31.1.10

Sejarah Valentines Day


Tarikh 14 Februari, adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh golongan yang bercinta setiap tahun. Hari yang lazimnya disebut 'Valentines Day' ini, konon adalah saat mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada pasangan masing-masing dengan memberi hadiah berupa wangian, mawar, coklat dan lainnya. Seakan tidak terkecuali, remaja yang mengaku Islam pun turut larut dalam acara tahunan ini, tak susah nak cari contoh yang jauh malahan orang yang paling hampir dengan kita pun ada meminta hadiah macam2, ini aku citer ni mudahan dia faham. Ada sekali tu ketika aku mengikuti khutbah Jumaat, di khabarkan masalah remaja berpeleseran disekitar Masjid Jamek KL berpasangan di cekop dimalam “Valentine's Day”. Yang lebih teruk lagi pada paginya ada terdapat pasangan melayu yang tidur terdampar berpasangan dikaki lima masjid. Ada lagi yang lucu, tukang kebun sudah komplen, katanya pada malam sebegini (Valentines Day, Tahun Baru, Hari Merdeka) banyak terdapat belon2 bertaburan dicelah pokok2 bunga masjid, agak2 korang, siapakah punya angkara ini?, dari bangsa, atau agama manakah mereka itu?

Meh sini aku nak citer....Asal kewujudan Valentine's Day

Perayaan ini termasuk salah satu hari raya bangsa Romawi (penyembah berhala), di mana penyembahan berhala adalah agama mereka semenjak lebih dari 17 abad silam. Perayaan ini merupakan ungkapan dalam agama Romawi Kecintaan Terhadap Sembahan mereka. Perayaan ini memiliki akar sejarah berupa beberapa kisah yang turun-temurun pada bangsa Romawi dan kaum Nasrani pewaris mereka. Kisah yang paling masyhur tentang asal-usulnya adalah bahawa bangsa Romawi dahulu meyakini bahawa Romulus Pembangun Kota Roma disusukan oleh seekor serigala betina, sehingga serigala itu memberinya kekuatan fizikal dan kecerdasan fikiran. Bangsa Romawi memperingati peristiwa ini pada pertengahan bulan Februari setiap tahun dengan peringatan yang megah.


Di antara ritualnya adalah menyembelih seekor anjing dan kambing betina, lalu dilumurkan darahnya kepada dua orang pemuda yang kuat fizikalnya. Kemudian keduanya mencuci darah itu dengan susu. Setelah itu dimulailah perarakan besar dengan kedua pemuda tadi di hadapan rombongan. Keduanya membawa dua potong kulit yang mereka gunakan untuk melumuri segala sesuatu yang mereka jumpai. Para wanita Romawi sengaja menghadap kepada lumuran itu dengan senang hati, kerana menyakini dengan itu mereka akan dikurniakan kesuburan, keberkatan dan mudah melahirkan zuriat.

Apa Hubungan St. Valentine dengan Perayaan ini?

Cerita Merepek Versi I:
Disebutkan bahawa St. Valentine adalah seorang yang mati di Roma ketika diseksa oleh Raja Claudius sekitar tahun 296 M. Di tempat terbunuhnya di Roma, dibangun sebuah gereja pada tahun 350 M untuk mengenangnya. Ketika bangsa Romawi memeluk agama Nasrani, mereka tetap memperingati Hari Kasih Sayang ini. Hanya saja mereka mengubahnya dari makna kecintaan kepada sesembahan mereka, kepada pemahaman lain yang mereka istilahkan sebagai tanda kasih sayang, yakni St. Valentine, sang penyeru kasih sayang dan perdamaian, (yang menurut mereka mati syahid pada jalan itu). Di antara aqidah batil mereka pada hari tersebut, dituliskan nama-nama pemudi yang memasuki usia nikah pada selembar kertas kecil, lalu diletakkan pada talam di atas almari buku. Lalu diundanglah para pemuda yang ingin menikah untuk mengambil salah satu kertas itu. Kemudian si pemuda akan menemani si wanita pemilik nama yang tertulis di kertas (yang diambilnya) selama setahun. Keduanya saling menguji perilaku masing-masing (bersekedudukan), baru kemudian mereka menikah. Bila tidak serasi, mereka mengulangi hal yang serupa ditahun mendatang. Para pembesar agama Nasrani menentang sikap merepek ini, dan menganggapnya sebagai perosak akhlak para pemuda dan pemudi. Maka perayaan ini pun dilarang di Itali. Dan tidak diketahui bila perayaan ini dihidupkan kembali.

Cerita Merepek Versi II:
Bangsa Romawi di masa dahulu merayakan sebuah hari raya yang disebut hari raya Lupercalia. Lupercalia adalah upacara ritual kesuburan yang dipersembahkan kepada Lupercus (dewa kesuburan, dewa padang rumput, dan pelindung ternak) dan Faunus (dewa alam dan pemberi wahyu).

Pada tahun 494 M, Dewan Gereja di bawah pimpinan Paus Gelasius I mengubah ritual tersebut menjadi perayaan purifikasi (penyucian diri). Dua tahun kemudian, Paus Gelasius I mengubah tarikh perayaan, dari 15 menjadi 14 Februari. Ini adalah hari raya yang sama seperti pada kisah versi I di atas. Pada hari itu, mereka mempersembahkan qurban bagi sembahan mereka. Mereka meyakini bahwa berhala-berhala itu mampu menjaga mereka dari keburukan dan menjaga binatang ternakan mereka dari serigala. Ketika bangsa Romawi memeluk agama Nasrani, dan Raja Claudius II berkuasa pada abad ketiga, dia melarang tenteranya menikah. Kerana menikah akan menyibukkan mereka dari peperangan yang mereka lalui. Maka St. Valentine menentang peraturan ini, dan dia menikahkan tentara secara diam-diam. Setelah diketahui Raja, lalu memenjarakannya dan seterusnya dihukum mati.


Cerita Merepek Versi III:
Raja Claudius II adalah penyembah berhala, sedangkan Valentine adalah penyeru agama Nasrani. Sang Raja berusaha mengeluarkannya dari agama Nasrani dan mengembalikannya kepada agama Romawi. Namun Valentine tetap teguh memeluk agama Nasrani, dan dia dibunuh karenanya pada 14 Februari 270 M, malam hari raya Romawi_ Lupercalia. Ketika bangsa Romawi memeluk agama Nasrani, mereka tetap melakukan perayaan ini, hanya saja mereka mengaitkannya dengan hari terbunuhnya Valentine untuk mengenangnya.

Motif Perayaan Hari Kasih Sayang

  •  Menampakkan kegembiraan dan kesenangan.
  • Saling memberi mawar merah, sebagai ungkapan cinta, yang dalam budaya Romawi merupakan bentuk cinta kepada berhala sembahan mereka.
  • Menyebarkan ucapan selamat hari raya tersebut. Pada sebahagiannya terdapat gambar seorang anak kecil dengan dua sayap membawa anak panah. Cupid adalah dewa cinta erotis dalam mitologi Romawi.
  • Saling memberi ucapan kasih sayang, rindu, dan cinta dalam bungkusan ucapan yang saling mereka kirim.
  • Di banyak negeri Nasrani diadakan perayaan pada siang hari, dilanjutkan malamnya berdampingan sambil menari bercampur gaul lelaki dan perempuan.

Para pembesar Nasrani telah menentang perayaan ini kerana timbulnya kerosakan akhlak pemuda dan pemudi akibat perayaan ini, maka dilaranglah perayaan ini di Itali, pusat Katholik. Lalu perayaan ini muncul kembali dan tersebar di Eropah. Dari sanalah menular ke negara kaum muslimin. Di negara Muslim pula perayaan ini di semarakkan lagi melalui media elektronik dan media cetak, lalu jadilah kita budak2 melayu yg layu, terpesona dengan ajaran sesat ini...
Aku dah cerita dah, korang tak nak percaya gasak koranglah, yang penting mesej itu telah sampai...lepas ni aku tak payah beli hadiah untuk bini aku....hahahah...

21.1.10

Jatuh Cinta Dengan Shila Majid


Kisah ini dipetik dari pengalaman seorang rakan (budak Kelantan) Versi sebenarnya dah tentu dalam dialek Kelantan kini di 'melayu'kan (dapatkan dipasaran), Cerita ini berlaku di Kuantan masa tu dia tinggal di situ, bekerja sebagai pelayan direstoran berhampiran stesyen bas, masuk jam 7.00 pagi balik jam 12 malam. Sebenarnya restoran tu ada dua shiff, tapi dia bersama membernya  pulun dua shiff sekali, saja nak cari duit lebih masa tenaga tengah kuat ni......


