7.7.10

Siri Cerita Seram_Rumah Usang





Kisah ini terjadi ketika umurku sekitar 18th, ketika itu aku dan member rapat ku mengusahakan kebun getah peninggalan ayah aku. Kebun getah ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari rumah aku. Kebun ini sebenarnya telah lama tidak ditebas semak-samunnya hampir sama tinggi dengan pokok getahnya. Semasa kecil dulu aku pernah tinggal disini. Aku dan Syed  bersetuju nak usahakannya sementar menunggu peluang yang lain. Hasilnya bagi 50/50, lepaslah duit untuk enjoy dan rokoknya (rokok kuda putih). Nak jadi penoreh getah kena merokok supaya asapnya boleh halau nyamuk. Ketika umur remaja buat kerja apa pun seronok, kadang tu kami tidur disitu, saja nak advanture sikit.

Rumah usang yang hampir 15th tidak didiami itu masih utuh, walaupun kelihatan sedikit condong. Rumah itu terletak ditengah-tengah kebun getah itu yg luasnya 10 hektar, tiangnya tinggi, jarak lantai dengan tanah lebih kurang 6 kaki, orang dulu2 buat rumah tiang tinggi supaya bila banjir air tak sampai ke lantai. Suasana disekitarnya agak sunyi kerana jalan kecil dihadapan kebun itu tidak kerap dilalui orang lebih2 lagi bila matahari sudah terbenam. Suara unggas, katak atau cenkerik sangat jelas kedengaran bila waktu senja, seram juga bila sendirian. (kalau aku sorang mampus tak tidur situ)  Dirumah itu tiada sumber air, perigi yang sedia ada sudah rosak khabarnya ada anak kerbau terlajak jatuh kedalamnya, kini sudah jadi sarang katak. Bila nak mandi kami akan berbasikal kesungai Pahang, memang seronok bila mandi sungai, kadang tu sampai dua jam berandam disungai, kadang pula bukan mandi tetapi berborak lama2, menoreh getah bukanlah perkara utama kadang dah tengahari baru start menoreh, kerja menoreh kalau rajin pun bukan boleh kaya, hanya boleh hidup alakadar jer...


Sebenarnya  kebun getah itu pernah diusahakan oleh pekerja Indon sebelum itu tetapi tidak bertahan lama, aku pernah interviw dia, dari ceritanya dia tak tahan dengan ganguan, konon ada kucing datang kacau tidurnyalah, kelawar selalu masuk rumahlah, bunyi bising waktu malam kerbau jadikan tempat itu port dialah. Kini aku nak rasai sendiri pengalaman tidur dirumah peninggalan itu bersama Syed. Aku saja ajak beliau ni kerana aku tau dia budak pemberani, pernah kami tidur dalam hutan semata-mata untuk menunggu durian sebatang. Dari sudut jujur, setiakawannya amat aku puji. Tetapi semua cerita yang tidak sedap tentang kebun getah itu tidak pernah aku ceritakan padanya. Di sepanjang tiga bulan kami usahakan kebun getah itu hanya tiga malam sahaja kami tidur dirumah lama itu, hari yang lainnya kami berbasikal dari rumah kami. Pokoknya mengapa hanya tiga malam sahaja kami boleh bertahan, ikutilah pengalam aku ketika melayari malam2 dirumah itu.


Malam Pertama:
Malam itu amat tenang, kami sudah membuat persiapan rapi, 2 bilah parang, pelita minyak tanah ada 4, semuanya kami biarkan menyala, lastik dan batu sungai, untuk halau tikus dan kelawar, radio kecil sentiasa terpasang. Oleh kerana rumah itu agak luas, hanya dibahagian bilik kami sahaja yang terang, bahagian dapurnya agak gelap, aku pun jarang sangat pergi kedapur kerana kawasan itu lantainya reput, lagipun sangat berselerak. Jika sesiapa yang lalu dikawasan itu tidak nampak cahaya pelita kami. Bila malam sudah hampir larut lebih kurang jam 11.00mlm, memang banyak tikus yang berlari diatas bumbung, kami apa lagi memang dari tadi tertunggu-tunggu peluang ini, kami lastik secara rambang berpuluh-puluh peluru kami lepaskan kadang2 lantungan batu itu hampir mengena kami pula. Lebih kurang jam 12.00mlm kedengaran bunyi motosikal berhenti berhampiran rumah kami. Dalam hati aku itu mungkin orang nak curi getah, aku matikan radio dan pelita, kami intai dari celah tingkap ternyata ada dua buah motosikal berhenti disitu, dari cahaya lampu motosikal itu nampak tiga tubuh lelaki dan seorang perempuan masih berborak-borak diatas motosikal, hampir 10mimit begitu sebuah morosikal berlalu dari situ sementara yang satu lagi iaitu seorang lelaki dan perempuan masih diatas motosikal. Dia seakan meninjau-ninjau rumah itu, tak lama kemudian dia meniggalkan motorsikalnya disitu kemudian pergi kearah pondok bapa saudara aku kat seberang jalan tidak jauh dari situ. Aku dan Syed hendap dari belakang berlindung dibalik semak berhampiran pondok itu. Dari tingkah lakunya diaorang ni nak buat projek kos rendah, "Kali ni ada peluang tengok live" kata Syed. Lama kami disitu nyamuk punyalah banyak dah tu show tak tau bila nak start, asyik borak jer. Dah hampir sejam kami disitu aku ajak Syed balik rumah, esok nak mengajar anak murid ramai tunggu tu (istilah menoreh-mengajar). Bila kami terhendap-hendap keluar dari semak, live show start, Syed berlari masuk bawah pondok, aksinya amat lucu macam askar nampak musuh. Aku tergolek-golek dalam semak kerana tak tahan menahan gelak. Walaupun malam itu bulan terang tetapi aku masih belum nampak aksi pasangan itu kerana dalam pondok itu tiada cahaya langsung, hanya bunyi sahaja yang lebih. sesekali kelihatan juga cahaya dari mancis api, tah apa dia nak suluh tah, Aku tarik Syed ajak balik, show boring....dia sedap2 kat situ kita duk perperang dengan nyamuk.


Pagi esoknya  kami seperti biasa berbasikal kesungai Pahang, takkala sampai ditebing singai itu, motorsikal malam tadi ada disitu, orangnya sedang mandi seorang diri, memang kami kenal orangnya (ada talian darah dengan Syed). Tak payah kami tanya dia dah ceritakan dulu...Apa yang mengejutkan ialah pada rancangan asalnya mereka datang pada malam itu untuk kendurikan awek itu, tetapi mereka membatalkan niat mereka apabila ternampak basikal kami tersandar pada tiang rumah itu. "Nasib baik korang tak naik, kalau tidak dah tentu kena parang" kata Syed dengan selambanya. Budak itu memang liar, bekas budak sekolah jahat, pada tahun 2000 dia meninggal akibat aids...


Bersambung...

Tidak ada komentar: