6.10.09

Jony Oh Jony



SEJAK aku berpindah ke Ampang, jarang sangat dapat tidur dengan aman pada malamnya. ada saja bunyi bising kat depan rumah aku, dengan bunyi motsikalnya, keretanya dan yang paling aku tak tahan sangat tu bunyi anjing menyalak.

Mr. Leong jiran sebelah rumah aku ada bela anjing, Jony namanya, warnanya hitam pekat, badannya besar (saiz kambing jantan) matanya tajam, sangat agrasif, wajahnya bengis, tak boleh diajak bergurau langsung. Sepanjang aku berpindah kesitu, tidak pernah sekalipun Jony dibiarkan bebas berkeliaran tampa rantai bertambat dilehernya. Maklumsajalah bukan boleh percaya sangat dengan Jony tu, anak Mr. Leong dah dua orang kena gigit kat kaki semasa tengah beri makan.

Kata Mr. Leong, dia tak beli Jony tu tapi ada orang yang kasi. Orang tu terjumpa dalam longkang lima tahun dahulu, masa tu Jony baru berumur lebih kurang dua bulan. Mises Leong bagi nama Jony nak bagi sejuk sikitla konon. Sejak kecil lagi memang Jony payah nak diajar, cepat sangat badmood, kadang tu saja je aku usik puntu pagar rumah Mr Leong, nak tengok respon Jony, bila dia nampak je aku terus dia bingkas terkam macam kena sasau, tapi masa tu, aku pastikan rehernya bertambat dulu...Patutlah emak dia buang dalam longkang sebab dia dah tau anaknya yang sekorni memang jahat, aku melawak dengan Mr Leong.

Ada sekali tu aku dah tak tahan sangat dengan Jony, dari malam sampai pagi tak berhenti menyalak, suaranya sangat kuat sehingga aku tidak boleh lena langsong. Padi tu aku jumpa Mrs Leong suruh dia buang je anjing bodoh tu, menyusahkan orang je, dia kata, bukan dia tak mau buang, malahan dah banyak kali dia offer kat orang semuanya tak mau, kalau nak buang macamana tak sampai hati sudah lama bela.

Malam esoknya aku dah ready dengan lastik, kalau Jony bising je siaplah kepala dia aku bidas dari atas balkoni rumah aku. Pada malam itu hujan renyai2 mungkin Jony tidur awal malas nak memekak, bila jam dah menunjukkan pukul 12.30 malam, ada kedengaran suara salakan anjing sayup2, dia dah nak mula dah, aku cepat2 standby kat atas. Dari jauh kelihatan ada lima ekor anjing datang menghampiri pagar Jony, saiznya lebih kecil sedikit dari Jony, mungkin Jony bos dia kod, Jony apa lagi...layan member borak, lalu terjadilah sahut-menyahut yang bingit. patutlah sampai pagi, Jony ajak member2 dia buat konsert rupanya. Lama aku perhatikan dari atas, kadang tu lawak pun ada, lagaknya macam Indon baru terjumpa kawan lama.

Dalam tengah rancak bersahutan itu, aku melepaskan peluru lastik secara rambang,...kingggg, (besi rupanya anjing ni) berterabur anjing yg diluar pagar lari, lepastu tak sampai lima minit berkumpuk semula, sambung konsert, dah bertalu-talu aku lepaskan peluru lastik tapi tak serik2. Kalau gini sampai esok pagi pun tak habis, akhirnya aku keluar rumah perlahan-lahan lepastu aku kejar anjing2 tu dengan lastik. Macam orang gila aku malam tu, berlari hingga100 miter kejar anjing. Bila sampai dekat simpamg tiga, peluru lastik aku habis, anjing tadi berpatah balik kejar aku pulak, aku apa lagi cabuttttttttt...kalau tak lari mampus aku malam tu, lima ekor anjing lawan aku sorang, sambil belari tu, aku ternampak ada satu kayu beluti kat tepi jalan, dengan kayu beluti pulak aku kejar anjing tu semula, (macam cerita kartoon) kali ini aku kejar jauh sampai jalan besar. Memang aku betul2 gila malam tu, kat jalan besar tu, aku tunggu anjing tu sampai setengah jam, walaupun hujan renyai2 ketika itu belum reda.

Bila anjing2 tadi dah benar2 tak kembali, baru aku balik rumah, ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Satu beg plastik batu habis digunakan, tentu banyak lebam2 pada badan anjing2 tu, walaupun begitu hati aku belum puas lagi kerana bos dia si Jony tu, belum kena lagi. Malam itu baru aku dapat tidur dengan aman, sedar2 je kedengaran azan subuh berkumandang. Satu lagi perangai Jony yang tak aku berkenan apabila pantang dengar suara azan, dia pun nak azan sama, woookkkk, woookkkk....woookkk...ada sekali tu, bila dia tengah syok layan azan asar, aku sembur dia air dengan getah paip, dah basah kuyup baru terdiam.

Antara perangai buruk Jony ialah,
Pantang nampak orang lalu mesti nak sergah, member aku Tapar Petir dan Ayie (bukan nama sebenar) sampai terlompat kena sergah dengan Jony. Emak Mertua aku melatah hampir 15 minit baru pulih, disergah Jony. Yang aku geram sangat tu, orang yang baik2 dia salak, pencuri kereta aku dia tak salak pulak. (dah berpakat kot).

Baru2 ni aku tengok Mr. Leong tengah peking barang, nak pindah katanya, wahhh baguslah kata aku, tapi yang tak sedapnya, Jony tinggal jaga rumah, rumah barunya dah ada gard so tak guna bela anjing, tiap2 hari dia akan datang bagi Jony makanan. Lepasni siaplah ko Jony, tuan ko takda, lagi mudah aku belasah ko.

Petang tu semasa aku pulang dari kerja, aku tengok Jony tidur saja, najisnya berselerak disana sini, baunya semerbak masuk kedalam rumah aku. Tak tahan sangat dengan baunya, aku bersihkan dengan menyembur air melalui getah paip dari rumah aku. Jony pun aku mandikan sekali, yang bagusnya Jony ni, bila mandi dia jadi baik, aku suruh duduk, dia ikut sahaja sampai sudah.

Pada minggu berikutnya, rumah Mr. Leong sudah ada penyewa baru berbangsa India, Jony telah ditamatkan perkhidmatannya dirumah itu, dia dibawa ke Batu Caves jaga kedai besi buruk kata Mr. Leong. Penyewa baru ni ada juga memelihara dua ekor anjing, tetapi anjingnya katik2 belaka, suaranya halus bila menyalak, bulunya tebal berwarna putih, sangat manja dan comel. Sekali tu aku sergah, melompat lari, Anjing macam ini barulah sesuai jadi jiran aku.

Sejak itu baru aman sikit dari bunyi bising, masalah yang aku hadapi sekarang ni ialah bau kemian, jiran baru aku ni alim sangat lapulak, tiap hari nak bakar kemian. Kadang tu sampai berjangkit kat baju jemuran aku. Itupun tak lama lagi bakal aku  istihar perang gak tu.....

1 komentar:

Anonim mengatakan...

Kalau binatang tu tak najis dah lama aku bela dah.