Begini Al Kisahnya:
Selalunya habis kerja kami lepak kat stesyen bas dulu kacau awek. Siapa yang bernasib baik dapatlah habuan mereka pada malam itu. Selalunya dia orang ni tak kedekut, dapat satu awek kongsi berlima. Boleh dikatakan rumah sewa kami tidak sunyi dari awek2 bodoh yang mudah percaya dengan tipu muslihat lelaki. Kebanyakan yang menjadi mangsa budak2 yang tertinggal bas, dah tu pulak takda tempat nak bermalam. Mudahlah nak kelentong. Kalau awek yang macam alim sikit bertudung ke susah nak bawak balik ke, tuba lah jawapannya (letak ubat tidur dalam air minumannya)

Memang tiap2 hari begitulah rutin hidup kami sepanjang aku bercampur dengan budak2 sekerja ni. Ada satu pengalaman yang tidak akan aku lupa terjadi ketika aku terjebak dalam kegiatan tak bermoral ni, begini kisahnya.…ada sekali tu nak dijadikan cerita, pada malam tu selepas habis kerja aku bergegas ke stesyen bas, biasalah sejak menjadi “angkatan buaya darat” ni kalau tak dapat mangsa tak senang duduk, hari ini adalah hari ke lima aku tidak mendapat mangsa baru, kepala terasa berdenyut otak takda fikir lain, aku mesti dapatkan jugak habuan pada malam ini. Tadi semasa di restoran aku tak fokus sangat, orang order lain aku bagi benda lain, ini semua kerana dah kemaruh awek segera.

Pada malam itu hujan gerimis, sesampai aku di situ kelihatan lengang sahaja, tidak ramai sangat orang yang berada disitu, gerai2 yg berhampiran semuanya sudah bersiap nak menutup kedai. Aku ligat meninjau-ninjau segenap penjuru, dari kejauhan kelihatan ada seorang awek bersendirian, berpakaian serba hitam, seluar ketat, bajunya menampakkan lurah dendam, muka macam Shila Majid tetapi lebih besar saiznya, lebih kurang sama tinggi dengan aku, awek beginilah yg aku cari selama ini. Bila aku menghampirinya, dia senyum sahaja tiada menunjukkan riak sombong atau  takut. Ini membuatkan aku lebih confident. Ayat pertama aku :
Aku: Ingatkan Shila Majid tadi....
Awek: Ramai orang cakap cam tu (suara perlahan)
Aku: Tunggu kawan ke?
Awek: Takdalah saja duduk, seronok tengok laut.
Setelah panjang lebar kami berbual, akhirnya aku pelawa awek yg mengaku namanya Dolly itu minum. Yg hairannya dengan mudah sahaja dia menurut. Tidak seperti awek2 yg lain, setelah bersusah payah memujuk rayu baru menurut. Aku beranggapan mungkin awek ni dah cair dengan ayat2 power aku tadi. Lagi satu yang aku tertarik sangat dengan Dolly ni, bila dia jawab semua pertanyaan aku perlahan sahaja seakan-akan berbisik sungguh romantis sekali. Kadang2 bibirnya hampir terkena cuping telinga aku. Pada ketika itu aku dah mula mabuk asmara. Aku akan jadikan awek ini special dalam hatiku.
Dalam perjalanan menuju mamak conner, hujan masih lagi belum berhenti meskipun cuma rintik2 sahaja, jadi aku mesti melalui lorong2 rumah kedai menuju ke situ, ini kira short cut la. Bukan takda jalan lain dah, cuma jalan ini aku pilih kerana terdapat banyak anjing2 liar berkeliaranl di situ, kalau anjing tu salak kami nanti dah tentu Dolly pegang aku punya. Jadi herolah aku masa tu. Tektik ni dah banyak kali aku buat semuanya menjadi. 



Memang benar tekaan aku, Dolly memang takut pada anjing, takkala sampai sahaja dilorong itu anjing yang duduk2 disitu bingkas bangun, Dolly memegang lenganku dengan lebih erat sambil merungut kerana anjing banyak. Suhhh,suhhh,suhhh, Dolly halau anjing, aku diam saja sebab anjing ni kira geng aku juga. Semakin jauh kami berjalan semakin banyak pula anjing kelihatan disitu. Apabila kami sampai di setengah dari lorong yg panjangnya lebih kurang 60 meter itu, ada seekor anjing bersaiz besar sedang menunggu kami, suaranya sangat kuat, berbulu hitam bengis pulak tu, Dolly menyuruh aku berpatah balik, aku cuba tenangkan, kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita… walaupun begitu kaki kami tetap melangkah melintas dihadapan  anjing yg besar itu, setelah lebih kurang lima langkah meninggalkan anjing itu, Dolly tiba2 lari dengan pantasnya meninggalkan aku disitu, melihat keadaan itu anjing yg besar itu tiba2 bingkas mengejar Dolly, aku tidak dapat berbuat apa, suasana tidak dapat dikawal lagi, Dolly berlari sambil menjerit tolonnngggg.......!!! tolonnggg....!!! anjing kejar akuuuu… Cara Dolly berlari macam altelit sukan 100 meter, pantas sungguh, kagum aku melihatnya. Tadi aku dah nasihat dah, jangan lari bila lalu dihadapan anjing, nanti di kejarnya. Sampai dihujung lorong anjing yang mengejar berhenti di situ, Dolly terus belari dan naik ke atas semacam simen berbentuk kotak yg tingginya lebih kurang empat kaki (kotak TNB kat tepi jalan tuuu..) Dengan itu Dolly selamat dari anjing liar disitu.

Ada sesuatu yg aku musykil dengan Dolly ni, macamana dia boleh berlari begitu pantas sehingga anjing yg begitu besarpun tak terkejar. Akhirnya apabila aku sampai disitu, aku pun bertanya siapa dia sebenarnya, dia tidak mahu menjawab tetapi setelah aku desak juga barulah dia beritahu hal yang sebenarnya. Nama sebenarnya bukanlah Dolly tetapi Dollah... tersentap aku mendengarnya rasa kecewa meresap hingga ke tumit, musnah segala impian, dek kerana geram sangat sebab tertipu, aku bergaduh dengan Dollah disitu, dipendekkan cerita aku kalah dalam pergaduhan itu, tenaganya sangat kuat, teruk aku dikerjakan, sampai aku terjatuh ke dalam longkang. Dalam tengah syok bergaduh itu tiba2 terdengar sairen kerata polis yg kebetulan lalu dikawasan itu. Dollah dah cabut lari awal2 lagi macam kilat, tinggal aku disitu bersoal jawab dengan Brother Polis tu. 



 

Dipendek cerita lagi, setelah semuanya selesai Brother Polis tu hantar aku balik rumah. Malam itu aku tidak boleh melelapkan mata hingga subuh, perasaan marah masih lagi belum reda. Pandai sungguh si Dollah tu sembunyikan sifat dia sebenarnya, hingga aku tertipu. Melepas aku nak ber'awek'kan seorang yg rupanya macam Shila Majid. Kawan2 sebilik sangkakan aku bergaduh dengan dua atau tiga orang lelaki biasa hingga lebam begini, aku tak cerita hal sebenar, saja nak cover line… kalau dia orang tau aku kalah gaduh dengan pondan, pendek kata sampai berbulanlah aku kena kutuk…

27.12.09

Jumpa Rodong Lama




Lepas Raya Haji baru2 ni aku buat IC kat Maju Junction, tak sangka ramai sungguh manusia kat situ, macam kat Bustand Klang pun ada, sebenarnya chip IC aku rosak, kat mana2 bank pun tak boleh trace, hari tu baru berkesempatan, ingatkan tak ramai orang, maklum sajalah baru lepas raya. Aku sampai kat situ lebih kurang pukul 12.00 tengahari. No giliran aku ialah 375, no yang sedang berurusan ialah 112, lama sangat lagi nak kena tunggu, kaunter pulak tu banyak yang kosong, mungkin pegawainya masih bercuti.

Untuk memenuhkan masa aku sempat lagi mundar-mandir disekitar kedai Maju Junction, hampir semua kedai aku redah, tak ada satu benda pun yang menarik. (sebab duit tak banyak) hampir satu jam aku berkeliaran, bila aku kembali semula di JPN tingkat 6, no yang berurusan ialah no163, aduhhh....lamanya lagi. Aku terfikir2 apa benda nak buat ni, kalau lepak kat Partama buang karen je, aku ni bukannya kuat iman sangat, awek cun2 yg nampak pusat bukan main ramai lagi, lagi pulak ekonomi tengah meleset ni karang terbeli barang2 tak tentu pulak, lebih baik jangan. Tengah2 dok terfikir-fikir begitu tiba2 bahu aku ditepuk orang, Sabbbb....rodong lamaaa... Laaa awok rupanya Isss. (lorat Phg).


  Di pendekkan cerita, kami pernah sama2 berkerja di Kilang Perabot sementara menunggu keputusan SPM suatu masa dulu, namanya ialah Ismail, budak Jenderak Selatan Phg, orangnya sangat ramah, suka bercakap kuat bila bercerita, hingga aku terpaksa tariknya keluar dari situ untuk bersembang, antara perangainya yang tidak pernah berubah sejak dulu hingga kini ialah suka mengopek kotak rokok Dunhill (warna keemasan pada kotak itu dikutir hingga kotak menjadi putih) Dah hampir 20 tahun kami tak jumpa, banyak kisah2 lucu semasa kami berkawan tersingkap semula. Apa lagi berdekah -dekahlah kami kat luar pejabat JPN tu. Antara yang paling aku tidak akan lupa peristiwa lucu yang menimpa dirinya dan di imbas kembali masa tu ialah:

Pada hari ini dalam tahun 1991, masa tu kami dua orang shopping sakan di KL, untuk persiapan hari Raya Puasa pada bulan hadapannya. Hampir semua pasaraya yang popular bermula dari Kotaraya, Sinar Kota, Jln M. India, Cambell, Partama Kompleks hinggalah ke The Mall tempat yang terakhir kerana letaknya berhampiran dengan Perhentian Bas Pekeliling. Kami akan balik ke Temerloh pada hari itu juga, kira berbaloi juga, sampai di KL tadi pukul 11 pagi, balik pula pukul 5 petang. Tiket bas dah kami tempah awal2 lagi semasa sampai tadi. Iss shoping banyak barang hingga beg galasnya penuh, bukan semua barangnya, orang kirim pun ada, katanya, nak pergi KL heboh satu kampung lagi. Aku hanya membeli seluar jeans dan kasut je, Yang lucunya, seluar jeans 501 yang baru dibelinya, terus dipakainya semasa di Pertama Kompleks tadi, dah tu sayik suruh aku puji seluar dia je, naik muak aku dibuatnya. Yang lucu lagi bila bas mula nak jalan dia turun, nak gi toilet jap, katanya. Aku ditugaskan supaya suruh brother driver bas tu tunggu dia. (Dia buat macam kat kg dia je)

Dah hampir 10 minit aku tunggu dia, batang hidung pun tak nampak, driver bas tu dah mula merungut. Aku cuba tenangkan, ramai orang dalam toilet tu, kata aku. Akhirnya dah boring sangat menunggu, aku pergi cari Iss di toilet tu, aku tengok tak ramai sangat orang pun, macamana boleh lambat sangat ni, dari situ aku teriak, Isss...Isss...”mana kau”?.. “Hoi... aku kat sinilah”, “nasib baik ko datang, kalau tak, mati keringlah aku kat sini...seluar aku kena curilah celaka betul”, kata Iss. Tergamam aku dibuatnya, payah betul kat KL ni, dalam toilet pun ada pencuri. Dari kisahnya, semasa tengah melepaskan hajatnya, seluar barunya disangkutkan pada pintu, pastu ada nampak tangan terjulor dengan selamba mengambilnya dari luar, Iss tak boleh berbuat apa, hanya setakat menjerit, “pencuri seluarrrr”... Nasib baik semua barang berharga seperti beg duit IC, dah di simpan dalam beg galasnya semasa didalam bas tadi. Akhirnya aku pergi naik bas semula cari seluarnya yg lain dalam begnya, sebelum tu sempat juga aku bisikkan kepada driver bas tu, apa yang terjadi, sepanjang perjalanan ke Temerloh tu, kitaorang tak kering gusi tergelak bila membayangkan macamana kalau Iss kejar pencuri tu tanpa seluar, keliling bustand tu, dah tentu orang sangka orang gila, sebab tu dia tak kejar, katanya. Maruah lagi mahal wooo... kalau setakat hilang seluar jeans yang harganya Rm150 tu tak boleh beli dengan maruah aku...katanya. Takpalah rezeki dengan seluar barunya  hanya setakat itu.

Ada lagi kisahnya, kali ni 18XL punya. (kalau korang yg berjiwa suci tak payah bacalah) Ada sekali tu aku tengok si Iss ni kerap sangat berulang-alik ke Kuantan. Dalam bulan tu sahaja dah tiga kali, aku pun hairan juga nak kata jumpa saudaranya, tak mungkin sebab aku kenal semua adik beradiknya takda pun yang tinggal di Kuantan, Akhirnya bila dah selalu sangat aku desak barulah dia ceritakan hal yang sebenarnya. Tetapi sebelum dia cerita, aku kena berjanji dulu, jangan kasi tau orang kampung. (korang dah tau pun jgn bagi tau juga k) Gini ceritanya: Kebetulan ada sekali tu semasa Iss nak ke Kuantan, Iss duduk di kerusi no dua dari belakang, dibahagian luar kerana kerusi dibahagian tepi tingkap dah ada orang lain lepak terlebih dahulu. Dalam perjalanan tu Iss buka surat khabar besar2. Tak sangka pula perempuan yang sebelahnya berminat untuk membaca sama. Dengan sebab itu mereka menjadi mesra. Iss kalau diajak berborak tak larat nak layan. Perempuan sebelahnya itu berumur 30an, seorang tukang urut lelaki punya ehemmm. Dia mengenalkan dirinya sebagai kak Liza, dalam ceritanya itu, banyak sudah budak sekolah disekitar Kuantan mendapat khidmatnya. Untuk meyakinkan Iss, kak Liza mengeluarkan minyak urutnya, lebih memeranjatkan lagi bila dia menawarkan untuk membuat demo urutan dengan betul kepada Iss di situ juga, Iss menjadi takut, lagipun dalam bas tak sesuai, tempat terbuka, mana tau kang orang nampak. Dalam tengah bertolak tarik begitu akhirnya kak Liza membuka zip seluar Iss, Iss tergamam, “Ko lindunglah dengan surat khabar ni sikittt”... kata kak Liza, Iss menurut sahaja macam kerbau ditindik hidung. Dari cara urutannya memang benarlah dia ni tukang urut, semua urat saraf dia tau dan disebutkan namanya sekali.

Oleh kerana jiwa kacau masa tu, lagi pulak hawa sejuk dari aircond kuat sangat, urat tak mau tegang, bertungkus-lumus juga kak Liza betulkan urat saraf Iss masa tu, hingga dia menarik tangan kanan Iss lalu diletakkan diatas dadanya. Sementara tangan kiri masih memegang surat khabar, nak cover line. Wow......ini kali pertama mendapat layanan  percuma begini, hingga lupa perasaan malu, lepas tu tak sampai satu minit, sudah game over....kak Liza sempat kutuk, katanya, “awak ni macam ayam jantan, kejap je dah keluar”, kak Liza menasihatkan Iss supaya berubat dengannya selama tiga kali berturut-turut. Satu kali khidmat bayarannya sebanyak Rm30.00. Dah terlanjur kena urut sekali lebih baik habiskan, kata Iss, semasa dia pergi ke tampat kak Liza tu, memang ramai budak2 sekolah yang datang, budak India pun ada. Setakat ni dah masuk enam kali dia kesana, dah ketagih la pulak... “Ada perubahan tak bila dah banyak kali kena urut? tanya aku. “Ada, sekarang ni lebih aktif lagi”, jawabnya. Patutlah asyik berulang ke Kuantan je, ada penyedap rupanya.

Ada lagi ceritanya, masih lagi 18XL punya. (budak2 jgn baca) Dailog Orang buta berkahwin dengan perempuan bermulut sumbing (Sengau), Konon katanya ada budak2 ni sekodeng. Pendek je ceritanya, biasalah pada malam tu, si buta teraba-raba mencari sesuatu, apabila mendapat apa yang dicarinya, si isteri, bersuara,

Isteri sumbing : Jumpa ya dalam tak nampak tu... (nada sengau),
Si suami Buta : Atas saja buta, bawah tak buta... (Berlagak)
selang beberapa minit, si suami bersuara pula...
Si suami Buta : Bagus je tak kurang apa2
Isteri sumbing : Kat atas je sumbing bawah tak sumbinggggg... (nada sengau marah)


Dalam tengah berbual panjang tu rupanya no giliran aku sudah di panggil, tak sedar dari tadi kami berborak rupanya jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang, cepat pulak masa berlalu, masib baiklah ada member lama, kalau tidak dah tentu aku mati kutu. Dari luar (tempat parking) aku dapat melihat nombor aku sudah naik di screen. Aku cepat2 bergegas menuju kunter no 4. “Lepas ni kita sambung lagi”, kata aku.

13.11.09

Melayan Orang 3 Suku




Ada sesetangah orang yang bila kita berbual dengannya, perbualan itu akan meleret jauh daripada tajuk asal. Bukan semua orang yang mampu berbuat begini, hanya yang banyak temberang sahaja mampu melakukannya. Sebenarnya orang begini disenangi orang kerana ia boleh menghilangkan tansion dan menjadikan suasana hidup, tapi kadang tu boleh menjadikan kita tansion bila cerita yang sama diulang berkali-kali.

Disekeliling aku memang ramai orang dikurniakan bakat begini, jika nak kemana-mana beliau ini mesti diajak sekali, saja nak dengar temberangnya. Disini aku nak cerita sikit tantang salah seorang beliau yang aku maksudkan. Beliau ini sangat berbakat dalam sukan, hampir semua acara sukan orang Melayu dia boleh main, pendek kata dia berbakat. Yang lucunya dia ni sangat fobia dengan pacat, cacing dan ulat. Dia sangat berhati-hati dari terjumpa binatang tadi, jika terserempak pasti melompat punya. Jika memancing ikan, orang lain yang tolong pasangkan umpan, jika meredah belukar, dia dah siap dengan pakaian keselamatannya, stoking paras lutut , kasut getah Phuah Chu Kang lagi. Tapi kena berhati-hati dengan ayat perangkapnya, kadang2 berupa soalan yang sederhana sahaja tetapi sebenarnya ayat mengenakan orang. Aku gelarkan beliau ini Riched (bukan nama sebenar)


Ada sekali tu dia cakap, “orang yang pandai solat, tak payah solat”, beberapa kali dia ulang supaya aku dapat tangkap apa yang dia maksudkan. Nasib baik aku sempat berfikir sebelum membuat ulasan, “Yalah..orang yang pandai solat, baginya solat tak payah..., mudah saja baginya...Betul katanya, Ada lagi, Bila ada gotong-royong untuk sebelihan korban, dia akan buka fatwa baru iaitu, “Haram hukumnya menyembelih binatang dengan memakai seliper”. Ditanyakan soalan ini kepada Ustaz di Kampungnya, (aku pun kena gak soalan ni) Bingong Ustaz itu, berubah air mukanya, saya belum pernah dengar lagi soalan semacam ini, mana kau dapat fatwa ni, tanya ustaz itu, JAIS baru keluar arahan, katanya, tapi tadi saya pakai kasut, kata ustaz, pakai kasut pun haram hukumnya, kata Riched, menghangatkan suasana. Akhirnya bila dah tau jawapannya, semuanya menyumpah, tut,tut,tutttt. Ada budak poyo kat sini, tercengang bila terkena soalan ni, katanya, dia tak sengaja pakai kasut ketika menyembelih, yg lebih teruk lagi bila Riched kata, kerana dia, sembelihan itu jadi haram, budak tu tanya, “kalau dah terlanjur pakai kasut, kena bayar dam ke”?. Takpa, nanti lain kali bila nak sembelih binatang mesti pakai pisau yang tajam, bukan pakai kasut, kata Riched sambir ketawa, kah,kah,kah....itulah rahsianya..

Ada lagi, Isnin tu pagi2 lagi dia dah buat fatwa lagi, katanya ada fatwa mengatakan bahawa orang kawin setaman atau sekampung haram...budak2 ni menyampuk, “aku kawin bukan sekadar setaman, jiran lagi, tak haram pun”. Riched menambah lagi, “jika kawin setaman tetap haram, nabi kita tak pernah buat”. Dah penat diaorang bergaduh barulah dibuka rahsia. Macamana mungkin nak berkawin setaman, ada berapa orang anak dara dalam satu taman tu, tak kan nak kawin dengan semuanya, paling ramai pun kita boleh kawin 4je... keh, keh keh,. Bukan sekadar habis disitu je, malahan pada budak2 sekolah pun dia tanyakan masalah ini juga, ada sorang tu hingga terbongkar rahsianya, bila dia beria-ria sangat bangkang, rupanya aweknya dalam taman tu juga.

Ada lagi, kadang tu idea dia ni boleh pakai juga, bila dia kata Negara Islam Tak Perlu Tanda Halal sebab bila dah Negara Islam dah tentu semua barangannya halal... ada yang bertanya, macamana dengan barangan yang tidak halal, Negara kita kan ada juga orang yang tidak Islam?, Bukan sekadar arak saja, ada juga barangan seperti kasut atau beg dari kulit babi ke macamana,... (Riched berdiri sambil berpiato) Barangan yang tidak halal kurang, jika dibandingkan dengan barangan halal, Mudah je, kita tak perlu tanda halal, kita perlu tanda HARAM... jika ada tanda haram pada contohnya rokok dan barangan lain dah tentu orang Islam takut nak beli....hidup Riched.....


Ada lagi, Dia ni suka mengenakan Ustaz muda di kampungnya, sekali tu semasa dia dan member tengah minung petang di gerai, Ustaz tu datang, bila dia nampak je ustaz tu, dia terus order teh untuk ustaz, bila ustaz duduk je teh dah sampai. Belum sempat ustaz minum dia dah bayar dulu. Ustaz merasa hairan, “takpa nanti2lah ana bayar”, “Ustaz !!!...kita jangan amalkan makan makanan yang berhutang”, kata Riched. Ana tak berhutang, ana bayar, Selagi tak bayar itu dikira hutang, sebab itu saya bayarkan untuk ustaz tadi, kata Riched, sambil ketawa.... Ana dah terkena...kata ustaz.

Ada lagi, Ada sekali tu kitaorang dah bincang sesuatu sebelum membuat cadangan kepada bos, keputusan telah dibuat sebulat suara, bila bos sampai, cadangan telah dibuat, Riched asyik bangkang sahaja semua cadangan yang telah dibuat tadi. Lalu terjadilah bangkang membangkang antara Ayie dan Riched, aku yang ada kat situ tak boleh tahan gelak, sampai air mata keluar lalu, aku keluar dari situ, sambil menyumpah-nyumpah, gila...budak dua ekor ni, tadi bincang lain, bila jumpa bos jadi lain. Akhirnya meeting dengan bos ditanggohkan. Apa dah jadi dengan mereka berdua?, rupanya dalam meeting tadi Riched bertindak sebagai pembangkang, saja nak kenakan Ayie. Dia ada kata sebelum tu, kalau apa saja yang Ayie cadang dia pasti bangkang punya, walaupun tadinya kata putus telah dibuat. Orang macam ni pun ada...


2.11.09

Kasut Cowboy



Di saat rock kapak mendapat tempat pertama dalam industri musik Malaysia, kebanyakan artis rock lelaki memakai kasut legen (kasut cowboy), kasutnya terbahgi kepada beberapa jenis, bergantung kepada kesesuaian si pemakai, ada yg panjang sampai paras lutut dan ada ke paras buku lali. Pada masa itu kebetulan pula aku bekerja sambil belajar di Alif Studio, lokasinya di Jln Masjid India berhampiran pula dengan Cambell Kompleks. Pada masa itu Cambell Kompleks menjadi pusat membuat barangan kulit handmade popular di Kl.

Antara kedai yang sangat popular yang selalu dikunjungi para artis ialah kedai Kings Leather. Ada juga sesekali aku terserempak dengan Amy dan Kid semasa aku berkunjung kesini. Waw... masa tu aku selaku budak kampung kalau jumpa artis ke, memang jakun punya. Kasut cawboy ni sangat mahal apa lagi bila ditempah, buatannya halus, harganya dari RM300 hingga RM2000, itu harga pada tahun 1994. Aku memang tak berkemampuan untuk membelinya, jadi aku tengok jelah, apa tahlagi aku hanya berkerja sambil belajar pada ketika itu.

