Petang itu aku sendirian dirumah itu, Syed telah keluar pergi hantar Nik ke Kg Teluk, sebelum mahgrib dia balik katanya, aku malas nak ikut sebab sibuk nak siapkan ukiran kepala talipanggang (buckle) mood tengah ada, memang itu sebahagian dari hobi aku suka bertukang kayu. Lagi pun kat kg Teluk tu, semuanya orang Syed sahaja, jadi aku yang tidak Syed ni seperti terpencil (kasta rendah). Sebenarnya aku seram juga sendirian lebih2 lagi bila teringat semula tentang kucing malam tadi. Dalam buku Dialog dengan Jin Islam, pengarang ada menyebut, kalau dikalangan kami (jin) yang menyerupakan diri dalam bentuk2 tertentu, maka yang paling mereka sukai adalah kucing, kuda atau harimau. Mungkin benar juga kucing itu adalah jelmaan semata-mata. Entah mengapa sejak malam tadi dada aku semacam berdebar, banyak sangat peristiwa berlaku ketika disini, sambil termenong begitu matahari sudah semakin redup, Syed belum nampak batang hidungnya, aku kuatkan suara redio supaya hilang perasaan gemuruh. Sambil berbaring mendengar redio akhirnya aku terlelap, walaupun begitu suara dari redio masih terdengar sayup2 dihujung telinga.
Tiba2 badanku terasa berat seperti ada benda yang menindih, sedikit demi sedikit tubuhku menjadi kaku, semua anggota tidak dapat bergerak, telinga macam disumbat bunyi seperti berdesing, nafas terasa sesak, aku seperti lemas dilautan, dalam begitu aku cuba melawan dengan menggerakkan mana2 anggota, tetapi semakin aku cuba bergerak semakin berat pula beban diatas tubuhku. akhirnya aku cuba membaca apa2 ayat suci Al-Quran, tetapi lidahku terasa amat kelu sekali, surah2 yang selama ini bermain dibibir semuanya hilang dari ingatan, aku cuba mengingatkan ayat al-kursi, tetapi yang aku ingat hanyalah kursi sahaja, lalu aku ulangi berkali-kali, kursi, kursi, kursi, tetapi masih lagi belum terlintas permulaan ayatnya. Fikiran aku amat buntu sekali, semuanya seperti di sumbat. Lama juga aku terlantar begitu mengharabkan supaya Syed segera sampai. Sebenarnya aku masih sedar lagi bukan tidur sepenuhnya, kepala hotak aku memberi gambaran bahawa makhluk yang menindih aku itu seperti beruang, berbulu tebal. Dalam gejolak yang amat sangat itu tiba2 datanglah pertolongan Allah, beban yang berat itu berangsur-angsur surut, rupanya ketika itu suara azan maghrib berkumandang diradio. Bunyi azan itu dapat menghalaunya. Suasana kembali tenang aku duduk sambil melihat sekeliling, tingkap semuanya masih belum tertutup, pelita belum terpasang, sekitar rumah sudah gelap, rupanya lama juga aku ketiduran sehingga mahgrib, Syed masih belum muncul. Aku cuba kawal perasaan takut, ayat2 suci dah tak tau berapa banyak aku baca. Dalam hati aku berkata jika pukul 9.00 malam Syed belum datang juga aku akan tinggalkan rumah ini. Selepas aku berfikir begitu tak berapa lama pintu rumah diketuk, Syed muncul dengan selambanya. "Mana basikal tak dengar bunyi pun" tanya aku, "tak naik basikal" katanya, "naik apa", tanya aku, "terbang, jawabnya, banyak lagi soalan aku tidak dijawabnya, tah mengapa Syed sangat pendiam malam itu, bila naik kerumah terus kearah dapur, wataknya sangat berbeza, matanya sedikitpun tidak menandang kearah aku, aku malas nak tegur banyak2 mungkin dia tengah badmood, Bulu tengkok aku tarasa tegak, kepala berdenyut, dada berdebar semakin kencang, hairan aku melihat perubahan pada diri sendiri. Aku duduk menyandar di dinding dalam bilik sambil berselimut.
