12.9.10

Begitulah kisahnya...



Sekitar tahun 2006-2007 aku menyewa rumah flat kat keramat, disitu aku tinggal berdua dengan member lama (A). Rumah flat lima tingkat  ni dekat jer dengan tempat kerja aku. Kalau gi kerja bangun kul lapan pun sempat. Member yang tinggal dengan aku tu pulak kerja malam, memang susah nak tengok mukanya, gi kerja kul dua petang balik kul dua pagi, bila hari cuti lak dia akan ke KL cari ketenangan katanya...begitulah rutin hidup A setiap hari.

A memang ramai kawan, (Orang kg nya) kadang tu kawan dia ni pelik2 sikit, mungkin dari latar belakang yang berbeza. Ada sekali tu sekadar selingan dari cerita sebenar, kawan A, yang tak pernah aku jumpa sebelum ni tanya aku, "mana budok perempuanggg tu...?. aku tercengang...masa tu aku kat depan pintu dan dia siB, kat luar pintu, sementara grell belum dibuka, kami bercakap melalui celah grell, (tak berani bagi dia masuk) aku bertanya kembali "budak perempuan mana pulak"? budok perempuanggg yang datang sini, katanya, "takda pun budak perempuan yang datang" kata aku, B tetap mengatakan ada, sampai aku penat nak terangkan, mujur lepas tu A tarik dia kebawah. (dalam hati aku berkata ini tentu mat gian) rupanya dalam khayalannya bekas tunangannya datang kesitu, dia sangat percaya dengan khayalannaya. Pernah terjadi dikampungnya dia, aku letak nama B, menyelamatkan seorang bayi dari lemas, B dapat perkhabarna tentang bayi yang akan dibuang oleh bapa budak itu, melalui imejenasinya, (bisikan) sejak itu B percaya penuh dengan imejenasinya, hingga terbawa-bawa sampai kat rumah aku...ada juga orang macam ni.

Kembali ke cerita asal: Ada sekali tu A bawa abang datang kesitu (aku letak namanya C), memang aku kenal sangat dengan abangnya, dulu pernah satu team bolasepak kat tempat kerja lama. Masihku ingat lagi saat percintaan C dengan isterinya, pastu dia kawin pun kami datang siap tidur kat Felda lagi (rumah pengantin perempuan). Abang kawan aku ni memang segak sikit, macam Jamal Abdillah pun ada. sebab tu ramai awek yang sangkut. Aku nak ulas banyak sikit tentang abangnya ni. Dari segi karektornya memang baik orangnya, pandai bergaul. Dah tu pegi mana2 mesti dapat awek.

Sebenarnya dah lama sangat aku tak jumpa dengan C, kali terakhir jumpa ditahun 1995, aku mengharapkan dia bahagia bersama isterinya, Pada hari ini ditahun 2006 dia muncul kembali dengan imej yang berbeza, badannya susut, muka pucat tidak bercukur rapi, pakaiannya juga lusuh kotor dan tidak terurus. Apa dah jadi dengan playboy sorang ni, dah bercerai ker...?. Aku malas nak tanya soalan itu, nanti ada yang tersinggung pulak. Takpa lambat laun aku akan tau juga bila tiba masanya. Dia pula kelihatan tidak begitu mesra, seperti ada menyorokkan sesuatu, berborak sekejap dah nak masuk bilik, aku sangka mungkin dah penat sangat dalam perjalanan kesini. Dua hari dia disitu tak keluar bilik, pada hari yang ketiganya dia hilang tanpa sepatah ucap selamat...


Seminggu selepas itu sorang lagi abang A datang, aku letak namanya D, dia ni sangat peramah, akhirnya apa yang terjadi pada adiknya diceritakan. Sungguh sedih kisahnya, betullah kata orang jika kita terlibat dengan dadah, kesannya membawa kemati. Nak tau macamana A berjumpa dengan abangnya C...? Sebenarnya A telah lama mencari abangnya C di KL, mengikut cerita kakak iparnya (isteri C) C telah hilang mungkin ke KL, orang kampung sedang mencarinya, konon ada kes kecurian dan songlap duit skim cepat kaya (gitulah lebih kurang). Patutlah A asyik berulang ke KL jer... Pada hari itu A, dah hampir putus asa kerana dah dua minggu dia keliling KL tetapi abangnya tidak juga dia ketemui. Akhirnya A lepak kat bawah jambatan berhampiran PWTC, sambil melihat air sungai mengalir macam teh tarik. Dibawah jambatan itu ada beberapa orang nyenyak tidur diatas hamparan kotak2. A menunggu disitu  sambil menghabiskan beberapa batang rokoknya. Tak lama kemudian ada seseorang menegurnya, "brooo...mintak rokok sebatang... A,menghulurkan rokok padanya, Diringkaskan cerita, A bertanya kalau2 si E kenal abangnya sambil menunjukkan gambarnya. Kata E, dia perasan ada seseorang macam ni merayau dikawasan itu semalam, cuba cari kat hujung semak sana.

A bergegas kehujung semak, memang ada seseorang sedang tidur lena dalam semak pokok lalang. Bila A hampir sahaja disitu terus sahaja dia dapat mengecam bahawa itu adalah abangnya. A terduduk disitu sambil menangis mengenangkan nasib abangnya, tak sangka abangnya jadi seperti itu, petapa hancurnya hati A pada ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Di kampung abangnya adalah hero, ramai anak muda cemburu dengannya, pernah jadi model iklan kat majalah lagi...sekarang dah jadi macam orang gila. Rumah tangganya hancur, isterinya dikecam taruk oleh keluarganya apa tidaknya semua keperluan ditanggong oleh siisteri, Setelah sebak didada hilang barulah A mengejutkan abangnya, lantas dibawanya kesini... rumah flat kami. Mendengar cerita dari D, aku terduduk macam tidak percaya, apalah yang dicari oleh C sehingga terpengaruh dengan barang seperti itu.

Berita terbaru aku terima dari A, sangat mengejutkan, C telah kembali ke rahmatullah dalam usia 41tahun....semoga rohnya aman disana. Khabarnya ubat tahan ketagihan itu terlalu kuat membuatkan dia maut..

3 komentar:

Anonim mengatakan...

Kes Jual barang Electrik

Bercerita tentang drug addict tidak lagi Klincewicz method. Tetapi ana ada satu nostalgia. Sekitar 90an, suatu malam minggu ana didatangi seorang lelaki ketika menunggu bas di depan Bangunan Mara. Lelaki itu bersungguh-sungguh ingin menjual barangan electrik. Ana jadi tertarik lalu bertanya itu dan ini. Sekitar 5 minit dia mempermosi barangannya walaupun barangan itu tiada ketika itu.

Tingkah-laku semasa mempromosinya cukup class bertaraf 3 bintang. Barangan itu terletak di Chow Kit Road. Si lelaki itu cuba mengajak ana ke suatu lorong gelap dekat Chokit Road tetapi ana mengelak. Lalu meminta Si Lelaki itu menunjukkan jenis apa barangan itu hanya di Pertama Complek. Kami pun pergi dan melihat barangan letrik. Sepanjang perkenalan itu ana sudah mensyakki sesuatu bakal terjadi. Si Lelaki itu nampak lalok dan hoyang. Dia bersungguh-sungguh mempelawa pergi ke Chow Kit Road lalu ana menayatnya mengatakan hendak jumpa abang dekat Balai Polis Cambell dulu. Dan mengajaknya sekali, sekejap aja kata ana. Dia berubah air muka dan selamba beredar...


Sheikh Mustafa Kaml Al Aziz

Anonim mengatakan...

Berdengung di dalam tandas

Satu lagi kes berlaku kepada sepupu ana. Sepupu perempuan ana ni mempunyai seorang teman lelaki dan sering mempelawa ke rumahnya. Maka seringlah teman lelakinya datang.

Nak jadi cerita, kalau teman lelaki itu datang dia akan menggunakan tandas kayu di luar di rumah sepupu ana. Yang peliknya, dia akan memakan masa yang cukup lama di dalam tandas itu. "Berak batu ke Mamat ni?", tanya emak sepupu ana. Dia berada di dalam sekitar 1 jam. Si sepupu ana juga naik hairan wal terkejut dengan feel teman lelakinya itu.

Selang sebulan teman lelaki itu datang lagi pekena masakan Kelantan di rumah sepupu ana. Masing-masing sudah merancang sesuatu. Rupa-rupanya teman lelaki itu hendak menggunakan tandas di luar rumah itu lagi. Setengah jam dia masih berada di dalam tandas dan abang sepupu ana sudah mendekati tandas itu. Sepupu sudah menebuk lubang dan dapat melihat gelagatnya di dalam tandas. Rupa-rupanya dia sedang syook menghisap ganja dan berdengung...

Sheikh Mustafa Kaml Al Aziz

jacklee mengatakan...

Sab....banyak nya pengalaman engkau ni, pandai susun cerita lak tu. Ada sesetengah cerita tu...ermmm cam kenal je watak eh!! hahaha...bagus! bagus!! Aku cuma nak komen, kau kena lebih hati-hati sikit dari segi ejaan sesetengah perkataan terutamanya perkataan Inggeris yg dah di Melayukan...contohnya "grill bukan grell"..."imaginasi bukan imejenasi"..dan aku perasan sebelum ni pun ada banyak gak kau silap spelling....ok!!! good luck!!!!!