Nak dijadikan cerita, Ada sekali tu, semasa aku tengah sibuk2 di Studio, ada seorang berpakaian cowboy datang, siap dengan topi, belt, kasut sampai paras lutut, ada besi dihujung dan tumitnya, (masuk studio kena buka kasut) serta baju petak di belakang baju bertulang W. Wahhh... macam artis bisik hatiku. Ini pertama kali aku melihat orang berpakaian cowboy lengkap, pastol je tak pakai. Dari situ aku mula berazam akan berpakaian seperti ini bila dah mampu nanti. “Mana bos engkau Sapawi”...? katanya pada aku, belum sempat aku jawab, bos aku keluar. Rupanya mereka kawan lama.


Dipendekkan cerita rupanya mamat berpakaian cawboy tu pemilik kedai Kings Leather, namanya pulak Raja Azhar, Bermula dari situ aku semakin rapat dengannya, kerana dia selalu datang atas urusan kerja, (nak buat neme card, letterhead, dll) lepasni mudahlah untuk aku memiliki kasut idaman, bisik hati kecilku. Pada mulanya aku bertekad untuk membelinya secara insurance pada bos aku, tetapi sedang aku tercari-cari idea macamana nak mulakan bicara, tiba2 Raja Azhar muncul. Dia ajak aku keluar makan, kebetula bos aku tunggu dia kat kedai makan berhampiran. Dalam perjalanan tu aku terus cakap nak tempah kasut, dia suruh aku lukis design kasut yg aku inginkan. "Kacang je tu".. kata aku, Setelah dia tahu aku boleh melukis potrek, dia suruh aku lukis gambar “read Indian”, siap diberi contoh gambarnya sekali. Selama seminggu aku habiskan masa untuk melukisnya. Gambarnya bersaiz 24x17 inch, setelah selesai, beliau berpuas hati dengan lukisan itu. Yang lucunya apabila beliau bertanyakan harganya, bos aku cepat2 menyampuk, “sama harga dengan kasut yang kau tempah” katanya, aku dan Raja Azhar tergelak besar, kah,kah,kah,.. menarik juga idea bos aku ni, jadi kami sama2 tak perlu berurusan dengan duit, memadai dengan sistem bata sahaja. Sebelum tu dari hari pertama aku tempah kasut hingga minggu berikutnya fikiran aku tak tenteram, hanya teringat kasut sahaja, gaji bukannya besar, kerja sambil belajar, hanya dibayar rm300 sahaja sebulan, dan lagi, layak ke aku pakai kasut camtu, kang kena gelak dak orang je, masalah juga...


Pada pagi keesokan harinya aku terima panggilan dari Raja Azhar, katanya kasut aku dah siap. Balik kerja nanti aku singgah sana, kata aku. Sepanjang hari itu aku semakin tak senang duduk, dada berdebar asyik teringat kasut je, akhirnya pada pukul satu tengahari itu, aku bergegas ke kedai kasut itu, bila terlihat sahaja aku datang Raja Azhar tersenyum sambil berkata”, “Hai...kata nak datang petang, takut kasut hilang ke?”... “selagi aku tak tengok kesut tu, aku tak boleh buat kerja”, kata aku. Dia mengeluarkan kasut yg aku tempah itu. wah...warnanya hitam berkilat, kulitnya lembut, dihujung bahagian depannya ada semacam ukiran besi dan ditumitnya juga terdapat simboi kepala lembu bertanduk panjang. Aku sangat berpuas hati dengan kasut itu, lebih cantik dari kasut yg aku bayangkan, itulah kasut pertama yang aku tempah dalam hidup selama ni.

Setelah aku pakai, pada mulanya agak janggal, bila aku cuba berjalan mutar2 keliling untuk membiasakan diri, ternyata sangat selesa, bila aku berdiri dihadapan cermin besar, aku senyun sendiri, aku terasa seperti orang lain dalam cermin itu, melihat aksi aku begitu, Raja Azhar tersenyum sambil berkata, “rosak dah anak buah Sapawi ni”... Satu lagi yang aku suka sangat tentang kasut ini ialah bunyinya ketika berjalan ‘klotak .. klotak …klotak’. nah itu suaranya. enak banget didengarnya, hingga membuat pikiran aku berimajinasi bahwa diriku adalah seorang cowboy. Dahlah begitu tumitnya tinggi dua inch terasa nak terpelecok. Disepanjang perjalanan pulang menuju ofis aku pakai kasut itu, kasut lama masuk kotak, aku kelihatan riak sekali, aku dah jadi budak KL, akulah hero, jiwa kekampungan aku hilang serta-merta, mata asyik melihat kebawah. Kerana mata selalu sangat melihat kebawah, aku hampir2 terlanggar Mamak yang membawa susu kambing.

Dengan memakai kasut ini, aku selalu menjadi perhatia, sori...bukan aku, tapi kasut aku, pernah sekali ada awek yang kebetulan menaiki bas yang sama, nak berkenalan kerana aku nampak hamson dengan kasut tu, katanya.(malas nak perasan) Wahhh...hebat betul tarikan kasut ni. Itu belum aku bawak balik kampung lagi, deh tentu aku jadi hero punya. Pernah juga offismet aku yg perempuan, segan nak jalan dengan aku, katanya aku fancy sangat. Setelah aku dah berkerjaya dan mampu, banyak juga kasut jenis ini dah aku tempah disini, bukan setakat kasut saja malahan jaket kulit, tali pinggang dan topi, tetapi pengalaman yang pertama sangat terkesan dihati, abang aku juga turut terjebak sama, dia juga ada menempah kasut disini, kerana jales tengok kasut aku.


Sehingga kini aku selalu singgah dikedai itu, (berborak) poster yang pernah aku lukis dahulu masih lagi tergantung dikedainya, semua itu mengimbas kembali kenangan lama, sedar tak sedar sudah 15 tahun masa berlalu, kedainya kini kelihatan suram, Raja Azhar sudah jarang dikedainya, (dah jadi cowboy tua) mungkin tengah cari peluang lain, fesyen kasut tajam ala2 cowboy sudah lama ditinggalkan, seperti lenyapnya era Rock kapak. Kasut2 yg pernah aku tempah dulu tah mana hilang, separuhnya aku jual yang tinggal hanyalah topi dan tali pinggang sahaja. Memang betul kita hidup mengikut perdearan zaman. Zaman gemilang kita sudah berlalu, aku dah tak kemaruk lagi dengan barangan kulit, memadailah dengan hanya memakai seliper Jepun sahaja bila kemana-mana...

27.10.09

Kuliah Subuh ari tu, Keistimewaan Wanita




Issu kali ini aku malas nak merapu kerana mood untuk itu takda, lagipun masa untuk aku berkabung belum tamat lagi, sejak dah jadi anak yatim ni, adalah lebih baik cerita tentang agama baru berkat. Kebelakangan ini ramai sangat golongan wanita kurang faham tentang kelebihannya berbanding lelaki dari sudut Islam. Meh sini aku nak kuliah sikit...

Berbahagialah wahai wanita sholehah. Sebab Rasulullah SAW bersabda, “ Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholihah.” (HR. Muslim, Ahmad, dan An-Nasa’i).

Disisi lain berhati-hatilah sebab Beliau SAW juga berpesan tentang fitnah terbesar dari kaum mu,

“ Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpuncak daripada kaum wanita. ”(H.R. Bukhari, Muslim, Ahmad, at-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).


1.  Do’a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “ Ibu lebih penyayang daripada Bapak . dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang saleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis karena takut Allah SWT. dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.


4.  Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap baik dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka.”

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sholat dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata, “ Aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?”

Jawab baginda, “ suaminya.”

“ Siapa pula berhak terhadap lelaki?”

jawab Rasulullah SAW lagi , “ Ibunya .”

13. Perempuan apabila sholat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun)

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17.  Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18.  Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT


Adapun begitu 4 Golongan Lelaki Yang Ditarik wanita ke Neraka!

Betapa hebatnya daya pikat dan tarikan wanita, bukan saja di dunia. Namun di akhirat pun demikian, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang, atau anak harus memainkan peranan mereka dengan sungguh-sungguh. Seorang wanita itu apabila di alam alkhirat nanti akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Tulisan ini bukan untuk merendahkan wanita, tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya sesuai hak dan seksama, serta berwaspada akan tanggung jawab yang dipikul di dunia!

Ayahnya :
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Suaminya :
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah,menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalkan sholat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

Abangnya :
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adik wanita di akhirat nanti.

