk je sambil tahan gelak). Awak ni sakit-sakit pun larat nak gelakkan orang...
Aku: Kalau saya tahan gelak lagi sakit doktor... (Sambil senyum doktor berlalu gi layan awek tu semula).
Kebetulan pula bini aku datang tanya itu dan ini, penat nak jawab soalan dia, aku senyum je sampai dia desak aku suruh cerita hal sebenar. Bila dah tau cerita dia gelak lebih dari aku. ada juga terjadi perkara camni, kata dia... Lepas tu kami jumpa doktor semula. Doktor tu apabila nampak je muka aku terus gelak,....aku ngan bini aku apa lagi gelak jugalah...kah,kah,kah,
Setelah semuanya selesai, aku saja lambat2 kan kuar dari bilik tu sehingga awek tu blah, takut awek tu nampak, malu wow..

Ini kisah benar ni, kalau korang rasa citer aku ni lucah ke, hape ke, sorilah...dah kisah dia cam tu nak buat macamana.

Tidak ada komentar: