Lepas Raya Haji baru2 ni aku buat IC kat Maju Junction, tak sangka ramai sungguh manusia kat situ, macam kat Bustand Klang pun ada, sebenarnya chip IC aku rosak, kat mana2 bank pun tak boleh trace, hari tu baru berkesempatan, ingatkan tak ramai orang, maklum sajalah baru lepas raya. Aku sampai kat situ lebih kurang pukul 12.00 tengahari. No giliran aku ialah 375, no yang sedang berurusan ialah 112, lama sangat lagi nak kena tunggu, kaunter pulak tu banyak yang kosong, mungkin pegawainya masih bercuti.
Untuk memenuhkan masa aku sempat lagi mundar-mandir disekitar kedai Maju Junction, hampir semua kedai aku redah, tak ada satu benda pun yang menarik. (sebab duit tak banyak) hampir satu jam aku berkeliaran, bila aku kembali semula di JPN tingkat 6, no yang berurusan ialah no163, aduhhh....lamanya lagi. Aku terfikir2 apa benda nak buat ni, kalau lepak kat Partama buang karen je, aku ni bukannya kuat iman sangat, awek cun2 yg nampak pusat bukan main ramai lagi, lagi pulak ekonomi tengah meleset ni karang terbeli barang2 tak tentu pulak, lebih baik jangan. Tengah2 dok terfikir-fikir begitu tiba2 bahu aku ditepuk orang, Sabbbb....rodong lamaaa... Laaa awok rupanya Isss. (lorat Phg).
Di pendekkan cerita, kami pernah sama2 berkerja di Kilang Perabot sementara menunggu keputusan SPM suatu masa dulu, namanya ialah Ismail, budak Jenderak Selatan Phg, orangnya sangat ramah, suka bercakap kuat bila bercerita, hingga aku terpaksa tariknya keluar dari situ untuk bersembang, antara perangainya yang tidak pernah berubah sejak dulu hingga kini ialah suka mengopek kotak rokok Dunhill (warna keemasan pada kotak itu dikutir hingga kotak menjadi putih) Dah hampir 20 tahun kami tak jumpa, banyak kisah2 lucu semasa kami berkawan tersingkap semula. Apa lagi berdekah -dekahlah kami kat luar pejabat JPN tu. Antara yang paling aku tidak akan lupa peristiwa lucu yang menimpa dirinya dan di imbas kembali masa tu ialah:
Pada hari ini dalam tahun 1991, masa tu kami dua orang shopping sakan di KL, untuk persiapan hari Raya Puasa pada bulan hadapannya. Hampir semua pasaraya yang popular bermula dari Kotaraya, Sinar Kota, Jln M. India, Cambell, Partama Kompleks hinggalah ke The Mall tempat yang terakhir kerana letaknya berhampiran dengan Perhentian Bas Pekeliling. Kami akan balik ke Temerloh pada hari itu juga, kira berbaloi juga, sampai di KL tadi pukul 11 pagi, balik pula pukul 5 petang. Tiket bas dah kami tempah awal2 lagi semasa sampai tadi. Iss shoping banyak barang hingga beg galasnya penuh, bukan semua barangnya, orang kirim pun ada, katanya, nak pergi KL heboh satu kampung lagi. Aku hanya membeli seluar jeans dan kasut je, Yang lucunya, seluar jeans 501 yang baru dibelinya, terus dipakainya semasa di Pertama Kompleks tadi, dah tu sayik suruh aku puji seluar dia je, naik muak aku dibuatnya. Yang lucu lagi bila bas mula nak jalan dia turun, nak gi toilet jap, katanya. Aku ditugaskan supaya suruh brother driver bas tu tunggu dia. (Dia buat macam kat kg dia je)
Dah hampir 10 minit aku tunggu dia, batang hidung pun tak nampak, driver bas tu dah mula merungut. Aku cuba tenangkan, ramai orang dalam toilet tu, kata aku. Akhirnya dah boring sangat menunggu, aku pergi cari Iss di toilet tu, aku tengok tak ramai sangat orang pun, macamana boleh lambat sangat ni, dari situ aku teriak, Isss...Isss...”mana kau”?.. “Hoi... aku kat sinilah”, “nasib baik ko datang, kalau tak, mati keringlah aku kat sini...seluar aku kena curilah celaka betul”, kata Iss. Tergamam aku dibuatnya, payah betul kat KL ni, dalam toilet pun ada pencuri. Dari kisahnya, semasa tengah melepaskan hajatnya, seluar barunya disangkutkan pada pintu, pastu ada nampak tangan terjulor dengan selamba mengambilnya dari luar, Iss tak boleh berbuat apa, hanya setakat menjerit, “pencuri seluarrrr”... Nasib baik semua barang berharga seperti beg duit IC, dah di simpan dalam beg galasnya semasa didalam bas tadi. Akhirnya aku pergi naik bas semula cari seluarnya yg lain dalam begnya, sebelum tu sempat juga aku bisikkan kepada driver bas tu, apa yang terjadi, sepanjang perjalanan ke Temerloh tu, kitaorang tak kering gusi tergelak bila membayangkan macamana kalau Iss kejar pencuri tu tanpa seluar, keliling bustand tu, dah tentu orang sangka orang gila, sebab tu dia tak kejar, katanya. Maruah lagi mahal wooo... kalau setakat hilang seluar jeans yang harganya Rm150 tu tak boleh beli dengan maruah aku...katanya. Takpalah rezeki dengan seluar barunya hanya setakat itu.
Ada lagi kisahnya, kali ni 18XL punya. (kalau korang yg berjiwa suci tak payah bacalah) Ada sekali tu aku tengok si Iss ni kerap sangat berulang-alik ke Kuantan. Dalam bulan tu sahaja dah tiga kali, aku pun hairan juga nak kata jumpa saudaranya, tak mungkin sebab aku kenal semua adik beradiknya takda pun yang tinggal di Kuantan, Akhirnya bila dah selalu sangat aku desak barulah dia ceritakan hal yang sebenarnya. Tetapi sebelum dia cerita, aku kena berjanji dulu, jangan kasi tau orang kampung. (korang dah tau pun jgn bagi tau juga k) Gini ceritanya: Kebetulan ada sekali tu semasa Iss nak ke Kuantan, Iss duduk di kerusi no dua dari belakang, dibahagian luar kerana kerusi dibahagian tepi tingkap dah ada orang lain lepak terlebih dahulu. Dalam perjalanan tu Iss buka surat khabar besar2. Tak sangka pula perempuan yang sebelahnya berminat untuk membaca sama. Dengan sebab itu mereka menjadi mesra. Iss kalau diajak berborak tak larat nak layan. Perempuan sebelahnya itu berumur 30an, seorang tukang urut lelaki punya ehemmm. Dia mengenalkan dirinya sebagai kak Liza, dalam ceritanya itu, banyak sudah budak sekolah disekitar Kuantan mendapat khidmatnya. Untuk meyakinkan Iss, kak Liza mengeluarkan minyak urutnya, lebih memeranjatkan lagi bila dia menawarkan untuk membuat demo urutan dengan betul kepada Iss di situ juga, Iss menjadi takut, lagipun dalam bas tak sesuai, tempat terbuka, mana tau kang orang nampak. Dalam tengah bertolak tarik begitu akhirnya kak Liza membuka zip seluar Iss, Iss tergamam, “Ko lindunglah dengan surat khabar ni sikittt”... kata kak Liza, Iss menurut sahaja macam kerbau ditindik hidung. Dari cara urutannya memang benarlah dia ni tukang urut, semua urat saraf dia tau dan disebutkan namanya sekali.
Oleh kerana jiwa kacau masa tu, lagi pulak hawa sejuk dari aircond kuat sangat, urat tak mau tegang, bertungkus-lumus juga kak Liza betulkan urat saraf Iss masa tu, hingga dia menarik tangan kanan Iss lalu diletakkan diatas dadanya. Sementara tangan kiri masih memegang surat khabar, nak cover line. Wow......ini kali pertama mendapat layanan percuma begini, hingga lupa perasaan malu, lepas tu tak sampai satu minit, sudah game over....kak Liza sempat kutuk, katanya, “awak ni macam ayam jantan, kejap je dah keluar”, kak Liza menasihatkan Iss supaya berubat dengannya selama tiga kali berturut-turut. Satu kali khidmat bayarannya sebanyak Rm30.00. Dah terlanjur kena urut sekali lebih baik habiskan, kata Iss, semasa dia pergi ke tampat kak Liza tu, memang ramai budak2 sekolah yang datang, budak India pun ada. Setakat ni dah masuk enam kali dia kesana, dah ketagih la pulak... “Ada perubahan tak bila dah banyak kali kena urut? tanya aku. “Ada, sekarang ni lebih aktif lagi”, jawabnya. Patutlah asyik berulang ke Kuantan je, ada penyedap rupanya.
Ada lagi ceritanya, masih lagi 18XL punya. (budak2 jgn baca) Dailog Orang buta berkahwin dengan perempuan bermulut sumbing (Sengau), Konon katanya ada budak2 ni sekodeng. Pendek je ceritanya, biasalah pada malam tu, si buta teraba-raba mencari sesuatu, apabila mendapat apa yang dicarinya, si isteri, bersuara,
Isteri sumbing : Jumpa ya dalam tak nampak tu... (nada sengau),
Si suami Buta : Atas saja buta, bawah tak buta... (Berlagak)
selang beberapa minit, si suami bersuara pula...
Si suami Buta : Bagus je tak kurang apa2
Isteri sumbing : Kat atas je sumbing bawah tak sumbinggggg... (nada sengau marah)
Dalam tengah berbual panjang tu rupanya no giliran aku sudah di panggil, tak sedar dari tadi kami berborak rupanya jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang, cepat pulak masa berlalu, masib baiklah ada member lama, kalau tidak dah tentu aku mati kutu. Dari luar (tempat parking) aku dapat melihat nombor aku sudah naik di screen. Aku cepat2 bergegas menuju kunter no 4. “Lepas ni kita sambung lagi”, kata aku.
1 komentar:
brabo....
seronok juga membaca cerita begini...
teruskan kreatif anda!
Posting Komentar