Walaupun begitu, aku masih berborak dengannya bertanyakan itu dan ini, tetapi semuanya tidak dijawabnya, aku sudah mula curiga, apa dia buat sorang2 kat dapur tu....senyap jer, dah tu tak bawak pelita pulak. Aku cuba meneka-neka, wataknya ada mirip dalam buku yang pernah aku baca (Dialog dgn Jin). tapi tak mungkin aku cuba pujuk perasaan aku. Tiba2 dari jauh kedengaran bunyi basikal menuju kerumah aku, aku bingkas menuju pintu, bila semakin hampir ternyata orang itu adalah Syed, tercengang aku seketika, tak salah lagi yang didapur tu adalah jelmaan Syed, dari jauh lagi dia bersuara, "Sorri, sorri sorriiii...banyak sangat dugaan aku hari ni" mula2 tayar basikal bocor, pastu kena tahan polisss...siap kena test air kencing ...bla...bla...bla... tak berhenti dia bercakap. Ketika itu aku sudah hampir rebah, semangat aku hilang, kaki aku tidak kuat untuk berdiri tetapi sempat berpaut pada tiang pintu, aku suruh Syed papah aku ketempat tidur pastu bacakan surah yaasin sampai habis, (memang dlm begnya ada surah yaasin). Pada keesokan harinya apabila tenaga sudah pulih baru aku ceritakan segalanya.
Sejak hari itu kami tidak akan bermalam dirumah itu lagi, getah yang telah dikutip kami jual pada hari itu juga. Betullah juga kata buku itu, rumah apabila telah lama ditinggalkan akan menjadi tempat tinggal jin2, begitu juga perigi buta dan lembah2 yang airnya kotor. Yang aku marah sangat tu kenapa syaitan atau jin tu tak kacau budak2 nakal yang buat tak senonoh kat situ...... mungkin hantu itu ingat budak2 liar itu sebahagian dari dirinya.........
Sekian........
3 komentar:
seramnya..
Sepanjang pengetahuan ana rumah tu tiada penunggu. Tetapi pernah satu ketika sekitar '83, ana pernah tinggal seketika waktu itu.
Satu tengah hari ana tidur dan tiba-tiba rasa ditindih seberat-beratnya tetapi tidaklah nampak penindihnya. lama juga adegan itu berlangsung dan ana bacalah ayat suci sedikit sebanyak. Badan rasa terikat dan tidak boleh berherak. Apa ana buat? Ana gerakkan ibu jari kaki dahulu dan menendang sekuat-kuatnya ...
Lama kelamaan terbukalah huraian tindihan itu. Sebenarnya itu salah satu petua yang banyak kali ana amalkan... Lalu mengubah tempat tidur dan tidur kembali dengan syoknya.
Tetapi Syeikh Jab pernah nampak lembaga kilau-kemilau kat bumbung bilik tengah tu pada satu malam... Dia ignore aje... lama-lama lembaga itu malu dan hilang sendiri....
- Syeikh Mustafa Kamal Al Aziz
Pengalaman John (Utusan) lagi hebat. Ketika itu John tingkatan 3 dan tinggal di Kampung Rasau rumah Toknya. Berulang-alik ke sekolah menaiki basikal sebelum mendapatkan bas dengan kawan-kawan. Meraka melalui Kampung Kebun, ketika itu agak sunyi kerana masih kurang orang menetap di situ.
Satu pagi, John bangun awal kerana jamnya rosak dan terus menaiki basikal melalui jalan itu. John menunggu kawan-kawannya tetapi tidak muncul-muncul dan dalam hatinya mengatakan mereka 'pekena'nya.
John terus melalui jalan itu terburu-buru kesorangan untuk mengejar kawan-kawannya. Tiba-tiba melalui rumah besar di sebelah kanan jalan itu. John melihat lembaga sangat tinggi (setinggi pokok kelapa) bercekak-pinggang memandangnya dengan mata merah garang. Lama lembaga itu merenungnya. John terkenal dengan berani itu memandang lembaga itu sambil mencegat basikalnya. Orang ke?. John terkejut dan menjerit tetapi tiada sesiapa menolong. Lalu John meluru dan bertenggek di bawah rumah itu termenggu memikirkan apa yang harus dilakukannya dengan terketar-ketar tanpa boleh dikawal lagi hingga tertidur...
Tiba-tiba kedengaran jam dinding di rumah itu berketuk menandakan jam 6 pagi. Akurlah John, dia pergi sekolah terlalu awal sedangkan kawan-kawannya belum datang lagi... Jam rosak punya pasal. Kira-kira setengah jam kawannya muncul dan macam tiada apa-apa berlaku mereka pergi sekolah KK dengan selambaling saja...
Cerita ini dilaporkan beberapa tahun kemudian ketika di KL... Syabas anak Melayu!.
- Syeikh Mustafa Kamal Al Aziz
Posting Komentar