16.9.09

“Ada Aku Kisah”

Ada aku kisah. Selaku rakyat yg prihatin kita tidak sepatutnya banyak sangat mempersoalkan tentang masalah Negara, urusan itu biar Pucuk Pimpinan yang uruskan, nak buat macamana kita yang pilih dia, segala masalah mengapa nak dipersoalkan. Kalau dah itu betul pilihan kita, bermakna kita mesti setuju semua tiadakan mereka, termasuk tindakan isteri2 mereka, apa kita kisah kalau mereka nak menghabiskan duit Negara untuk berbelanja diluar negara berjuta ringgit, kalau Negara kekurangan wang, naikkan sahaja harga minyak, apa mereka kisah, merekakan elite, kuasa ditangan mereka, mana sama rakyat biasa dengan isteri PM. Tergamakkah kita melihat isteri Pucuk Pimpinan kita tidak menonjol, menggunakan barang murah, tak pakai botox lagi. Jadi memang layaklah apa yang mereka buat selama ini, sebagai rakyat biasa, biarlah kita berkorban untuk kesenangan mereka, biarlah rakyat derita asalkan mereka bahagia. Tapi semua itu ada aku kisah, kerana hanya dengan berpolitik murahan sahaja orang yang berjuang kononnya untuk Melayu itu boleh kaya,

Ada aku kisah. Kalau Dr. Khir Toyo masih lagi mempersoalkan tentang ketidaktelusan kerajaan Selangor sekarang ini, tidak cekap, tidak mampu menangani masalah kecil seperti masalah nak alihkan kuil di Shah Alam, sedangkan dizamannya dahulu, dah berpuluh juta digelapkan. Tapi semua itu ada aku kisah kerana mereka yang dilantik berpolitik biasanya bijak mengpolitikkan wang.(masuk ISA pulak aku nanti...)

Ada aku kisah. Sebagai pekerja yang prihatin pula, kita sepatutnya berkerja dengan penuh bersih, cekap dan amanah, baru Syarikat boleh maju. Kalau Syarikat maju baru CEO, Pengarah atau “Business partner” boleh hidup bersenang-lenang. Soal pekerja itu urusan mereka. Ada aku kisah kalau mereka nak buat rumah banglow siap dengan kemudahan lif sekali, merekakan banyak duit, apa lagi nak buat dengan duit kalau bukan nak hidup senang, seperti raja diistana. Tapi semua itu ada aku kisah kerana rumah yang cantik bagai istana sekalipun bakal ditinggalkan menjadi rebutan pewaris.

Ada aku kisah. Bila ada kes kematian keatas staf biasa, hanya warga staf sahaja yang datang ziarah, para Pengurus, Pengarah, atau CEO tidak layak untuk urusan ini, kerana mereka ini sangat elite, mana layak untuk berkunjung kerumah orang bawahan, cuba kita bayangkan betapa susah payahnya mereka jika mereka turun kerumah orang bawahan, mereka akan terkena habuk, panas kerana tiada aircon, lepastu pulak terpaksa berbual dengan orang yang tidak selevel, dah tentu topik perbualan dengan orang biasa, "boring", wah....tersiksanya jiwa mereka. Anda akan begitu jika anda ditempat mereka. Contoh terbaik ialah pada 13 Sept 09 yg lalu bila Sh. Rahman (bekas staf Dawama mantan DBP) meninggal dunia, memang ini terjadi, yang peliknya orang seperti Pelakon Anjang Aki dan Dato’ Johan Jaafar serta beberapa orang pengurus DBP hadir, mengapa mereka tidak menikirkan masalah standard . Anihnya sebelum ini apabila ayahanda kepada Ketua Pengarah meninggal dunia, semua muka2 Pengurus hingga kepada Ketua Pengurus hadir berpagi-pagi lagi tunjuk muka simpati. Tapi semua itu ada aku kisah kerana mereka semua itu adalah hipokrik.

Ada aku kisah, kalau saban tahun CEO menunaikan Haji dan Umrah bersama kaum keluarga serta rakan handai. Mereka ini tentu orang yang alim serta warak lalu tuhan memberi mereka jalan yang mudah menuju kebaikan. Apa hak pekerja berani mempersoalkannya sehingga ada yang menyindir, “Orang hindu bila banyak dosa boleh menyucikannya dengan mandi disungai Gangas”, “tapi kalau Orang kaya banyak dosa, dia akan ke Mekah cuci dosa”. "Kalau macam tulah agama islam", "tentu orang kaya tiada dosa". Jangan memandang serong akan kemurnian hati bos. Tapi itu semua ada aku kisah kerana kalau aku jadi Bos, perkara yang sama aku lakukan malahan semua pekerja atasan adalah dari kaum karabat aku.

Ada aku kisah, kalau tidak dapat bonus pada tahun ini, walaupun khabarnya baru2 ini dana telah masuk sebanyak lima juta hasil jualan buku teks dan buku lain. Tetapi bukankah wang sebanyak itu belum cukup untuk menampung keperluan “Business partner” atau pun bisunes lain, lupakah kita yang CEO pernah berkata yang “Business partner” mereka belum pernah merasa habuan hasil dari pelaburan mereka selama ini. Orang seperti mereka ini mana bisa memegang wang hanya sedikit. Tergamakkah kita melihat Pengarah atau CEO tidak bertukar BMW pada tahun ini?, aduhhhh,... tidak dapat aku bayangkan betapa siksanya jiwa mereka tampa kereta baru. Tidak bolehkah kita semua berkorban tampa bonus. Tapi semua itu ada aku kisah, kerana semewah mana kereta kamu akhirnya kereta jenazah juga jadi pilihan.

Ada aku kisah, kalau setiap kecuaian yang dibuat oleh Orang Atasan, ditunjukkan kepada orang bawahan. Memang sepatutnya begitu kerana orang bawahan ini tidak begitu dipandang oleh Syarikat. Jawatan mereka bila2 masa sahaja boleh diganti oleh orang lain. Bagi pengurus pula, mana mungkin beliau boleh membuat sebarang kesilapan kerana beliau hanya mengarah sahaja sedangkan semua kerja dilakukan oleh orang lain, yang penting semua kerja siap awalupun pembaziran dari kerja itu berlipat kali ganda dari nilai kos asal. Tapi semua itu ada aku kisah kerana semua pengurus bukan dilantik berdasarkan pengalaman kerja tapi berdasarkan siapa lebih kancing dengan bos.

Ada aku kisah kalau dapat gaji selepas raya, kerana hari raya itu untuk merapatkan tali persaudaraan, kunjung-mengunjung kerumah sanak saudara. Tapi semua itu ada aku kisah kerana aku masih boleh berkunjung dan jangan bagi orang mengunjung.

Ada aku kisah kalau Kak Janet memekek mintak romen, tapi sebenarnya apa yang dia minta ialah fonts roman...

Barang kali setakat itu sahaja pelajaran dari ayat “Ada aku kisah” bulan hadapan ayat lain pula.

Tidak ada komentar: