12.7.10
Siri Cerita Seram_ Rumah Usang bah-2
Malam Kedua Dirumah itu...
Malam itu kami tidak berdua tetapi bertiga, ada kawan sekolah aku datang, saja nak lepak2, aktiviti malam itu ialah babi berbaris (BBQ), kawan yang sorang tu (Nik) dengan rela hati nak buat parti kecil-kecilan. Dia sudah bawa dua ekor ayam, tah mana dia curi tah. Pendapatnya mencuri itu haram, tetapi ayam itu tidak haram dimakan, kerana perbuatan mencuri itu saja yang haram... Budak2 ni memang pandai masak, lebih2 lagi barang curi, time tu bukan fikir sangat soal halal haram, nak seronok je yang lebih. Jam dah hampir pukul tiga baru nak mula tidur, berborak sakan panjang sangat, semua cerita keluar maklumlah kami membesar bersama, nakal pun bersama, bila mata dah hampir2 terlelap kedengaran suara anak kucing bersahutan dari arah dapur, "Kau orang tak kasi kucing makan ker"?, itu tulang ayam banyak bagilah dia...kata Nik, masa tu Syed dah berdengkur, aku pulak buat2 tido sebab malas nak layan kucing tah mana datangnya, akhirnya Nik (suka kucing) yang pergi sendiri, sampai didapur pelitanya terpadam, lalu dia berlari kearah kami, bunyi tapak kakinya mengejutkan Syed, "Apa hal yang ko berlari macam ternampak hantu ni...? kata Syed, "Aku cari kucing kat dapur tapi takda, pastu pelita aku terpadam". kata Nik. "Hantulah tuuu.." kata aku. "Kalau setakat hantu kucing aku tak takuttt..." kata Nik. Dahlah tuuu... tidolah esok boleh cerita panjang karang aku pulak yang jadi hantuuu...kata Syed.
Nik dah mula tertanya2 betul ker ada kucing kat dapur tadi atau kat luar rumah, akhirnya aku kata sambil berbisik, "anak kucing tidak akan dapat masuk rumah ini punya..., bahagian dapur mana ada tangga","tiangnya tinggi, tadi tu hantu kucing"...,Orang tua2 kata , jika kita dengar bunyi seperti itu sayup2, itu bermakna benda itu dekat dengan kita, jika bunyinya dekat pula bermakna benda itu jauh dari kita. Malam itu mata aku memang tak mahu tidur begitu juga Nik, jadi masa yang ada kami habiskan berborak topik hantu sahaja, Syed dah lena diulit mimpi dari tadi, dia ni mudah je asal letak kapala terus tidur. Dalam kami sedap2 berbork tu, tiba2 dari luar rumah terdengar bunyi seperti ada orang berjalan, bunyinya semakin hampir. Bunyi ranting patah terkena pijakan amat jelas, Aku dan Nik pasang telinga, dari amatan aku, bunyi tapak kakinya seperti ramai yang berjalan dibawah rumah, kami mendiamkan diri...Ayat2 suci mana yang patut dah berpuluh kali dibaca dan dihembuskan keliling.
Anihnya bunyi itu seperti kebal, tiada perubahan langsung. Tiba2 rumah kami bergoyang, bunyi geseran semakin kuat pada tiang rumah, seperti ada yang mengoyang pada tiap2 tiangnya. Syed terkejut, "kenapa ni....?" "gempa bumi ke"?. sambil berbisik Nik berkata, "ada sesuatu kat bawah rumah". Muka masin2 dah mula pucat, roboh pulak rumah ini nanti, dahlah kayu2nya sudah rosah dimakan anai2. Dalam hati aku, hanya jin ifrit sahaja yang boleh goyang rumah, aku teringat cerita zaman nabi Sulaiman. Pergilah tengok, "kata Syed", "kaulah pergi, sebab kau keturunan pendekar (Syaidinar Ali), tanpa berlengah lagi Syed terus membuka pintu. Apabila pintu dibuka dengan serentak bunyi sesuatu berlari kedalam semak. Oleh kerana ketika itu hujan renyai2 turun dan gelapnya malam amatlah pekat, apa bendanya yang berlari kearah belukar sikit pun tidak kelihatan,... "kerbauuu....." kata Syed. "Haaa....kerbau", tak nampak pun"?, "Kalau nak tau, bau hapak macam ni kerbaulah"... Lege rasanya bila tahu itu kerja kerbau, "tak risaulah kalau kerbau", kata aku, rupanya kerbau mengosokkan badannya pada tiang rumah, supaya hilang gatal dibadannya. Ketika itu barulah aku teringat kata pekerja Indon yang pernah kerja disitu, kerbau selalu kacau tidurnya...
Esoknya kami bangun lewat, pukul 11.00 pagi, baru berbasikal menuju sungai. Penat semalam tak habis lagi, kalau boleh aku nak ambil MC jer hari ni, tetapi kata Syed, kita toreh getah setakat kita larat jer, jangan tak buat langsung....
Bersambung........
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
1 komentar:
Free Casino Sites - Lucky Club Casino Review 2021
Casino Sites – Reviewed and rated by experts and rated by real players. The site's usability and features come from all luckyclub.live over the world. Check the
Posting Komentar