1.5.10
Bila Isteri mula mabuk
Malam Ahad tu sekembalinya aku kerumah, Isteri (Is3) aku asyik senyum je, aku saja buat tak reti supaya dia yang mulakan bicara dahulu, mungkin dia dah tak tahan sangat menunggu pertanyaan aku, lantas dia yang bersuara dulu...”Abanggg,.. ini ada berita gumbira buat abang”... “apa yang gumbiranya”, kata aku (sambil lewa). “Jom naik atas Aza nak tunjukkan bukti” katanya...Rupanya ujian preanancy test tu positif, ada dua line dengan jelas, dah sah dia hamil, Alhamdulillah...kataku. seharian bekerja tibalah waktu memunggut hasilnya, tetapi aku cuba menahan gembira kod2 tak menjadi, dulu dah dua kali sekerat jalan je. “Esok gi test kat klinik baru boleh comformkan” kata aku. Petang esoknya selepas waktu pejabat is3ku terus ke Klinik Iman, Doktor Fauziah sangat teruja, “masa yang ditunggu sudah tiba, kali ini jaga betul2” nasihatnya, macam2 tips dan pantang larang diberinya sungguh dia juga tumpang gembira.
Berita baik itu tidak kami hebohkan dulu, saja nak buat kejutan, (bimbang tak terkejut) hingga kini sudah dua bulan masa berlalu, Is3ku sudah mula berubah sikap, tak boleh bau ayam goring, kari daging, minyak wangi, dan badannya sangat lemah, apa yang dimakan atau diminum pasti dimuntahkan semula, sudah hampir dua minggu dia begitu, akhirnya pada malam 22 April 2010 aritu aku terpaksa membawanya ke HUKM, dan seperti mana yang dijangka Is3ku ditahan disitu kerana kekurangan kandungan air dalam badan. “ Eloklah kena tahan kat sini, biar badan tu segar sikit, bila masuk air nanti... nasihat aku, Aku jadi bujang kembali selama tiga hari, penat sungguh bila semua kerja rumah kena buat sendiri, kain ada berbakul-bakul, pastu nak kena lipat pulak bila dah basuh. Bukan aku tak biasa buat kerja tu semua, masa bujang dulu inilah kerja aku bila hari minggu, tapi kini berbeza sebab ada orang tukang komen, kononnya aku lipat kain tak cantiklah, tak sama besarlah, pastu pulak aku basuh pinggan pun tak cantik masa susunnya...payah sungguh semuanya tak betul. Bagi aku asal aku buat kerja tu semua kira oklah tu.., jangan tak buat langsung.
Mengidam pun satu hal juga, dia nak suruh aku cari buah laichi, “alahai... laichie,...senang je kat kedai berlambak”, rupanya dia tak mau yang dalam tin, dia nak yang segar, dia pernah makan dekat Perhentian Bas Temerloh hari tu, mana nak cari yang segar macam tu... dah puas aku cari tak jumpa sebab bukan musim dia. Akhirnya aku kerahkan kakak2 dekat ofis supaya carikan untuk aku. Pada hari Jumaat tu Kak Mus, Kak Izan dan Kak Jaini sudah pergi serang pasar Chow Kit, disitu hanya ada satu gerai sahaja yang ada buah laichi, itu pun sudah layu, namun begitu biarlah ada daripada tak dapat langsung, yang layu pun harganya rm7 setengah kilo, “dah bukan musim dia kakkkk” kata penjualnya.
Malam tu aku bawakan buah laichi ke HUKM, terkejut juga Is3ku bila tengok buah yang diidamkannya ada disitu, cepat2 dia duruh aku kopekkan, tiga ulas saja yang dimakannya, selebihnya dia suruh aku makan, mana aci macamni dah penat cari makan tiga ulas je. “Buahnya kecik2 tak macam yang kat Temerloh tuuuu”...katanya. “Takpalah, nanti kita gi Temerloh, kita belasah banyak2..ok”. Berselang beberapa hari lepastu, dia mintak lagi, “abanggg... otak Aza ni asyik teringat buah laichieee je..macamana”. “nanti musim dia dapatlah”..kata aku. Kini Is3ku dilarang membuat sebarang kerja, tubuhnya tetap lemah walaupun baru balik dari hospital, berat sungguh dugaannya, kata pak mertua aku, semua anaknya begitu, kakaknya dulu lebih teruk dari itu, hinggakan muntah keluar darah berketul-letul, eee...ngerinya, patutlah ada orang kata, beranak tu hampir hilang separuh nyawa. Bagi Is3ku pulak, mabuk2nya saja dah macam hilang separuh nyawa, macamana kalau beranak nanti, semoga Allah selamatkan semuanya...aaminnnn.
Petang tadi tugas untuk membelikan barang keperluan untuk Pak Mertua aku, diambil alih oleh biras dan kakak ipar aku, dah tu sempat pulak diaorang buat sup tulang buat kami lagi, boleh gitu... untuk keselamatan isteri aku lebih terjamin kakak ipar aku offer kan diri supaya dalam tempoh isteri aku mabuk2 ni, biar dia sahaja yang jaga, kalau nak harap aku mungkin kelam-kabut sikit, pengalaman takda. Aku setuju je sebab itu idea yang bagusss.. kini dada aku sentiasa berdebar, risau akan keselamatan Is3ku dan kandungannya, kalau boleh biarlah hari2 yang ditunggu-tunggu itu cepat datang...lambat lagi bulan Disember tu....
Hari2 yang aku lalui juga banyak berubah, kalau dulu Is3ku drive sendiri bila pergi kerja, kini terpaksa aku yang hantar bimbang kalau2 dia termuntah semasa drive bahaya pulak. Soal kerja rumah dah lali dah, al-maklum sajalah kawin lambat, tapi yang kelakarnya kebanyakan kerja rumah yang aku buat banyak yang alakadar sahaja, contohnya semasa basuh kain kadang tu aku malas nak asingkan kain, kalau baju atau seluar yang murah aku biarkan saja bercampur dengan kain yang warnanya turun, lantak jelah....itu pasallah ada sesetengah baju putih aku tiba2 je ada tompok kelabu, itu yang Is3ku hangin sangat tu.. ada sekali tu aku tergesa-gesa sangat nak ke Masjid ada kuliah lapulak, aku capai je kain yang baru basuh tadi mana yang sempat, semasa tengah duduk antara dua sujud dalam solat tu, aku terasa terduduk diatas suatu benda yang keras, sakit jugalah bontot aku menahannya, nak tunggu selesai solat terasa punyalah lama, rupanya benda tu adalah penyepit kain, nasib baik ia berada disebelah dalam, kalau sebelah luar dah tentu orang belakang aku nampak. poyooo je. Hari lainnya pulak, malam tu aku tak dapat tidur sampai ke subuh, bila azan je aku terus kesurau berdekatan, masa tu kepala aku tengah mamai, selesai je solat aku cepat2 undur kebelakang, undur punya undur hampir aku nak terduduk diatas riba Pak Bilai subuhtu, wah malunya, ini semua sebab kurang tidur... masa undur tu...mata pejam.
Di tempat kerja pulak, diaorang ni penat aku nak layan, aku minum air kopi tongkat ali pun tak boleh, “nanti tongkat ko nak letak kat mana ?, bini tengah sarat tuuu... eloknya ko simpan dulu tongkat ko tuuu...” kata kakak otai tu. Bila aku duduk diam je ada pulak yang tegur, “hai diam je kepala punuh air ke..?. ada juga yang tegur begini, “bila mesin taip rosakkk.. masa tu lah ko perlu tulis tangannn... ada sorang lagi Mat Kacau (gelarannya) “ dulu masa bujang sibuk nak kawin, bila dah kawin nak anak pulakkk...bila bini dah mengandung, dah mata lebam tak cukup tidur jaga bini kat hospitalll... “siapa suruh buat?...” dah buat tanggong laaa...” gitulah gurauan kawan2. apa2 pun ini semua pengalaman baru yang perlu aku lalui, begitulah lumrah kehidupan. Kepada Isteri aku, harap banyak2 bersabar, sakit dan jerih payah ketika mengandung serta melahirkan zuriat itu akan mengurangkan dosamu, percayalah... abang akan sentiasa bersamamu..
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
2 komentar:
Taniah!... berjaya juga akhirnya...
TAHNIAH....
HEBAT NUKILAN PENGALAMAN, BANYAK-BANYAK BERSABAR...AMIN
Posting Komentar