Anak lelakinya :
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, dan sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut di tanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

19.10.09

Ayat Suci Buat Umi



Pada petang khamis itu (15/10/09) aku mendapat missed calls dari adik aku yg berada di Pandan Indah, bila aku call semula dia tak jawab, lalu aku abaikan sahaja missed callsnya itu kerana menyangka urusannya dah selesai. Aku pulang awal petang itu tampa sempat masuk kedalam rumah pakmertua di Keramat. Dari luar pintu sahaja aku mengarahkan isteri supaya bersiap awal untuk balik ke Ampang, “malam ini kita ke surau baca Yaasin” kata aku. Isteri aku tak cakap banyak terus bingkas pulang bersama aku.

Maghrib itu sempatlah aku berjamaah di surau dan seterusnya membaca Yaasin serta tahlil. Setelah pulang dari surau, hp aku berdering lagi, rupanya  dah hampir 10 missed call. Adik aku di Pandan Indah, yang call, mungkin nak tanya pasal kerusi roda untuk Umi.  “ V... Umi dah takda datanglah sini", Mat pun dah sampai” (V nama manja aku) aku tercengang dan bingkas bergegas kerumah adik aku itu, sangat meleset sangkaan aku. Sampai disana aku meneliti Umi, benarkah dia dah pergi, badannya masih panas lagi, “kita tunggu ambulan datang comformkan” kata Mat, lima minit lepastu pegawai dari Hospital Ampang datang dengan Ambulan dan sahkan, dari kenyataannya, Umi meninggal pada 8.45 mlm.

Umi meninggal tanpa mengidap sebarang penyakit sehingga pegawai dari Hospital Ampang itu bingong, penyakit apa yang patut diisi dalam borang pengesahan yang menyebabkan Umi maut. Akhirnya dari kata putus setelah kami bermasyuarah, Umi meninggal kerana faktor usia.

Buat Umi aku sempat merakamkan ayat2 ini ketika aku merenong wajahnya beberapa minit setelah rohnya pergi;

Umi, ..! aku tahu roh Umi mendengar kata2 terakhir dari anakmu ini. Umi, Allah telah memberi suatu nikmat yang sangat besar buat Umi, janganlah Umi risau dan takut menghadapinya. Allah telah menjamin bahawa sesiapa yang meninggal dimalam Jumaat maka rohnya tidak akan disiksa didalam kubur. Umi, dunia yang bakal Umi lalui ini, adalah lebih baik jika dibandingkan dengan dunia yang telah Umi tinggalkan ini. Berbahagialah Umi disana. Anakmu ini akan sentiasa membekalkan Umi dengan Doa, bacaan Yaasin dan Tahlil sebagai bekalan disana. Ketika didunia, Umi terlalu banyak mengharungi pahit dan getir, tidak pernah aku melihat Umi senang, gelak ketawa jauh sekali, yang ada hanyalah kerisauan. Maka dengan keadilanNya jua, Allah telah memberi nikmat ini, nikmat yang diimpikan oleh setiap orang muslim buat Umi. Akhir sekali, ampunkan segala dosaku, semoga Allah memilih Umi dari golongan orang2 yang mendapat nikmat.
(Ketika aku menulis ayat2 diatas tak semene-mena air mata tiba2 keluar)

Umi tinggal dirumah aku sebulan sebelum berpindah ke Pandan Indah. Ketika bersama kami, Umi selalu mengadu nak balik ke kampung halamannya, hampir tiap2 hari dia bercakap perkara yang sama. Umi juga sangat selera bila aku jamukan dengan bubur lambuk. Ada sekali tu Umi sempat menatapi wajah aku dalam2 dan bersuara; “V,...janggut ni tak lawa simpan, cukurjelah”. “Betul tu Umi” kata Isteri aku yang ada disitu, dia gelakkan aku kaw2 punya.

Jenazah Umi di mandi, dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Besar Pandan Indah pada pukul 11.00 pagi. Selesai upacara di situ, jenazah dibawa pula ke Masjid Ar- Rahimah di Green Wood Gombak, setelah selesai solat Jumaat, jenazah disolat sekali lagi disitu, kali ini jamaahnya lebih besar, kebetulan pula Ustaz Ismaik Kamus yang selalu aku ikuti kuliahnya ada disitu memberi kuliah, beliau sempat meluangkan masa solat jenazah bersama kami. Ini aku anggap sebagai satu penghormatan buat Umi.

Setelah selesai semuanya, jenazah dibawa pula ketanah perkuburan. Pada perkiraan awalnya, tanah perkuburan Selasih Fasa 2 menjadi pilihan, disaat-saat akhir keputusan berubah, tanah perkuburan Jln Batu Muda pula dituju, ini kerana tanah perkuburan Selasih Fasa 2 sudah penuh. Aku yang tidak diberitahu mengekori kereta jenazah dari jauh. Jalan sangat jem lebih2 lagi disekitar trafik light greenwood. Aku tersekat di trafiklight itu, bila keluar dari situ, kereta jenazah telah jauh meninggalkan aku. Dipendekkan cerita aku tiba di Tanah Perkuburan Selasih Fasa 2 dengan tercengang kerana bayang orang pun takda, tambahan pula pintu pagarnya berkunci. Ini sah tersalah kubur, lama juga aku dengan adik ipar aku berpusing dikawasan itu, nasib baik Brother penjual air soya menunjukkan arah kuburan yang sebenar.

Sesampai di tanah perkuburan Jln Batu Muda Jenazah sudah di kebumikan, hanya tahlil sedang dibaca. Ketika kami sedang kusyuk menadah tangan, terasa ada beberapa titisan air turun dari langit. Aku sudah mula risau, mungkin hujan lebat akan turun sebentar lagi. Dalam memendamkan rasa risau itu langit kembali menjadi cerah, hujan tidak jadi turun, upacara berjalan lancar hingga selesai...Alhamdulillah...


Terima kasih kepada saudara-mara yang datang, kawan2 yang hadir maupun yang tidak hadir, yang memberi ucapan takziah, yang bersalam kauk, yang bersalama tidak kauk, yang menghulurkan derma simpadi dan yang mendoakan kesejahteraan arwah....terima kasih sekali lagi.

11.10.09

Ragam Aidilfitri




Suasana meriah di bilik CTP/CTF, musuh ketat; An2, Aku, Liza, Ayie dan Jambu.

Adoiii... penatnya, hari2 kena pergi rumah terbuka, jauh2 jauh pulak tu... dahlah jalannya punyalah jem, kalau tak pergi, nanti diaorang tak datang rumah aku pulak bila aku buat open house. Beginilah hidup warga KL, bila ada open house baru datang rumah. Yang member aku sorang ni, time orang buat open house, dia lantaknya kawin. Kebetulan pulak tunang dia jenis kurus, lepas bulan puasa lagi kurus, budak2 ni kutuk kat belakang2, "kalau nak cari bini tu biarlah yang berisi sikit" "yang ni bayar je mahal bukak kosong." (celaka betul sape yang cakap tu) 


Bagi aku Aidilfitri pada tahun ini terasa lebih bermakna kerana ada beberapa peristiwa lucu yang memeriahkan lagi sambutan itu.

Peristiwa Lawak I
Ketika aku dan isteri berkunjung kerumah saudara aku di Hulu Langat, pada ketika itu sudah masuk waktu Maghrib, jadi aku tumpang solat disitu, isteri aku pulak terus ke dapur untuk menolong apa yang patut. Selesai solat, aku dihidangkan beberapa juadah seperti buskut kering dan air teh o panas. Walau pun ketika itu mood untuk makan, memang takda langsung, bukan kerana juadahnya yang kurang menyelerakan tetapi perut sudah penuh. Hanya air saja yang boleh menampung seteguk dua. Isteri aku menuangkan aku hanya suku gelas air sahaja sambil merenong aku, “apa tengok, tak pernah tengok orang hensiom?” kata aku, dia diam saja mungkin segan dengan tuan rumah yang duduk di keliling meja bulat, mamun gelasnya dibiarkan kosong. Walaupun begitu aku hanya memerhatikan sahaja mungkin dia dah banyak minum di dapur tadi. Oleh kerana waktu itu sudah jam 9.00 mlm aku terpaksa memendekkan masa disitu, dan bergegas pulang.

Semasa dalam perjalanan pulang, barulah terbongkar rahsia, rupanya ketika Isteri aku didapur tadi dia melihat suatu pengalaman baru. Cara isteri tuan rumah membancuh teh o. Sudip kayu yang di gunakan untuk memyenduk nasi di terbalikkan (bahagian hulunya) digunakan untuk memutar gula dan teh di dalam tekoh. Patutlah aku tengok berminyak je teh o tadi. Yang isteri aku hairan sangat tu, semua perbuatannya itu selamber sahaja dihadapannya. Bila tengok semua sudu takda yang bersih, lepas menyenduk nasi untuk anaknya, senduk itu juga digunakan untuk membancuh teh o. Nak jimatkan tenaga semuanya nak 2 dalam 1. Aku tak dapat komen banyak tentang beliau ini, dah memang dia begitu. (Habbat sangat_lorat PHG)

Peristiwa Lawak 2
Pada 14 Syawal (Sabtu) member lama nak datang ke rumah beraya, bukan dia sahaja nak datang bertandang ramai lagi, tetapi semuanya pada sebelah petang. Jadi dia diutamakan, lagipun ini kali pertama dia datang kerumah. Memu pada hari itu special, nasi tomato, nasi briyani, serta lauk-pauknya. (tah apa akupun tak tau namanya). Tepat jam 1.00 tengahari tetamu yang dinanti tiba. Member aku yang sorang ni, memang banyak kenangan bersama aku, aku kenal dia sejak tahun 1993 lagi, ketika itu kami sama2 bertugas sebagai designer di Karangkraf. Yang menarik lagi bila tarikh kami berkahwin adalah sama iaitu tarikh pilihanraya 2008.

Nak dijadikan cerita bila semua lauk-pauk telah dihidangkan, tiba2 isteri aku dengan kelam-kabutnya memanggil aku kedapur, rupanya, nasi belum masak lagi, periuk nasi tiba2 je rosak. Time ni lah nak rosak, pada tahun lepas gas habis time gini jugak. Takda pilihan lain lagi, terpaksalah aku keluar membeli nasi briyani mamak punya. Cis...celaka betul...tebal muka aku aritu, tetamu makan nasi tapaw, nasib baik semua lauk-pauknya tidak menghampakan...




Peristiwa Lawak 3
Baru2 ni tempat kerja aku buat samburan Aidilfitri. Sambutan itu dibuat pada hari Jumaat, bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 12.30 tengahari. Persiapan telah dirancang lebih awal, banyak acara telah diatur seperti cabutan bertuah, pakaian paling bergaya untuk lelaki dan perempuan dan lakonan sepontan. Suasana pada hari itu terasa sangat hambar, banyak kerusi kosong, makanan seperti kurang diusik. Sambutan yang dijangka meriah rupanya kurang mendapat sambutan. Rupanya ahli warga kerja telah memulau majlis itu berikutan keenganan pihak pengurusan memberi perlepasan kepada staf yang bekerja di sif petang disatukan menjadi satu sif sahaja di sebelah pagi. Aku yang menyaksikan peristiwa lawak itu merasa terkilan, mengapa pihak pengurusan syok sendiri, tidak memikirkan staf yang berkerja di sif petang. Yang lucunya apabila nombor staf yang dicabut kononnya nombor bertuah, tidak tampir kehadapan dan terpaksalah urusetia mencari nombor lain berulang kali. Pemulauan ini memberi tamparan hebat kepada pihak pengurusan dan majikan apabila ramai mereka yang hadir bersungut, tidak meriah.

6.10.09

Jony Oh Jony



SEJAK aku berpindah ke Ampang, jarang sangat dapat tidur dengan aman pada malamnya. ada saja bunyi bising kat depan rumah aku, dengan bunyi motsikalnya, keretanya dan yang paling aku tak tahan sangat tu bunyi anjing menyalak.

Mr. Leong jiran sebelah rumah aku ada bela anjing, Jony namanya, warnanya hitam pekat, badannya besar (saiz kambing jantan) matanya tajam, sangat agrasif, wajahnya bengis, tak boleh diajak bergurau langsung. Sepanjang aku berpindah kesitu, tidak pernah sekalipun Jony dibiarkan bebas berkeliaran tampa rantai bertambat dilehernya. Maklumsajalah bukan boleh percaya sangat dengan Jony tu, anak Mr. Leong dah dua orang kena gigit kat kaki semasa tengah beri makan.

Kata Mr. Leong, dia tak beli Jony tu tapi ada orang yang kasi. Orang tu terjumpa dalam longkang lima tahun dahulu, masa tu Jony baru berumur lebih kurang dua bulan. Mises Leong bagi nama Jony nak bagi sejuk sikitla konon. Sejak kecil lagi memang Jony payah nak diajar, cepat sangat badmood, kadang tu saja je aku usik puntu pagar rumah Mr Leong, nak tengok respon Jony, bila dia nampak je aku terus dia bingkas terkam macam kena sasau, tapi masa tu, aku pastikan rehernya bertambat dulu...Patutlah emak dia buang dalam longkang sebab dia dah tau anaknya yang sekorni memang jahat, aku melawak dengan Mr Leong.

Ada sekali tu aku dah tak tahan sangat dengan Jony, dari malam sampai pagi tak berhenti menyalak, suaranya sangat kuat sehingga aku tidak boleh lena langsong. Padi tu aku jumpa Mrs Leong suruh dia buang je anjing bodoh tu, menyusahkan orang je, dia kata, bukan dia tak mau buang, malahan dah banyak kali dia offer kat orang semuanya tak mau, kalau nak buang macamana tak sampai hati sudah lama bela.

Malam esoknya aku dah ready dengan lastik, kalau Jony bising je siaplah kepala dia aku bidas dari atas balkoni rumah aku. Pada malam itu hujan renyai2 mungkin Jony tidur awal malas nak memekak, bila jam dah menunjukkan pukul 12.30 malam, ada kedengaran suara salakan anjing sayup2, dia dah nak mula dah, aku cepat2 standby kat atas. Dari jauh kelihatan ada lima ekor anjing datang menghampiri pagar Jony, saiznya lebih kecil sedikit dari Jony, mungkin Jony bos dia kod, Jony apa lagi...layan member borak, lalu terjadilah sahut-menyahut yang bingit. patutlah sampai pagi, Jony ajak member2 dia buat konsert rupanya. Lama aku perhatikan dari atas, kadang tu lawak pun ada, lagaknya macam Indon baru terjumpa kawan lama.

Dalam tengah rancak bersahutan itu, aku melepaskan peluru lastik secara rambang,...kingggg, (besi rupanya anjing ni) berterabur anjing yg diluar pagar lari, lepastu tak sampai lima minit berkumpuk semula, sambung konsert, dah bertalu-talu aku lepaskan peluru lastik tapi tak serik2. Kalau gini sampai esok pagi pun tak habis, akhirnya aku keluar rumah perlahan-lahan lepastu aku kejar anjing2 tu dengan lastik. Macam orang gila aku malam tu, berlari hingga100 miter kejar anjing. Bila sampai dekat simpamg tiga, peluru lastik aku habis, anjing tadi berpatah balik kejar aku pulak, aku apa lagi cabuttttttttt...kalau tak lari mampus aku malam tu, lima ekor anjing lawan aku sorang, sambil belari tu, aku ternampak ada satu kayu beluti kat tepi jalan, dengan kayu beluti pulak aku kejar anjing tu semula, (macam cerita kartoon) kali ini aku kejar jauh sampai jalan besar. Memang aku betul2 gila malam tu, kat jalan besar tu, aku tunggu anjing tu sampai setengah jam, walaupun hujan renyai2 ketika itu belum reda.

Bila anjing2 tadi dah benar2 tak kembali, baru aku balik rumah, ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Satu beg plastik batu habis digunakan, tentu banyak lebam2 pada badan anjing2 tu, walaupun begitu hati aku belum puas lagi kerana bos dia si Jony tu, belum kena lagi. Malam itu baru aku dapat tidur dengan aman, sedar2 je kedengaran azan subuh berkumandang. Satu lagi perangai Jony yang tak aku berkenan apabila pantang dengar suara azan, dia pun nak azan sama, woookkkk, woookkkk....woookkk...ada sekali tu, bila dia tengah syok layan azan asar, aku sembur dia air dengan getah paip, dah basah kuyup baru terdiam.

Antara perangai buruk Jony ialah,
Pantang nampak orang lalu mesti nak sergah, member aku Tapar Petir dan Ayie (bukan nama sebenar) sampai terlompat kena sergah dengan Jony. Emak Mertua aku melatah hampir 15 minit baru pulih, disergah Jony. Yang aku geram sangat tu, orang yang baik2 dia salak, pencuri kereta aku dia tak salak pulak. (dah berpakat kot).

