19.10.09

Ayat Suci Buat Umi



Pada petang khamis itu (15/10/09) aku mendapat missed calls dari adik aku yg berada di Pandan Indah, bila aku call semula dia tak jawab, lalu aku abaikan sahaja missed callsnya itu kerana menyangka urusannya dah selesai. Aku pulang awal petang itu tampa sempat masuk kedalam rumah pakmertua di Keramat. Dari luar pintu sahaja aku mengarahkan isteri supaya bersiap awal untuk balik ke Ampang, “malam ini kita ke surau baca Yaasin” kata aku. Isteri aku tak cakap banyak terus bingkas pulang bersama aku.

Maghrib itu sempatlah aku berjamaah di surau dan seterusnya membaca Yaasin serta tahlil. Setelah pulang dari surau, hp aku berdering lagi, rupanya  dah hampir 10 missed call. Adik aku di Pandan Indah, yang call, mungkin nak tanya pasal kerusi roda untuk Umi.  “ V... Umi dah takda datanglah sini", Mat pun dah sampai” (V nama manja aku) aku tercengang dan bingkas bergegas kerumah adik aku itu, sangat meleset sangkaan aku. Sampai disana aku meneliti Umi, benarkah dia dah pergi, badannya masih panas lagi, “kita tunggu ambulan datang comformkan” kata Mat, lima minit lepastu pegawai dari Hospital Ampang datang dengan Ambulan dan sahkan, dari kenyataannya, Umi meninggal pada 8.45 mlm.

Umi meninggal tanpa mengidap sebarang penyakit sehingga pegawai dari Hospital Ampang itu bingong, penyakit apa yang patut diisi dalam borang pengesahan yang menyebabkan Umi maut. Akhirnya dari kata putus setelah kami bermasyuarah, Umi meninggal kerana faktor usia.

Buat Umi aku sempat merakamkan ayat2 ini ketika aku merenong wajahnya beberapa minit setelah rohnya pergi;

Umi, ..! aku tahu roh Umi mendengar kata2 terakhir dari anakmu ini. Umi, Allah telah memberi suatu nikmat yang sangat besar buat Umi, janganlah Umi risau dan takut menghadapinya. Allah telah menjamin bahawa sesiapa yang meninggal dimalam Jumaat maka rohnya tidak akan disiksa didalam kubur. Umi, dunia yang bakal Umi lalui ini, adalah lebih baik jika dibandingkan dengan dunia yang telah Umi tinggalkan ini. Berbahagialah Umi disana. Anakmu ini akan sentiasa membekalkan Umi dengan Doa, bacaan Yaasin dan Tahlil sebagai bekalan disana. Ketika didunia, Umi terlalu banyak mengharungi pahit dan getir, tidak pernah aku melihat Umi senang, gelak ketawa jauh sekali, yang ada hanyalah kerisauan. Maka dengan keadilanNya jua, Allah telah memberi nikmat ini, nikmat yang diimpikan oleh setiap orang muslim buat Umi. Akhir sekali, ampunkan segala dosaku, semoga Allah memilih Umi dari golongan orang2 yang mendapat nikmat.
(Ketika aku menulis ayat2 diatas tak semene-mena air mata tiba2 keluar)

Umi tinggal dirumah aku sebulan sebelum berpindah ke Pandan Indah. Ketika bersama kami, Umi selalu mengadu nak balik ke kampung halamannya, hampir tiap2 hari dia bercakap perkara yang sama. Umi juga sangat selera bila aku jamukan dengan bubur lambuk. Ada sekali tu Umi sempat menatapi wajah aku dalam2 dan bersuara; “V,...janggut ni tak lawa simpan, cukurjelah”. “Betul tu Umi” kata Isteri aku yang ada disitu, dia gelakkan aku kaw2 punya.

Jenazah Umi di mandi, dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Besar Pandan Indah pada pukul 11.00 pagi. Selesai upacara di situ, jenazah dibawa pula ke Masjid Ar- Rahimah di Green Wood Gombak, setelah selesai solat Jumaat, jenazah disolat sekali lagi disitu, kali ini jamaahnya lebih besar, kebetulan pula Ustaz Ismaik Kamus yang selalu aku ikuti kuliahnya ada disitu memberi kuliah, beliau sempat meluangkan masa solat jenazah bersama kami. Ini aku anggap sebagai satu penghormatan buat Umi.

Setelah selesai semuanya, jenazah dibawa pula ketanah perkuburan. Pada perkiraan awalnya, tanah perkuburan Selasih Fasa 2 menjadi pilihan, disaat-saat akhir keputusan berubah, tanah perkuburan Jln Batu Muda pula dituju, ini kerana tanah perkuburan Selasih Fasa 2 sudah penuh. Aku yang tidak diberitahu mengekori kereta jenazah dari jauh. Jalan sangat jem lebih2 lagi disekitar trafik light greenwood. Aku tersekat di trafiklight itu, bila keluar dari situ, kereta jenazah telah jauh meninggalkan aku. Dipendekkan cerita aku tiba di Tanah Perkuburan Selasih Fasa 2 dengan tercengang kerana bayang orang pun takda, tambahan pula pintu pagarnya berkunci. Ini sah tersalah kubur, lama juga aku dengan adik ipar aku berpusing dikawasan itu, nasib baik Brother penjual air soya menunjukkan arah kuburan yang sebenar.

Sesampai di tanah perkuburan Jln Batu Muda Jenazah sudah di kebumikan, hanya tahlil sedang dibaca. Ketika kami sedang kusyuk menadah tangan, terasa ada beberapa titisan air turun dari langit. Aku sudah mula risau, mungkin hujan lebat akan turun sebentar lagi. Dalam memendamkan rasa risau itu langit kembali menjadi cerah, hujan tidak jadi turun, upacara berjalan lancar hingga selesai...Alhamdulillah...


Terima kasih kepada saudara-mara yang datang, kawan2 yang hadir maupun yang tidak hadir, yang memberi ucapan takziah, yang bersalam kauk, yang bersalama tidak kauk, yang menghulurkan derma simpadi dan yang mendoakan kesejahteraan arwah....terima kasih sekali lagi.

4 komentar:

Anonim mengatakan...

Berbahagialah Umi disama

sheikh mustafa kamal al aziz mengatakan...

Teringat semasa nak menghantar Umi ke rumah Sab... (sebulan sebelum itu) ketika itu Umi berjalan dari bilik belakang di rumah aku. Di dalam hati aku berkata... Serahkan kepada Allah saja... ini semua di luar kemampuan aku... aku terkadang risau layanan menantunya kerana Umi kurang sihat...

Di lain sagment, aku terkadang berlaku kurang enak dengan tindakan (menghantar Umi ke hospital) di masa lalu tetapi itu adalah untuk kebaikan kita semua...

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang di kasihiNya. Amin

sheikh mustafa kamal al aziz mengatakan...

Teringat semasa menghantar Umi ke rumah Sab. (sebulan sebelum itu) ketika itu Umi bejalan terinsut-insut dari bilik belakang. Di dalam hati berkata... Serahkan kepada Allah, aku tidak memunyai kemampuan. Aku jadi risau tentang layanan menantu terhadapnya kerana melihat kepada kesihatanya.

Di lain segment, aku terkadang mempunyai hati kering. Segala pengurusan ke hospital kebanyakan aku mengendalikannya. Teringat satu ketika dulu aku menghantarnya ke hospital... ada pihak tidak mensetujui tindakan aku.. Jauh di sudut hati aku inginkan Umi sembuh seperti sediakala... Semua kenangan itu dah berlalu... Doakan Umi, semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang dikasaihiNya... Amin!

norhayati mengatakan...

Salam takziah. Semoga rohnya bersama-sama orang yng beriman. Amin..