Baru2 ni aku tengok Mr. Leong tengah peking barang, nak pindah katanya, wahhh baguslah kata aku, tapi yang tak sedapnya, Jony tinggal jaga rumah, rumah barunya dah ada gard so tak guna bela anjing, tiap2 hari dia akan datang bagi Jony makanan. Lepasni siaplah ko Jony, tuan ko takda, lagi mudah aku belasah ko.

Petang tu semasa aku pulang dari kerja, aku tengok Jony tidur saja, najisnya berselerak disana sini, baunya semerbak masuk kedalam rumah aku. Tak tahan sangat dengan baunya, aku bersihkan dengan menyembur air melalui getah paip dari rumah aku. Jony pun aku mandikan sekali, yang bagusnya Jony ni, bila mandi dia jadi baik, aku suruh duduk, dia ikut sahaja sampai sudah.

Pada minggu berikutnya, rumah Mr. Leong sudah ada penyewa baru berbangsa India, Jony telah ditamatkan perkhidmatannya dirumah itu, dia dibawa ke Batu Caves jaga kedai besi buruk kata Mr. Leong. Penyewa baru ni ada juga memelihara dua ekor anjing, tetapi anjingnya katik2 belaka, suaranya halus bila menyalak, bulunya tebal berwarna putih, sangat manja dan comel. Sekali tu aku sergah, melompat lari, Anjing macam ini barulah sesuai jadi jiran aku.

Sejak itu baru aman sikit dari bunyi bising, masalah yang aku hadapi sekarang ni ialah bau kemian, jiran baru aku ni alim sangat lapulak, tiap hari nak bakar kemian. Kadang tu sampai berjangkit kat baju jemuran aku. Itupun tak lama lagi bakal aku  istihar perang gak tu.....

28.9.09

Dilema Bancuh Simen

Aku mendirikan rumahtangga pada 8 May 2008 bersamaan 1 Rabiulawal 1429H. Kebetulan juga pada hari yang sama Pak Lah mengistiharkan Pilihanraya ke 12. Berikutan itu jugalah salah satu punca mengapa aku merah sangat dengan Pak Lah ni, nak umum tarikh Pilihanraya tiba2 je, pastu pulak ambil tarikh aku bersanding lak tu... kerana dia juga majlis perkahwinan aku menjadi kurang meriah, sebab ramai member aku tak dapat hadir kerana sibuk mengundi di kampung. Kerana Pak Lah jugalah masak aku kena perli dengan member ofis aku yang hadir masa tu, katanya, “Orang sibuk memangkah kertas undi kau sibuk memangkah bini”...yang aku tak tahan sangat tu, diaorang ni saja je perli aku kat depan pak mertua aku... (celaka betul)

Teringat lagi semasa aku bujang terlajak dulu, ramai oarang bertanya bila nak kawin?, aku akan jawab: belum ada jodoh atau orang taknak, atau awek yang cun2 semuanya dah kena kebas hingga tiada yang tinggal atau kau ada calun ke untuk aku, tanya aku ni?... tapi kisah itu sudah hampir dua tahun berlalu, sekarang ini soalan baru pula muncul iaitu, bila pula nak dapat cahaya mata?. Untuk menjawab soalan begini selalunya aku melihat kepada siapa yang bertanya. Jika yang bertanya itu orang yang dihormati, aku akan jawab, belum ada rezeki lagi, jika yang bertanya itu saudara mara terdekat, aku akan jawab, sedang berikhtiar, jika yang bertanya itu member ofis ke atau kakak2 otai, aku akan jawab, “Tengah Bancuh Simen”...

Bagi isteri aku soalan itu sangat sensitif. Ramai sangat orang bertanya soalan yang sama, bila dia balik rumah saja, dia selalu mengadu kat aku dilema yang ditanggongnya, apa yang aku boleh tolong selain dari bancuh simen...Bukannya kami tidak berikhtiar, malahan dah bermacam usaha dilakukan, antarnnya:, Pernah juga kami berikhtiar dengan menggunakan khidmat tukang urut, setakat ini dah tiga orang tukang urut, minum air di Pulau Dayang Bunting, dan yang terbaru, aku nak cerita kat korang ni pengalaman aku, berjumpa dengan doktor pakar sakit puan.

Sebenarnya dah banyak kali kami buat temujanji dengan Doktor Pakar ni (doktor lelaki), baru kali ni menjadi. Pada pagi itu macam2 digodeknya isteri aku, tak sanggup aku tengok, pastu pulak diberinya kami jadual. Jadual waktu subur katanya, jadualnya kelihatan seperti kalendar dalam masa sebulan, ada kotak2 yang perlu dipangkah, tetapi kena bersama dulu baru tanda X”, katan doktor sambil tergelak. “Jangan tanda X sahaja tampa usaha”, “kamu kena jujur dengan apa yang kamu buat” nanti bulan depan datang lagi jumpa saya bawak jadual ni sekali”

Pada bulan itu bermulalah kehidupan aku berpandukan jadual, setiap hari isteri aku akan menyemak jadual, mana2 kotak yang kosong perlu ditanda X, kalau tidak, dia akan laporkan pada doktor yang aku tidak berkerjasama. Bukan mudah nak tanda X pada jadual ni, rasa kelakar pun ada, kadang tu teasion pun ada, maklum sajalah aku ni bekerja dalam bidang penerbitan dah tentu kena stayback punya, bila dah kerja sampai larut malam, payahlah sikit nak dapatkan mood yang baik punya... Ada sekali tu nak dijadikan cerita, Dahlah sampai rumah 11.00 mlm pastu pulak kat TV ada live Liverpool vs M. Citi, ini siaran mesti tonton. Akupun apa lagi layan bola hingga tertidur, sedar2 je aku dikejutkan dengan suara harimau dari tingkat atas,
Isteri : “Abanggg....ada kotak kosong belum pangkah lagiii”...
Aku : “Awak pangkah sendirilahhh”...(nada marah)
Isteri : “Cakap dengan doktor kata abg tak kerjasama”
Aku : “Abg takda moodlah, penat stayback lagi...nak rihatlah”
Isteri : “Tengok bola tu larat sangat pulak”...
Aku : “Tengok bola tak guna tenaga, ini kira rihatlah jugak,...alah satu kotak je kosong tak kan tak boleh”,...
Isteri : “Apa nak cakap dengan doktor, bila dia tengok kotak kosong”...
Aku : Tipu je doktor tuuuu...
Isteri : Kalau tipu baik tak payah.
Aku : Aiiiiiiiiii celaka betul doktor ni, orang nak bersenang lenang pun tak boleh, takpalah esok abg pangkah dua kotak sekali...

Dalam sebulan tu sungguh tersiksa jiwa aku, pukul 10.00 mlm dah kena masuk bilik tidur. Banyak rancangan TV aku terlepas, ini semua kerana jadual doktor itu. Selama ini dalam riwayat hidup aku, jarang sangat aku tidur seawal itu,..menyampah betul, Kat ofis, aku cerita kat member tentang jadual itu sambil berbisik. Lepastu dia gelakkan aku kaw2 punya. Yang lagi best tu pulak tiap2 pagi dia akan tanya aku, apa macam, malam tadi ada pangkah jadual ke tidak?, tanya tak cover langsong, kat depan orang ramai je, dah jadi satu kerja aku menjawab, menyesal pulak aku cerita.

Selepas menjalani sebulan dalam delema dengan jayanya, semua kotak telah lengkap bertanda X, akhirnya doktor berkata, “jika pada bulan ini tidak berhasil, kamu terpaksa cuba lagi pada bulan berikutnya”. Cisss...Satu bulan aku dah meluat nak ikut, ini nak cuba lagi bulan depan. Isteri aku setuju je sebab pada pendapatnya jika mengikut jadual, aku menjadi lebih berdisplen tidur awal bangunpun awal. Bagi aku pula hidup begitu macam budak sekolah, dimana seronoknya. Lebih baik hidup dengan sesedap rasa, tidak terikat dengan apa2, nak bancuh simenpun sesedap hati baru seronok.

Sekarang ini aku tengah terfikir-fikir samada nak bancuh simen mengikut jadual atau sesedap hati. Mengikut nasihat member aku Liza,(bukan nama sebenar) usaha itu tangga kejayaan, kalau tidak berjaya jugak, berusahalah diatas tangga, mungkin itu TANGGA kejayaan.